Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Showing posts with label Universiti Utara Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Universiti Utara Malaysia. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Semester Kedua Sesi 2011/2012 Universiti Utara Malaysia

Yes! jadual waktu final exam dah keluar. 

ni yang latest punye! saye suke yang ni sebab.... final exam sy habes 27hb Jun 2012! 

klau ikut draf yang lepas, habes 30hb Jun 2012! 

penjimatan cuti selama 3hari. dapat lar cuti 2 bulan 3 hari kan. haha. ade yang dapat cuti lagi panjang tu, untung larrr ;)

Nak cek tarikh exam boleh klik link di bawah tu ye! 



**Final Exam Schedule Second Semester 2011/2012**

Saturday, June 18, 2011

UUM Final Examination Session 2010/2011 Result !

ya ALLAH. result dah boleh cek.

walaupun tarikh rasmi result kuar 20 Jun 2011. hari ni 18 Jun 2011.

sape sape yang nak cek tu. tabahkan hati. 

langkah yang perlu anda lakukan. 

*portal pun dah makin slow. sabar sabar lar ye*

1. Log in portal masing masing.

bila dah log in , tukarkan link portal tu.


delete link portal. copy link ini. 


dah paste kan kat url box korang. 


ENTER.

wait & see. 

semoga result semua cemerlang lar ye. hehe. 



Friday, June 10, 2011

Keputusan Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2010/2011 Universiti Utara Malaysia


Keputusan tersebut boleh disemak pada 20 Jun 2011 ini bermula pada jam 3 petang.


Semoga semua siswasiswi mendapat keputusan yang cemerlang. 

*nak tahu cara yang lebih senang? KLIK SINI*

Sunday, May 22, 2011

Skala Permarkahan Universiti Utara Malaysia

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengeluarkan skala permarkahan yang baru bermula pada Semester Pertama Sesi 2010/2011 (A101).

saya sertakan juga gambar di bawah untuk lebih mudah difahami.

*tekan CTRL + click pada gambar untuk lebih jelas.


kalau dapat gred C- dan kebawah , wajib untuk repeat paper tersebut. 

kalau terpaksa repeat , boleh pilih sama ada nak repeat pada semester akan datang atau join intersesi. pada saya lar kan , kalau dah terpaksa repeat lebih baek pilih intersesi. sebabnya , kalau repeat ikut jadual kuliah biasa , mungkin kita akan kurang fokus dengan subjek tu. kalau join intersesi , kita akan lebih fokus. sebab setiap hari masuk kelas selama 3 jam. 

jawab lar exam bersungguh sungguh. kalau boleh , jangan repeat mana mana subjek pun. :)

Tuesday, April 26, 2011

Seharian di Perkampungan Orang Asli , Ulu Legong , Baling Kedah.

jumaat lepas , saya & persatuan ( yang terpaksa dirahsiakan ) telah pergi ke perkampungan orang asli kat Baling. ni first time saya join project ni. dalam fikiran saya sebelum sampai kat sana , rasa takut takut pun ada. sebabnya , kitorang pun dah dinasihatkan untuk jaga perlakuan & kata kata kat sana. yelar , orang asli ni kan still banyak pantang larang yang diorang amalkan. perjalanan dari UUM ke Baling mengambil masa lebih kurang 4jam. agak lama lar kan. tapi untuk menghilangkan ke"boring-an" , semua pakat TIDURRR! haha.

bila dah sampai tu , tanggapan saya dah jadi laen. sebabnya , takde lar apa yang nak ditakutkan sangat. rumah diorang rumah batu , takde yang tak pakai baju kecuali budak budak kecil je lar. ASTRO pun adeeee~ hehe. just kawasan diorang tu kotor & berbau sikit lar. anjing pun ada berkeliaran. penduduk kat situ ada yang Islam dan ada yang kristian. kitorang semua bergotong royong bersihkan tempat diorang.

and . . . ada satu tempat yang kitorang kena bersihkan tu , berbau sangat lar BUSUK! uhukk. ( tapi bukan saya yang bersihkan. hehehe ) nak tau kenapa busuk? sebab . . kawasan tu dipenuhi dengan tahi MANUSIA. tak tau lar macam mane diorang boleh buang kat situ. tapi rasanya yang buang kat situ budak budak kecik umur bawah 12 tahun kowt. sebab tempat tu dikira kawasan terbuka. at last , bersih lar jugak kawasan tu kitorang bersihkan. clean & clear!


*kualiti gambar tak berapa nak ok*


*sorry lar. gambar ni je sempat amek. pastu bateri phone habes*

pic kat atas ni time kitorang kat dewan. antara aktiviti yang kitorang buat untuk budak budak ni , belajar buat origami , belajar math & sains. diorang ni semua dalam lingkungan darjah satu sampai darjah enam. mulut diorang memang lar bising. haha. tapi ada yang pandai , ada yang biasa biasa & ada yang taknak belajar. baru bagi kertas soalan math kat dia ( budak darjah enam ) , dia baling balek. dia cakap " susah. susah!". ish ish ish. sabar je lar dengan diorang ni. nak marah tak boleh.

kitorang berangkat balek ke UUM dalam kul 5.30. smpai kat UUM dalam kul 10 malam! pergh. penat tidur , bangun , tidur je dalam bas tu. jumaat ni ( 29hb April ) kitorang akan kesana lagi. tak sabar pulak. sebabnya dapat keluar dari UUM. hehe.

p/s : sory lama dah tak update blog. busy & tak sempat nak update. :)

Saturday, April 9, 2011

Jom Singgah Alumni Junction UUM!

*beberapa hari yang lepas* ( dah lepas baru nak update! haha ) saya ngan tiga orang lagi kawan saya ( farhana, yanie & ira ) g makan makan kat Alumni Junction. tempat ni berhadapan dengan DKG2. student student UUM terutama chinese suka sangat makan kat sini. tak ber-aircond pun tempat dia. kadang kadang panas gak lar.

harga makanan kat sini tak lar mahal sangat. just berpatutan dengan apa yang kita nak makan. macam macam ada. AMRA JUICE pun ade! eh, AMRA? ape tu? sapa tau? AMRA tu buah KEDONDONG. so lepas ni , panggil amra ok. hehe.


choc shake tu saya punye. dah separuh baru ingat nak snap pic. hehe.

yang lagi satu tu mango juice (sedap. manis.) & coke. 


yang ni watermelon juice. ira punye. saya tak suka. 


oleh sebab taknak makan nasi , saya pilih Bihun Singapore ni je. tetiba ada tauge lak. aiseyyy.


yang ni Tomyam Fried Rice. 


yang ni lak Mee Goreng Jawa. biasa je. tapi sedap gak. 

si farhana & yanie tu sempat lagi bungkus nasi ayam. tu pun sebab ter-nampak (ter!) customer laen makan nasi ayam tu. haha. farhana & yanie ni memang banyak makan. kata nak diet. entah bila. hehehe.

p/s : farhana & yanie, jangan marah ye! nanti kita g lagi boleh? hehe

Monday, March 28, 2011

Jadual Peperiksaan Akhir Semester Kedua Sesi 2010/2011 / The Schedule For The Second Semester Final Examination For Session 2010/2011

ha. jadual exam dah kuar. jadual ni confirm dah. bukan yang draft punya ye. boleh lar check tarikh last paper bila. exam untuk tahun ni lambat. rentetan daripada bencana banjir bulan November kat Kedah dulu. hukk.

tapi takpe lar. still ada 3bulan 3 minggu cuti. plan nak buat macam macam. tapi tak tau lar. bila daah cuti cuti ni. rasa malas je kan. hehe.

student UUM yang nak tau jadual exam bloeh lar ke laman web UUM atau kalau rajin , boleh menapak ke HEA. slip exam bole di print bermula 30 april ini. ingat tu , 30 APRIL. setahun sekali je akan jumpa 30 APRIL. hehehe.

Please be informed that you can view the Schedule for the Second Semester Final Examination for Session 2010/2011 in your respective Student Residential Halls, HEA notice boards and the HEA and Academic College websites beginning 24th March 2011 (Thursday).  

Student can print out the Examination Slip through their portal starting from 30 April 2011 (Saturday) until 26 May 2011 (Thursday). 


click this link to download the schedule.

jangan lupa tengok carry mark! baru ber-semangat sikit nak jawab final exam. kan. kan. :)

*UUM tercinta. cantik kan? saya cadangkan korang study kat sini. hehe*

Tuesday, March 22, 2011

Ber-sauna di UUM. syiokkk

hari ni hari ber-peluh saya. sebab hari ni rasanya paling banyak peluh saya keluar.

kenapa? sebab saya telah merelakan kaki untuk ke pusat sukan UUM. hehe.

plan nak kuar kul lima petang. tapi biasa lar. kul 5.30 baru kuar. 

sampai kat pusat dalam kul 6 petang. first time g sauna ni. ingat takde orang. sekali masuk , alamak ramai lak.

tahu lar kan keadaan dalam bilik tu camne. malu. hehe.

saya tak snap picture pun. tak teringat. 

sama lar cam gambar kat bawah ni. 

cari kat google daripada seorang student UUM gak.



duduk lar dalam tu lebih kurang setengah jam.



keluar lar segala yang tak diperlukan oleh tubuh ku ini. *nyah kauu!* 

pakcik kat kaunter tu suruh datang ambil kad matrik kul 7. 

tapi kitorang g balik kat kauter tak lebih lima minit pun. dia dah lesap. haishh. 

terpaksa lar tunggu sampai kul lapan. hukk. lama gilee!

sambil sambil tu , kitorang masuk gym. cuba itu ini.

macam orang tak pernah masuk gym pun ada. haha. 

perasaan best. nak datang lagi. nak datang lagi. 

masuk sauna bayar RM3 je. kalau seminggu tiga kali , sebulan dalam RM 36. boleh boleh. hehehe. 

lebih murah kalau nak dibandingkan dengan yang kat luar.

saya sayanggg UUM sebab ada sauna. hehe. :)

Monday, March 7, 2011

Penyelesaian Isu Isu Terkini Universiti Utara Malaysia

Kata sepakat yang dibuat adalah hasil perbincangan MPP , JKPS , RA dan Ketua – ketua Blok DPP bermesyuarat dengan Pengarah HEP Prof. Dr. Mohd Amy Azhar.


1. Isu berkaitan spot check bilik – hanya pengetua & penolong pengetua DPP boleh spot check bilik ( UK harus minta kebenaran daripada pengetua kalau nak buat spot chek)
2. Etika pakaian ( tali leher, lanyard ) – setiap pelajar harus ikut peraturan.
3. Kemalangan yang mengorbankan pelajar UUM minggu lalu – masih dalam siasatan pihak polis.
4. Pelajar tidak akan dikenakan saman kerana photocopy buku.
5. Peralatan elektrik yang dibenarkan – printer , kipas angin , hair dryer ( semua peralatan elektrik wajib didaftar dengan pihak DPP )
6. Pelajar diminta memakai lanyard ketika berada di luar DPP.
7. Saman berkaitan mewarnakan rambut. ( pelajar yang disaman berikutan mewarnakan rambut diminta kemukakan resit saman kepada MPP atau JKPS DPP )
8. Seluar ¾ dibenarkan, janji melepasi paras lutut. (semua pelajar digalakkan memakai seluar panjang)
9. Penutupan Nelson’s di LEGO – Nelson’s telah melanggar peraturan di bawah akta Francais.
10. Pelajar tidak dibenarkan berada di luar bilik selepas 12 malam. ( kelonggaran dibenarkan berada di kawasan DPP – masih berada dalam perbincangan )
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Tentang Buku Teks Cetakan

Dibawah Akta Hak Cipta KPDNKK , cetakan secara photocopy adalah salah disisi undang undang negara. Salah seperti pirate dvd dan pirate software. Jika pihak penguatkuasa dtg mmg boleh diambil tindakan. Pihak universiti tak pernah ambil tindakan dan TAKKAN ambil tindakan sebab kami tiada kuasa dlm perkara ini. Sekiranya pihak penguatkuasa drpd KPDNKK nak ambil tindakan mereka perlu mendapatkan kebenaran drpd pihak universiti dulu.

Daripada :

Yang Berusaha Dr. Mohd Amy Azhar Bin Haji Mohd Harif
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Utara Malaysia

p/s : hurm , kalau yang no 10 tu. memang perlu dipertimbangkan lagi. sebab kadang kadang ada discussion terpaksa balek lambat nak siapkan kerja. saya suka pengarah HEP ni. sebab dia friendly sangat. hehe :)

Sunday, March 6, 2011

Senarai Pemenang Festival Filem & Video Pelajar Malaysia ( FFVPM ) ke-8

Majlis kemuncak FFVPM ke-8 yang bertempat di Dewan Muadzam Shah UUM telah pun tamat dengan jayanya. xramai sangat artis yang datang tapi tetap best. artis yang turut serta memeriahkan FFVPM kali ni ialah Iqram Dinzly , Adi Putra , Julia Ziegler , Shahir , Damian & Shahnaz. tak lupa gak , pelakon pelakon filem RATU. Senator Dato Dr Jins Shamsudin turut hadir ke majlis ini.


dihostkan oleh dua orang pengacara berbakat , Taha & Faezah serta pengacara red carpet yang saya kurang pasti nama diorg. hehe. tapi student UUM gak. mesti semue nak tau pemenang nye kan? bagi saya , mereka yang menang memang layak sebab filem ataupun video yang dihasilkan cukup bagus.


FILEM / VIDEO PENDEK TERBAIK
Getir - ASWARA

FILEM / VIDEO DOKUMENTARI TERBAIK
Melatah The Documentary - UiTM

FILEM / VIDEO KLIP TERBAIK
I Want To Be A Dentist - AIMST UNIVESITY

FILEM / VIDEO PENGUMUMAN KHIDMAT AWAM TERBAIK
Plan Your Love - UPM

FILEM / VIDEO IKLAN TERBAIK
1. CNY : Family - USM

FILEM / VIDEO ANIMASI TERBAIK
Mimo Mami : The Stupid Chase - UUM

PENGARAH HARAPAN
Ahmad Muzzamil Abd. Rahman - Rona Maya

PENYUNTING TERBAIK
Muhammad Lufti Sufliansyah - Turning Point

PENATAAN SENI TERBAIK
Fairuz - Rona Maya

PENATAAN BUNYI TERBAIK
Getir - ASWARA

SKRIP TERBAIK
Norhanizah Mahadi - Jam Barn

SINEMATOGRAFI TERBAIIK
Getir - ASWARA

KOSTUM TERBAIK
Jika Aku Seorang Robot - UiTM

MUZIK TERBAIK
Ironi - SEGI COLLEGE

GRAFIK TERBAIK
I Want To Be A Dentist - AIMST UNIVERSITY

ANUGERAH KHAS JURI 
1.Turning Point - MIIM
2.Harmoni Street - UPM
3.Harta - Universiti Malaysia Pahang

FILEM/VIDEO TERBAIK KESELURUHAN
Getir - Aswara

UUM dapat satu je award. tapi takpe. tahun depan boleh cuba lagi kan. majlis ni start kul 9 malam & habes dalam kul 12 tgh malam. tak lar ngantuk sangat mata saya ni. sebab persembahan persembahan yang ada best best. betul saya cakap. tak tipu. hehe. antaranya ialah persembahan daripada siswa siswi bertemakan tahun 60-an ( Aci Aci Buka Pintu ) , tahun 70-an ( lagu Dato Syarifah Aini ) , tahun 80-an ( lagu nyanyian Kaza ) dan medley lagu 90-an ( Isabella , dan lain lain ). 

p/s : gambar saya update nanti ye. :) 

Saturday, March 5, 2011

Festival Filem & Video Pelajar Malaysia (FFVPM) di Universiti Utara Malaysia

FFVPM kali ke-8 tahun ni diadakan di UUM tercinta. sebenarnya dah start dari 2 mac yang lalu sehingga 6 mac ini. malam ni lak , 5 mac , adalah malam kemuncak untuk mereka yang bertanding dalam menghasilkan filem. student student dari u lain pun ada dtg. festival filem ni dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS). 


untuk pengetahuan semua , UUM ada menawarkan Kursus Perfileman Dan Penyiaran dan banyak kerjasama dengan FINAS telah diadakan. FINAS telah menyumbang RM100 000 untuk membantu kelancaran festival yang didakan ni. festival ni merupakan acara tahunan yang diadakan bagi mencungkil bakat student dan juga melahirkan karyawan karyawan muda bagi menjadi pelapis masa depan negara.

kategori yang dipertandingkan dan senarai top 5 : 

FILEM / VIDEO PENDEK TERBAIK
1. Jam Barn - MIIM
2. Getir - ASWARA
3. Rona Maya - UiTM
4. Ironi - SEGI COLLEGE
5. Turning Point - MIIM

FILEM / VIDEO DOKUMENTARI TERBAIK
1. Tirkah Di Raja - UKM
2. Organic Farming - USM
3. Fixed Gear Bike - UiTM
4. Melatah The Documentary - UiTM
5. Road To Gratify - ASWARA

FILEM / VIDEO KLIP TERBAIK
1. Jika Aku Seorang Robot - UiTM
2. Waving Flat - UiTM
3. I Want To Be A Dentist - AIMST UNIVESITY
4. Awan Yang Terpilu - UiTM
5. Im The Lucky One - UNIMAP

FILEM / VIDEO PENGUMUMAN KHIDMAT AWAM TERBAIK
1. Harta - UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
2. Harmoni Street - UPM
3. Plan Your Love - UPM
4. Cinta - UIA
5. Perpaduan Satu Ikatan Keramat

FILEM / VIDEO IKLAN TERBAIK
1. CNY : Family - USM
2. Maxis - UiTM
3. Pena - UNISZA
4. La Senza - SEGI COLLEGE
5. Levis - UUM

FILEM / VIDEO ANIMASI TERBAIK
1. Manisnya Epal - UiTM
2. The Sad Sonata - UiTM
3. Transform Logo - UiTM
4. Magic Box - UiTM
5. Mimo Mami : The Stupid Chase - UUM

PENGARAH HARAPAN
1. Asmar Hassan - Getir
2. Aaron Rogers - I Want To Be A Dentist.
3. Muhammad Lufti Sufliansyah - Turning Point
4. Norhanizah Mahadi - Jam Barn
5. Ahmad Muzzamil Abd. Rahman - Rona Maya

PENYUNTING TERBAIK
1. Mohd Fairuz Kamaruzzaman - Jam Barn
2. Wan Amiruddin Wan Pa - Plan Your Love
3. Aaron Rogers - I Want To Be A Dentist
4. Muhammad Lufti Sufliansyah - Turning Point
5. Rosliana Roslie - Getir

PENATAAN SENI TERBAIK
1. Wan Suhaika - Tanha
2. Mohd Fakhri Izzat - Harmoni Street
3. Fairuz - Rona Maya
4. Yeoh Yen Nee - I Want To Be A Dentist
5. Nor Haffizah Razak - Getir

PENATAAN BUNYI TERBAIK
1. Getir - ASWARA
2. Turning Point - MIIM
3. La Senza - SEGI COLLEGE
4. I Want To Be A Dentist - AIMST UNIVERSITY
5. Rona Maya - UiTM

SKRIP TERBAIK
1. Nurul Adella Iskandar - Turning Point
2. Ameera Syaerah - Melatah The Documentary
3. Norhanizah Mahadi - Jam Barn
4. Asmar Hassan - Getir
5. Amer Zaman - Rona Maya

SINEMATOGRAFI TERBAIIK
1. Turning Point - MIIM
2. Melatah The Documentary - UiTM
3. Rona Maya - UiTM
4. Jam Barn - MIIM
5. Getir - ASWARA

KOSTUM TERBAIK
1. Getir - ASWARA
2. La Senza - SEGI COLLEGE
3. Im The Lucky One - UNIMAP
4. Jika Aku Seorang Robot - UiTM
5. I Want To Be A Dentist - AIMST UNIVERSITY

MUZIK TERBAIK
1. Rona Maya - UiTM
2. I Want To Be A Dentist - AIMST UNIVERSITY
3. La Senza - SEGI COLLEGE
4. Ironi - SEGI COLLEGE
5. Jika Aku Seorang Robot - UiTM

GRAFIK TERBAIK
1. The Sad Sonata - UiTM
2. Turning Point - MIIM
3. I Want To Be A Dentist - AIMST UNIVERSITY
4. Organic Farming - USM
5. Mimo Mami : The Stupid Chase - UUM

walaupun tak banyak kategori yang diwakili oleh student UUM , harap harap ada lar gak kategori yang dimangi ye. saya dah set dah apa yang nak dipakai. hehehe. saya pergi pun sebab ada integrasi untuk kokurikulum. kalau tak , tak dtg lar jawabnye. 

p/s : sape lar gerangan artis yang dtg ye? hurmm. tak sabar nak tengok diorg. :)

Saturday, February 19, 2011

Cara Nak Kira PMS & PMK Universiti Utara Malaysia

post kali ni untuk student student UUM yang tersayang. hehe. walaupun ada yang dah ber-sem sem study kat sini , masih ada lagi yang tak tau camna nak kira. kakak fasi saya time orientasi pun mintak tolong fasi lain terangkan kat kitorang. hehe. nak kira pun senang je. ramai yang tau nak kira PMS tapi tak tau nak kira PMK. saya sertakan sekali target ataupun PMK yang sepatutnya student dapat bile dah habis sem nanti. mesti lar target nak dapat first class kan. contoh untuk student yang mempunyai enam semester seperti saya. :)

JANGAN !
  • ambil subjek banyak banyak pada semester awal dengan niat untuk relax bila dah semester akhir. ada student yang susun jadual sangat pack untuk semester awal sehinggakan jimat satu semester. contohnya semester yang diperuntukkan adalah 8 semester , tapi student tersebut cuma guna 7 semester je.
  • repeat/repair paper pada semester akhir / belakang sebab mengurangkan nilai sut A. sangat bahaya. kalau nak repeat , repeat pada semester seterusnya. jangan tunggu semester akhir.
contoh pengiraan di bawah adalah untuk memastikan pointer yang diperolehi pada semester akhir ( PMK ) berada dalam kelas yang pertama. pointer dekan untuk student UUM ialah 3.67 ( pointer first degree ) bukan 3.5 seperti sebelum ni.


sebagai contoh , pada semester yang pertama pointer yang diperolehi ialah 3.31. cara untuk mengira : 

3 jam kredit x mata gred contoh nya 3.67 untuk A- = 11.01.

PMS = Jumlah keseluruhan Status         PMK = 62.98
            Jumlah jam kredit                                     19
         = 62.98                                                 = 3.31.
              19
         = 3.31.

* Untuk SDG1013 , jam kredit tidak perlu dikira.


untuk semester yang kedua , pointer yang diperolehi ialah 3.82.

PMS = Jumlah keseluruhan Status          PMK = Jumlah Status (Semester 1 + Semester 2)      
            Jumlah jam kredit                                 Jumlah jam kredit (Semester 1 + Semester 2)
         = 84.04                                                  = 62.98 + 84.04
              22                                                              19 + 22
         = 3.82.                                                   = 3.59.


untuk semester 3 , pointer yang diperolehi ialah 3.68.

PMS = Jumlah keseluruhan Status          PMK = Jumlah Status (Semester 1 + Semester 2  Semester 3)       
            Jumlah jam kredit                                 Jumlah jam kredit (Sem1 + Sem 2 + Sem 3)
         = 81.01                                                  = 62.98 + 84.04 + 81.01
              22                                                              19 + 22 + 22
         = 3.68.                                                   = 3.62.



untuk semester 4 , pointer yang diperolehi ialah 3.74.

PMS = Jumlah keseluruhan Status     PMK = Jumlah Status ( Sem1 + Sem2  + Sem 3 + Sem4 )     
            Jumlah jam kredit                           Jumlah jam kredit ( Sem1 + Sem2  + Sem3 + Sem4 )
         = 71.02                                             = 62.98 + 84.04 + 81.01 + 71.02
              19                                                              19 + 22 + 22 +19
         = 3.74.                                              = 3.65.



PMS = Jumlah keseluruhan Status    PMK = Jumlah Status ( Sem1 + Sem2 + Sem3 + Sem 4 + Sem5 )    
            Jumlah jam kredit                           Jumlah jam kredit ( Sem1 + Sem2 + Sem3 + Sem4 + Sem5)
         = 67.05                                            = 62.98 + 84.04 + 81.01 + 71.02 + 67.05
              18                                                        19 + 22 + 22 + 19 +18
         = 3.73.                                             = 3.67.



PMS = Jumlah keseluruhan Status     PMK = Jumlah Status (Sem 1+ Sem2+Sem3+Sem4+Sem5+Sem6 )
            Jumlah jam kredit                           Jumlah jam kredit ( Sem1+Sem2+Sem3+Sem4+Sem5+Sem6 )
         = 45.03                                             = 62.98 + 84.04 + 81.01 + 71.02 + 67.05 + 45.03
              12                                                              19 + 22 + 22 + 19 + 18 + 12
         = 3.75.                                              = 3.67.




based on the target table , kita boleh lihat dan buat target untuk capai pointer yang diperlukan. bagi student yang dapat pointer 3.00 ke bawah , target ni sangat berguna untuk pastikan PMK pada semester akhir nanti melepasi 3.00. 

bagi student yang dapat pointer 3.67 ke bawah lak , boleh buat target untuk pastikan PMK semester akhir berada dalam kelas yang pertama. 

jangan lupa gak untuk pastikan jumlah jam kredit keseluruhan  mencukupi untuk memenuhi syarat program yang diambil. kalau tak , nanti kene extend sem! lambat lar grad. :)

p/s : kalau saya ada silap kira , please inform me ok. 


Thursday, November 25, 2010

ACADEMIC CALENDAR UUM YANG PALING COOOOOL!!!

kenape? bace sampai habes ok? hehehehe 

( senyum sampai nak lepas daripada telinga dah ! )






There have been a lot of changes in the academic calendar but now its been finalized not just for UUM but by the KPT (Ministry of Higher Education) themselves. 

Here are the new calendar:-

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SESSION A101 (JULY- DECEMBER 2010)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
08 November 2010 - 20 November 2010 - Exceptional holiday
21 November 2010 - 13 December 2010 - Exam period
14 December 2010 - 14 January 2011 - Semester break



 yang tu xkesah lar, sebab dah nak lepas dah.. yang bawah ni besh!!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SESSION A102 (JANUARY 2011 - MAY 2011)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

15 January 2011 - 02 February 2011 (3 weeks) - Learning period
03 February 2011 - 11 February 2011 (1 week) - Chinese New Year/ Mid semester holiday
12 February 2011 - 28 April 2011 (11 weeks) - Learning period
29 April 2011 - 06 May 2011 (1 week) - Study week
7 May 2011 - 26 May 2011 (3 weeks) - Exam period
27 May 2011 - 09 September 2011 (15 weeks) - Semester break

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Holidays
  • Hari Raya Qurban - 17-18 Nov 2010
  • Christmas - 25 December 2010
  • Chinese New Year - 3-4 February 2011
  • Labour Day - 1 May 2011
  • Wesak Day - 17 May 2011


*Any other changes will not happen unless its convenient to.
*Its under MINISTRY OF HIGHER EDUCATION amendments.

--------------------------

Regarding the ADD/DROP, we still collecting all the information about it. Will be informed once we got it. Please be patient =)
& Yes, the best news is that we got 15 weeks semester break next semester. so ,,


READY TO ENJOY !!


ape lah daya nak menolak ape yang mereka dah bagi kn? hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...