Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke 26

Anugerah Juara Lagu ke 26 pada 29 Januari 2011 telah pun berlalu dengan jayanya. macam macam gaya dan idea idea menarik telah ditonjolkan oleh artis artis yang membuat persembahan. terutamanya sekali hafiz. kan kan kann? haha. 

Juara Lagu Ke 26

Awan Nano - Hafiz


Naib Juara Lagu Ke 26

Beribu Sesalan - 3 Suara (Ning Baizura, Jac & Shila Amzah)


Tempat Ketiga Juara Lagu 26

Karma - Faizal Tahir


Persembahan Terbaik

Kisah Hati - Alyah


Vokal Terbaik
Awan Nano - Hafiz

Hafiz, sebagai pemenang tempat pertama membawa pulang trofi & wang tunai berjumlah RM35,000.wahhh! manakala tempat kedua membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM15,000 & tempat ketiga membawa pulang RM12,000. pemenang Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik pulak masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai  RM10,000.




**barisan pemenang**


**kemunculan Remy Ishak yang mendapat sorakan penonton tuu**


**haa najwa , esok sekolah kan kan kann. balek cepat! haha**

untuk anda yang nak tengok lebih banyak gambar, boleh lar klik SINI ye.

"KALAU BERPACARAN mulalah nak guna KEKANDA ADINDA, namun aku bukan seorang PENAKUT untuk akui aku pernah punya kisah CINTA MUKA BUKU suatu ketika dulu. Bila melafazkan cinta, terasa diri ingin sentiasa dekat SEDETIK LEBIH dengannya. Bersaksikan SUNGAI LUI yang mengalir lesu dan di bawah redupan AWAN NANO itu, aku ingin berpesan: "Wahai GADIS SEMASA dan WANITA SELURUH DUNIA, ini KISAH HATI yang bukan untuk dipermainkan. Kerana dunia ini penuh dgn KARMA dan harapnya kisah cinta kita bukan berakhir dengan BERIBU SESALAN."
**persembahan yang bersahaja oleh hafiz. jom layannn*


**rindu giler dengan persembahan Lan (Azlan & The Typewriter). dulu, kalau dengar lagu die je mesti nak menjerit excited. haha ;) **

Saturday, July 2, 2011

Betul ke Tomok dah kawen??

haa. betul ke Tomok dah kawen?

Sure? confirm?


Tengok kat keywords blog ni. ada jugak yang search sama ada Tomok betul ke dah kawen?

haha. tak percaya ke? laa. ish. betul lar.

Tomok (27) dah selamat mendirikan rumahtangga semalam. 1 Julai 2011.

Ni buktinya. 


Dengan sekali lafaz sahaja , Tomok dan Ayu (Siti Rahayu Abbas) sah bergelar suami isteri. 

Majlis akad nikah berlangsung pada malam tadi. 


Ayu (32) menerima mas kawen sebanyak RM300 & hantaran RM 12697.11.

Sama sama lar kita doakan Tomok & Ayu ni bahagia hingga ke akhir hayat. 



p/s : minat giler giler kat Tomok dulu. hehe

Saturday, June 25, 2011

Siapa paling hebat antara juara-juara AF yang ada?

Siapa antara juara-juara AF (Akademi Fantasia) yang korang paling suka & ingat?

Vince?


Zahid? 


Mawi?


Faizal?


Mila?


Stacy?


Hafiz?


Shahir?



atau Hazama?


Pihak ASTRO akan menerbitkan sebuah rancangan (ala-ala Maharaja Lawak) bagi mencari siapa paling 

hebat antara juara-juara yang ada. 

wahh. mesti menarik kan? bagi saya , aura juara yang paling kuat adalah Mawi.

Sampai ada yang menggelar fenomena tersebut sebagai TsuMawi ketika AF musim yang ketiga dulu.

Juara-juara yang lain pun tak kurang hebatnya. Tapi bagi saya AF ni makin lama makin tak best. 

Maybe sebab banyak gimik macam AFMasuk lar & banyak lagi.

Bila agaknya rancangan ni nak kuar tv ye? hurm. tunggu je lar.


p/s : saje je letak gambar shahir tu besar ckit. hehe :D

Sunday, June 5, 2011

KL Gangster 2011

filem terbaru arahan Syamsul Yusuf yang pastinya best!




 akan berada di pagagam pada 9 JUN 2011!

Sinopsis:


Mengisahkan dua beradik , seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King (ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL). Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.


Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua. Sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orang orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan.

Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam 


serbu pawagam 9 JUN 2011 ni jomm!

Friday, June 3, 2011

eh! NARUTO dah besar ey?

tadi saje lepak lepak depan TV lepas memasak. (memasak tau!)

tengok TV3 cita NARUTO. skali baru ter-perasan yang NARUTO dah besar ey?

haha. saya tak lar minat nak tengok cita kartun ni. 

tapi jarang kalau watak kartun ni membesar.


macam watak NOBITA contohnya , takde lak watak dia muda remaja. kecik macam tu je ha. hehe.


dah lama tak tengok cita cita camni. tiga bulan melepak kat umah ni tak tau lar apa nak ditontonnya.

kartun lama yang besh kat malaysia ni yang saya suka adalah karya Datuk Lat. 

Kampung Boy!



lalala~ lalala~ lalalalala~

Thursday, June 2, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

walaupun dah berbulan bulan movie ni kuar tapi saya baru nak tengok. adeshh. lambatkan? haha. *jangan gelak sebab saya lambat tengok.

tapi mesti ramai lagi yang belum tengok movie ni kan. haa. rugi kalau tak tengok. sangat besh okeys.


sebelum tengok movie ni , saya ingatkan Merong Mahawangsa tu nama tempat. tapi rupanya nama pahlawan dalam hikayat ni. *kasihan budak ni tak tahu sejarah*


alkisahnya , Putera Marcus (dari empayar Rom) hendak dikahwinkan dengan puteri dari China (pada masa itu dinasti Han). Semasa rombongan dari Rom dalam perjalanan ke hujung dunia (tempat di mana perkahwinan akan diadakan), sebahagian daripada kapal rombongan mereka telah musnah akibat ribut. Mereka kemudiannya berhenti di Goa untuk mendapatkan bantuan. Malangnya, pemerintah di Goa pada masa itu meminta bayaran diberikan dahulu sebelum membawa rombongan dari Rom dapat meneruskan perjalanan mereka. Putera Marcus kemudiannya meminta bantuan daripada Merong Mahawangsa, yang ketika itu terselamat daripada hukuman bunuh oleh pemerintah Goa.

Merong berjaya membawa mereka ke hujung dunia (merupakan tempat asal beliau) dan bertemu dengan rombongan daripada China. Sebelum perkahwinan sempat dilangsungkan, mereka diserang Garuda (kuasa jahat) dan puteri dari China telah dilarikan. Merong pula cedera teruk tetapi telah diselamatkan oleh Pak Kesum. 

Bermula dari situ lah Merong berusaha keras dan belajar dari Pak Kesum untuk menjatuhkan Garuda dan menyelamatkan puteri dari China. Merong telah mewujudkan Langkasuka (kerajaan baru) sebelum menentang Garuda dan sempat berkahwin dengan Embok. 

Layan lagu Anuar Zain - Sedetik Lebih. OST Hikyata Merong Mahawangsa.



ayat yang saya takleh nak lupa dalam movie ni. 

sampai masa tibanya waktu , redup hati kau berdua.
bila dua jasad bersatu , hidup mati jadi bersama.

siapa Merong Mahawangsa? saya nak describe panjang panjang takut nanti ada yang tak paham lak. Kalau nak tau, kene lar tengok movie ni. beli yang original okeys.

movie ni telah ditayangkan di 72 buah negara di dunia! wahh. sebuah hasil yang sangat membanggakan daripada KRU.


Saturday, May 21, 2011

Kung Fu Panda 2 : The Kaboom of Doom!

haa. Kung Fu Panda 2 (yang merupakan sequel kepada Kung Fu Panda) dah nak kuar!

akan di-release-kan pada 26 mei ni.


""Kung Fu Panda: The Kaboom Of Doom" is an upcoming animated film adventure and the sequel to "Kung Fu Panda". Set to be in 3-D, the movie is directed by Jennifer Yuh Nelson with actor Jack Black reprising his role as Po, the Giant Panda. The plot will involve a new villain with a weapon so powerful it threatens the very existence of kung fu. It is then up to Po, Master Shifu, and the Furious Five to defend it, whilst along the way, Po is forced to confront his past."



korang yang minat kartun or kungfu mesti nak tengok kan?

apa lagi  , set lar dengan kawan or bf/gf or suami/isteri pergi tengok movie ni nanti!


Saturday, March 19, 2011

Juara Raja Lawak 5 : Man

malam kemuncak Raja Lawak astro musim ke lima telah pun sampai ke penghujungnya.

Finalis yang bertarung ialah Balas , R2 & Man.


tugasan bertemakan Cinta pada minggu ini telah memberi tuah kepada Man.

MAN

 

sedikit biodata Man.


antara kome komen juri kepada Man.


TAHNIAH diucapkan kepada Man! 

semoga kehadiran anda menyerikan lagi indusrti lawak tanah air.

hehe. :)


Saturday, March 12, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah di pagi hari!

pagi. pagi. pagi.

apa yang korang buat pagi pagi sabtu ni? saya bangun tepat kul 8.55 pagi. kejut NUR saya. tapi dia taknak bangun! hurhh. then g toilet jap. on baby Q ni. bukak cita HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH ! boleh lar cita tu. boleh lar? hurm. ok kowt. cuma ada scene scene yang tak masuk akal sikit je. cam poyo. hahaha.


part sedih ke ni? entah. haha. kesian kat dia ni. kaki tersepit bawah benda alah ni. dah tak pasal pasal lumpuh.


tuan punye buat dek. sibuk duk gelak ngan bini. entah apa yang lawak agaknya. padahal bini dia kirim beli barang je. 


*rope ropenye* kak limah ni sakit mental ha. adoiyai. orang sakit mentl terer terbang terbang wo. haha


dah habis tengok cite tu , baru online. kejut NUR saya lagi. dia tanya kul bape. saya cakap dah kul 10.50. ha , amek kau. baru nak terperanjat. kelam kabut bangun baru nak mandi. adik dia pun sama. haishh. (raplah betoi la hampa dua ni.) hehehe.

hari sabtu tak memberi apa apa makna pun bagi student UUM. sebab? hari sabtu ada KO-K. hukk. tak rasa macam cuti pun. KO-K saya start kul 2 sampai kul 4 nanti. KO-K saya apa? ada lar. KO-K saya is something about MUSIC. hehe. jurulatih dia ok. saya suka. :)

hurm , perut pun nak berkaraoke. nak g makan dulu. jom jom jom. hehe

Wednesday, March 9, 2011

Download Free Movie

sape sape yang nak download movie secara free , tanpa charge boleh lar ke SINI. Hantu Kak Limah Balik Rumah , Khurafat , IP Man 2 & lagi lagi.


ade banyak & macam macam movie. tapi , rasenye kalau movie KOREA takde kowt. hehehe. saya pun tak minat sangat nak tengok cite cite korea ni. tapi kawan kawan saya ada yang fanatik sampai follow artis artis tu setiap masa. changmin lar , tu lar ni lar. *nak tulis banyak banyak nama artis korea saya tak tau.* hehe

Sunday, March 6, 2011

Senarai Pemenang Festival Filem & Video Pelajar Malaysia ( FFVPM ) ke-8

Majlis kemuncak FFVPM ke-8 yang bertempat di Dewan Muadzam Shah UUM telah pun tamat dengan jayanya. xramai sangat artis yang datang tapi tetap best. artis yang turut serta memeriahkan FFVPM kali ni ialah Iqram Dinzly , Adi Putra , Julia Ziegler , Shahir , Damian & Shahnaz. tak lupa gak , pelakon pelakon filem RATU. Senator Dato Dr Jins Shamsudin turut hadir ke majlis ini.


dihostkan oleh dua orang pengacara berbakat , Taha & Faezah serta pengacara red carpet yang saya kurang pasti nama diorg. hehe. tapi student UUM gak. mesti semue nak tau pemenang nye kan? bagi saya , mereka yang menang memang layak sebab filem ataupun video yang dihasilkan cukup bagus.


FILEM / VIDEO PENDEK TERBAIK
Getir - ASWARA

FILEM / VIDEO DOKUMENTARI TERBAIK
Melatah The Documentary - UiTM

FILEM / VIDEO KLIP TERBAIK
I Want To Be A Dentist - AIMST UNIVESITY

FILEM / VIDEO PENGUMUMAN KHIDMAT AWAM TERBAIK
Plan Your Love - UPM

FILEM / VIDEO IKLAN TERBAIK
1. CNY : Family - USM

FILEM / VIDEO ANIMASI TERBAIK
Mimo Mami : The Stupid Chase - UUM

PENGARAH HARAPAN
Ahmad Muzzamil Abd. Rahman - Rona Maya

PENYUNTING TERBAIK
Muhammad Lufti Sufliansyah - Turning Point

PENATAAN SENI TERBAIK
Fairuz - Rona Maya

PENATAAN BUNYI TERBAIK
Getir - ASWARA

SKRIP TERBAIK
Norhanizah Mahadi - Jam Barn

SINEMATOGRAFI TERBAIIK
Getir - ASWARA

KOSTUM TERBAIK
Jika Aku Seorang Robot - UiTM

MUZIK TERBAIK
Ironi - SEGI COLLEGE

GRAFIK TERBAIK
I Want To Be A Dentist - AIMST UNIVERSITY

ANUGERAH KHAS JURI 
1.Turning Point - MIIM
2.Harmoni Street - UPM
3.Harta - Universiti Malaysia Pahang

FILEM/VIDEO TERBAIK KESELURUHAN
Getir - Aswara

UUM dapat satu je award. tapi takpe. tahun depan boleh cuba lagi kan. majlis ni start kul 9 malam & habes dalam kul 12 tgh malam. tak lar ngantuk sangat mata saya ni. sebab persembahan persembahan yang ada best best. betul saya cakap. tak tipu. hehe. antaranya ialah persembahan daripada siswa siswi bertemakan tahun 60-an ( Aci Aci Buka Pintu ) , tahun 70-an ( lagu Dato Syarifah Aini ) , tahun 80-an ( lagu nyanyian Kaza ) dan medley lagu 90-an ( Isabella , dan lain lain ). 

p/s : gambar saya update nanti ye. :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...