Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Sunday, February 6, 2011

Lelaki vs Wanita (Part 1)

Lelaki dan wanita memang tak dapat dipisahkan dan saling memerlukan. Banyak perbezaan antara lelaki dan perempuan sama ada secara fizikan mahupun secara rohani. Walaupun banyak perselisihan antara kedua duanya , namun persefahaman tetap boleh diwujudkan bagi mencapai keharmonian bersama. 

  • Lelaki memiliki tulang pinggul yang kecil berbanding wanita yang lebih lebar dan besar. Selain itu , wanita yang mempunyai pinggul yang lebih besar , lebih mudah untuk melahirkan anak secara normal berbanding wanita yang ber-pinggul kecil.



  • Wanita mempunyai lebih banyak timbunan lemak di punggung , berbanding lelaki yang lebih cenderung mempunyai lemak di perut.

  • Lelaki lebih tahan ketika berada dalam cuaca sejuk berbanding wanita yang kurang mampu menahan suasana dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar dan kasar.

  • Lelaki bercakap lebih berterus terang sesuai dengan tujuannya. Percakapan wanita pula lebih menjurus kepada emosi kerana wanita memiliki belahan otak sebelah kanan dan kiri yang lebih sikit berbanding lelaki, 



  • Wanita lebih baik deria baunya kerana wanita mempunyai hormon estrogen yang lebih tinggi sebagai ejen penerimaan bau bauan.

  • Kemampuan deria lelaki untuk mengecap rasa masam , manis dan masin lebih rendah berbanding wanita.

  • Wanita mempunyai 75% lebih banyak kelenjar peluh daripada lelaki.

  • Pada usia tua , wanita mengalami keguguran rambut manakala lelaki pula mengalami kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon lelaki ).



  • Lelaki mempunyai mata yang lebih besar tetapi wanita pula mempunyai mata putih yang lebih berbanding lelaki.

  • Secara umumnya , hidung lelaki lebih besar berbanding hidung wanita. Wanita pula mempunyai bibir yang lebih besar berbanding lelaki.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...