Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Showing posts with label Lelaki Wanita. Show all posts
Showing posts with label Lelaki Wanita. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Tinjaun Poligami : Pendapat Anda?

sekarang ni hangat isu lelaki beristeri lebih dari satu kan. 

lebih lebih lagi selepas Salleh Yaacob (SY) dah cukupkan kuota isteri dia. 

lepas tu lak , wujud lar Kelab Isteri Taat yang ada macam macam kontroversi.

oupps. saya bukan nak bincang pasal tu.

saya saja je lar nak buat tinjaun kan. 

dari pihak lelaki & wanita sendiri.


mengikut tinjaun tersebut (baru tiga orang responden yang jawab).

Lelaki : Jika beristeri lebih dari seorang , dia mahu walaupun isteri tak bagi keizinan dengan alasan isteri mempunyai kekurangan.

Wanita (1) : Dia tak benarkan suami dia kawen lain pada mulanya. Tapi menukar fikiran jika diri mempunyai kekurangan.

Wanita (2) : Dia membenarkan suaminya berkahwin lain kerana sayangkan suami dan redha jika dirinya kekurangan.

Kesimpulan : 

haa. jika benar lar responden menjawab dengan jujur & ikhlas , wanita ni baik hati sebenarnya.

sebab? walaupun dia tak bagi & taknak diduakan , jika kena dengan caranya dia bagi jugak.

tapi lelaki jangan nak ambil kesempatan pulak ye. isteri ni walau macam mana pun keadaannya , dia tetap sayangkan suami.

Lelaki kalau nak kawen lebih jangan sorok sorok. tu yang jadi kes pinggan terbang sana sini. 

Jangan bila dah nampak kekurangan isteri , terus fikir nak kawen laen. ish ish.

Time bercinta berkasih dulu , boleh lak terima ye. hurm.

haa. yang belum bagi respon lagi tu , jawab lar polls tu. 

takkan tengok je? hehe. 

jujur. jangan risau. saya tak tau pun sape yang jawab. :)


p/s : kalau saya , saya tak mahu diduakan & saya tetap tak benarkan. i dont care! haha. ni belum kawen lagi dah berangan nak kawen dua. PA LAR! 


Saturday, May 21, 2011

Produk-produk menurunkan berat badan.

menurunkan berat badan bukan sesuatu perkara yang mudah. biasa lar, orang perempuan selalu cakap "saya nak diet". cut makan tu , cut makan ni. sehari dua boleh lar. tapi kalau lepas seminggu tu memang tak boleh tahan. tengok makanan yang sedap sedap , terus bantai makan. lagi lagi makanan yang berkalori tinggi ni.

benarkah kata , kalau nak turunkan berat badan tak boleh makan nasi? hurm. nasi itu sendiri membekalkan karbohidrat untuk tubuh badan. boleh kalau nak makan nasi , tapi kurangkan pengambilannya. sebagai contoh , makan nasi seminggu dua atau tiga kali sahaja. kalau nak makan nasi hari hari pun takpe tapi jangan lar sumbat sampai dua tiga pinggan. itu dah melebihi amaun yang tubuh kita perlukan. 

untuk entry kali ni , saya bukan nak coratcoret tentang amalan pemakanan yang harus diamalkan atau senaman senaman yang berkesan untuk membakar kalori dengan banyak. saya telah senaraikan beberapa produk untuk menurunkan berat badan yang mungkin berkesan untuk sesiapa yang nak turunkan berat badan tu.



RM19 je. ada jual kat farmasi. 

sepupu saya (lelaki) memang ada masalah berat badan. masa umur dia 15 tahun (tak silap saya) dia try minum teh herba ni. dalam masa beberapa bulan , berat badan dia turun. dari berat 90kg+ dah jadi 60kg+/-. time dia balek umah nenek , memang semua terkejut lar tengok badan dia dah susut. sampai sekarang ni maintain je badan dia walaupun dia dah berhenti minum teh herba ni. teh ni minum dua kali sehari sebelum makan. tanpa gula. melawaskan pembuangan.


RM450/ 3 kotak.
haa. sape yang tak kenal dengan produk ni kan? semua orang kenal dengan orang yang mengasaskan produk ni , DR ROZMEY. 

#SUPER MAXX 5+1

RM55.



Super Maxx 5+1 ni minuman berperisa oren. bilangan pengambilan sehari bergantung kepada berat seseorang itu. kalau berat anda lebih daripada 90kg bermakna anda harus mengambil 3 sachets sehari. kalau berat badan bawah 90kg lak cukup dengan hanya mengambil 2 sachets. produk ni tidak menyebabkan sakit perut atau berak berak.



RM49.90.

produk yang ni lak berperisa oren jugak. tak tau lak rasa dia camne. hehe. minuman ni berasaskan fibre yang mana dapat mengurangkan selera makan & mengenyangkan perut dari rasa lapar.

tengok testimoni kat bawah ni , macam berkesan je kan. hurm. korang yang teringin nak try tu , try lar. resultnya , report kat saya ok. hehe.






membuang angin, melegakan sembelit yang ringan, dan untuk mengurangkan berat badan. tapi produk ni (tau melalui kawan ) menyebabkan selalu sakit perut. kalau sape sape yang boleh tahan tu takpe lar. yang tak boleh , try je produk laen. 

ha. macam mane? banyak lagi produk yang ada kat pasaran. tapi jangan sebab nak kurus sangat , sampai abaikan aspek kesihatan. pilih produk yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. nanti tak pasal pasal laen yang dihajati , laen yang jadi. 

Tuesday, March 15, 2011

Andainya Adam tahu..

Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa jatuh cinta , Adam itu tidak semestinya punya segalanya tetapi Adam itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa mengalirkan air mata , itu bukan bermakna dia lemah. tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai Adam.

Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa marah , memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah , itul maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi Adam. Lihat saja pasangan yang baru bercinta. Mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa bercakap banyak , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat Adam rimas. tapi dia mahu Adam mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa berkata dia mahu Adam berubah , itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima Adam seadanya tetapi dia mahu menjadikan Adam lebih baik. bukan untuk dirinya , tetapi untuk masa depan Adam.

Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa cemburu dan tidak percayakan Adam , bukan bermakna dia tidak sayang. tetapi dia terlalu sayangkan Adam dan masih mengangap Adam anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya , Adam akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk Adam.

Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa merajuk , jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen , tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat Hawa rasa dihargai.


Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu Adam merasai sendiri cintanya. bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa kata dia rindu sama Adam , dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan , bayangan Adam akan sentiasa bermain di mata.

Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa kata lelaki yang lain itu lebih baik dari kamu , jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu , percayalah. walaupun Hawa menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya Adam tetap yang terbaik.

Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa menjadi degil dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana Adam itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah hati Hawa itu sangat lembut. Andai kena caranya , jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. 

Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa berkata , “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh Adam pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang , percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Hawa sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi Adam dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andainya Adam tahu..
Sememangnya Allah menciptakan Adam dan Hawa itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .

Hawa itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya , tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan Adam itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya Hawa itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat Adam menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya , isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Tuesday, February 22, 2011

Kisah Lelaki Yang Mencari Tulang Rusuknya

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak. lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan. tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.


WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. 

Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan *menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima? *

Tuesday, February 8, 2011

Lelaki vs Wanita (Part 2)

Part 2 kali ini akan menyingkap perbezaan antara lelaki dan wanita dari aspek hubungan dalam percintaan. Berbeza dengan Part 1 yang lalu yang lebih bersifat individu.



* Bab Menggoda

  • Lelaki : Menggoda just nak test power je. Nak tengok wanita mudah tergoda atau tak. Sebenarnya saya lebih bersikap peramah dan saje mahu berbual.
  • Wanita : Dia berbual mesra dengan saya dengan hanya satu tujuan. Dia mahu memikat saya!

*Kali Pertama Dating
  • Lelaki : Saat yang bakal membuat poket saya menjadi rabak! Bukan setakat makan makan je , mungkin dia nak kan hadiah berharga daripada saya!
  • Wanita : Antara saat yang terindah dalam hidup saya. Tapi ke mana dia nak bawa saya? Menikmati hidnagan di restoran mewah atau berjalan menyusuri pandai sehingga matahari terbenam? bestnye!

*Hati

  • Lelaki : Hati bagi lelaki dalah organ dalaman yang membantu proses pernafasan.
  • Wanita : A part of my body that I gave away and never want it back!

*Bekas Kekasih
  • Lelaki : Alamak! Saya tak ingat siapa yang pernah menjadi kekasih saya. Tak penting kan?
  • Wanita : Seseorang yang telah meninggalkan sejuta kenangan pahit & manis dalam hidup saya.

*Kekasih Baru
  • Lelaki : Mungkin dia bakal menjadi seperti kekasih saya yang dulu. Sejarah mungkin berulang. Who knows?
  • Wanita : Semoga cinta bersamanya kekal selama lamanya.

*Telefon
  • Lelaki : Alat yang digunakan oleh kaum wanita.untuk bergosip antara satu sama lain.
  • Wanita : Alat komunikasi untuk berhubung antara satu sama lain.

*Kesunyian
  • Lelaki : Saya tak pernah kesunyian dalam 365 hari sebabnya saya ada ramai kawan yang boleh menceriakan hari saya.
  • Wanita : Tanpanya hidup saya kesunyian.

*Kehilangan seseorang 
  • Lelaki : Yang hilang pasti berganti. Jadi nak buat ape terus mengharap dan mendabakan kehadirannya.semula. Life must go on!
  • Wanita : Saya masih berharap agar satu hari nanti saya akan dipertemukan dengannya semula.

*Berpegangan tangan

  • Lelaki : Saya bukan budak kecik lagi lar. Lepaskan tangan saya.
  • Wanita : Bila cinta sudah dimeterai , si dia seolah olah tidak mahu lepaskan tangannya daripada saya.

*Airmata
  • Lelaki : Senjata yang digunakan kaum hawa untuk mendapatkan perhatian kaum lelaki.
  • Wanita : Airmata boleh memberikan kelegaan tatkala stress , sedih dan kecewa.

*Membeli belah
  • Lelaki : Bila kaum wanita stress , mereka pergi ber-shopping. Bila happy , mereka pergi shopping gak. Apa yang tak kene dengan mereka ni?
  • Wanita : Salah satu terapi untuk mengubati kesunyian , tekanan dan yang paling penting untuk membuat saya gembira.

*Ungkapan I Love U

  • Lelaki : Sekali sekala cakap cukup lar. Takkan nak cakap setiap saat.
  • Wanita : Kalau boleh , setiap saat nak bagitau perkataan tu kat dia.

*Ketika Si Dia Terluka Hati
  • Lelaki : Banyak perkara yang boleh dilakukan. Keluar dengan kawan lelaki , beriadah , flirt sana sini.. tak de hal lar.
  • Wanita : Menangis , melihat gambar gambar ketika bersama. Memujuk hati sendiri.


Setiap insan yang menyimpul ikatan percintaan inginkan hubungan berkekalan selamanya. Toleransi dan persefahaman adalah perkara yang amat penting dalam mencapai kebahagiaan untuk hidup bersama. ♥


Sunday, February 6, 2011

Lelaki vs Wanita (Part 1)

Lelaki dan wanita memang tak dapat dipisahkan dan saling memerlukan. Banyak perbezaan antara lelaki dan perempuan sama ada secara fizikan mahupun secara rohani. Walaupun banyak perselisihan antara kedua duanya , namun persefahaman tetap boleh diwujudkan bagi mencapai keharmonian bersama. 

  • Lelaki memiliki tulang pinggul yang kecil berbanding wanita yang lebih lebar dan besar. Selain itu , wanita yang mempunyai pinggul yang lebih besar , lebih mudah untuk melahirkan anak secara normal berbanding wanita yang ber-pinggul kecil.



  • Wanita mempunyai lebih banyak timbunan lemak di punggung , berbanding lelaki yang lebih cenderung mempunyai lemak di perut.

  • Lelaki lebih tahan ketika berada dalam cuaca sejuk berbanding wanita yang kurang mampu menahan suasana dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar dan kasar.

  • Lelaki bercakap lebih berterus terang sesuai dengan tujuannya. Percakapan wanita pula lebih menjurus kepada emosi kerana wanita memiliki belahan otak sebelah kanan dan kiri yang lebih sikit berbanding lelaki, 



  • Wanita lebih baik deria baunya kerana wanita mempunyai hormon estrogen yang lebih tinggi sebagai ejen penerimaan bau bauan.

  • Kemampuan deria lelaki untuk mengecap rasa masam , manis dan masin lebih rendah berbanding wanita.

  • Wanita mempunyai 75% lebih banyak kelenjar peluh daripada lelaki.

  • Pada usia tua , wanita mengalami keguguran rambut manakala lelaki pula mengalami kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon lelaki ).



  • Lelaki mempunyai mata yang lebih besar tetapi wanita pula mempunyai mata putih yang lebih berbanding lelaki.

  • Secara umumnya , hidung lelaki lebih besar berbanding hidung wanita. Wanita pula mempunyai bibir yang lebih besar berbanding lelaki.

Wednesday, December 22, 2010

Kenal Lelaki Melalui Cara Makan

Pernah tak korang tengok camne lelaki lelaki ( terutamanya yang korang sayang ) makan?  mesti ada kan. kan. kan. haha.

Jom kita selidik sedikit sebanyak maksud di sebalik cara makan diorang. just for fun ye. tak semestinya 100% betul. tapi kalau 99.99% betul tu mungkin ade lar. hehe.



#1 Makan dengan tenang. 
    Orang macam ni skema nampakanya. Dia makan dengan berhati hati. Tapi kadang kala sikapnya  akan membuat korang bosan. Dia makan dengan penuh sopan santun dan tertib. Ini juga menggambarkan yang dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaanya. Hanya seorang dihatinya.

#2 Makan sambil melihat jam.
    Korang pun boleh agak camna dia akan. Of course dia amat mementingkan masa. Sperti ada je perkara yang ingin dikejarnya. Dia juga amat menepati masa. Lelaki sebegini tidak suka akan orang yang lambat.

#3 Makan sambil merungut.
    Lelaki sebegini boleh dikatakan cerewet. Ada je yang tak kene. Dia adalah jenis yang suka berterus terang. Apa sahaja yang tidak disukainya , dia akan bagi tau tanpa rasa selindung. Walaupun kadang kala kita akan merasa rimas dan malu dengan tindakannya , tetapi dia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat dan tergolong dalam kategori kuat cemburu.

#4 Makan sambil berborak.
     Lelaki yang jenis suka berbual akan tetap berbual dengan korang walaupun dihadapan makanan.Kadang kala nasi di depan mata pun tidak luak. Itu menggambarkan lelaki jenis ini seorang yang periang dan susah hendak melihat dia marah. Dia juga suka berterus terang kerana baginnya itu merupakan perkara utama untuk memastikan kejayaan sesuatu hubungan. Jangan buat dia marah.

#5 Sentiasa membelek makanan.
    Itu menandakan lelaki sebegini prihatin dan teliti dalam setiap apa yang dilakukan. Tentu sahaja dia memang serius dengan anda.

#6 Serius ketika makan.
     Lelaki jenis ini bersifat sebagai pelindung. Seboleh bolehnya dia akan menjaga dan melindungi korang. Dia juga amat prihatin dengan keselamatan anda.


ada yang terkena? hehe.

Wednesday, December 15, 2010

Lelaki Takut Bila Perempuan..

nak tau ape yang lelaki takut ?








#1 Bila perempuan mekap tebal tebal. entah bape inchi nak bermekap pun tak tau. sampai boleh nampak perbezaan warna kulit tangan ngan kulit muka.


#2 Mencukur kening terlalu nipis sampai dah tak nampak macam ada kening. Pastu siap lukis lukis dah macam opera ( sendiri paham lar ye ) yang tu. Bagi lelaki , bukan je buat mereka takut malah diorang takde rase minat untuk dekat ngan perempuan yang macam ni.


#3 Solekan mata yang terlalu tebal. Gaya seperti ini boleh menenggelamkan kecantikan semula jadi yang ada pada diri sendiri.


#4 Lip gloss yang terlalu tebal di bibir. fuhh. dah macam kene sengat lebah. haha.


#5 Sesetengah lelaki takut untuk mendekati wanita yang berkuku panjang. Malah , dalam Islam turut tidak dibenarkan untuk mneyimpan kuku yang panjang kerana boleh memberi kesan yang memudharatkan. Kuku yang pendek juga lebih kemas dan cantik serta mudah untuk diuruskan.


#6 Berambut kusut.  Rambut yang lembut dan lurus adalah yang paling disukai lelaki. 


haa. korang ada ke sifat sifat camtu? ish. jauh jauhkan lar. :D

Perkara yang Lelaki Tak Suka Pada Wanita



gurlz kat luar sane. jgn kite je yang asyik tgok perkara yang kite tak suka kat lelaki. 


perkara yang diorang tak suke pun kite kene tau gak kn.


ape perkara yang lelaki tak suke? 




#1 Suka menunjuk nunjuk untuk mendapatkan perhatian.


#2 Tidak menghormati pasangan & family diorg.


#3 Suke mengumpat / jaga tepi kaen orang laen.


#4 Paksa lelaki ikut cakap perempuan ( QUEEN CONTROL ) & bersikap menakluki.



( iklan jap. hehe )




#5 Mengada ngada.


#6 Kurang sifat kasih sayang walaupun kepada haiwan.


#7 Pemalas


#8 Tidak Bertanggungjawab.


#9 Terlalu kuat bersosial sampai takde batas dalam pergaulan.


#10 Kuat berleter walaupun benda yang kecil.


#11 Boros.


#12 Tak tau masak / saja malas nak belajar masak.



Saturday, December 11, 2010

Orang yang mencintai kamu..

* Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya. Dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu berasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk. Itulah cinta.

* Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefon kamu 100 kali dalam sehari, atau membangunkan kamu di tengah malam untuk mengirim sms , atau menelefon kamu kerana saat itu dia sedang memikirkan kamu. Itu cinta namanya.

* Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan , dia akan ada di sana menunggu kamu kerana dia tak pernah mencari orang lain. Ya… dia tetap akan menunggu kamu.


*Ketika kamu saling mencintai maka dia tidak akan pernah saling mengkhianati walau sekalipun. Dia akan saling setia sentiasa , memberikan semua komitmennya.







*Ketika kamu saling mencintai maka sedetik pun dia tidak akan mahu berpisah , lubuk hatinya selalu saling terpaut. Meskipun jasad dia berjauhan, hati kamu seolah selalu tersambung.

*Orang yang mencintai kamu sentiasa ingin menghiburkan kamu dan menjadi banyak cakap walaupun bagi orang lain , dia adalah seorang yang pediam.


*Orang yang mencintai kamu akan menjadi orang yang paling rajin bagi kamu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu.


*Orang yang mencintai kamu menitiskan air mata kerana kamu lebih lebih lagi jika dia seorang lelaki. Bukan mudah untuk seorang lelaki menitiskan air mata.

Wednesday, December 8, 2010

Man Rules




Now here are the rules from MEN's side.


Please note.. 

These are all numbered "1ON PURPOSE!"





1.Men are NOT mind readers.

(FIRST & FOREMOST RULE)


1.Sunday sports, It's like the full moon Or the changing of the tides.Let it be.


1.Crying is blackmail.

1.Ask for what you want.
Let us be clear on this one:
Subtle hints do not work!
Strong hints do not work!
Obvious hints do not work! Just say it!



1.Yes and No are perfectly acceptable answers to almost every question.

1.Come to us with a problem only 
if you want help solving it. 

That's what we do.
Sympathy is what your girlfriends are for.

1.Anything we said 6 months ago is inadmissible in an argument.
In fact, all comments become Null and void after 7 Days.

1.If you think you're fat, you probably are.
Don't ask us.

1.If something we said can be interpreted two ways and one of the ways makes you sad or angry, we meant the other one.

1.You can either ask us to do something
Or tell us how you want it done.
Not both.
If you already know best how to do it, just do it yourself.

1.Whenever possible, Please say whatever you have to say during commercials.
1.Christopher Columbus did NOT
need directions and neither do we.

1.ALL men see in only 16 colors, like Windows default settings.
Peach, for example, is a fruit, not A color. Pumpkin is also a fruit. We have no
idea what mauve is.

1.If it itches, it will
be scratched.
We do that.

1.If we ask what is wrong and you say "nothing," We will act like nothing's wrong.
We know you are lying but it is just not worth the hassle.

1.If you ask a question you don't want an answer to, Expect an answer you don't want to hear.

1.When we have to go somewhere, absolutely anything you wear is fine...Really.

1.Don't ask us what we're thinking about unless you are prepared to discuss such topics as Football Or Cricket Or Hockey.

1.You have enough clothes.

1.You have too many shoes.

1.I am in shape.Round is a shape!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...