Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

Pulau Spratly yang menjadi rebutan 5 negara serantau.


Kepulauan Spratly yang terdiri daripad 100 buah pulau kecil atau terumbu terletak di Laut China Selatan berhampiran dengan MalaysiaFilipinaVietnamChina dan Brunei. Kepulauan ini menjadi punca sengketa terbaru antara negara-negara berdekatan. Pulau ini dikatakan berada di atas pentas benua yang mengandungi petroleum dan gas asli.
Lokais : Laut China Selatan
Koordinat : 4° LU - 11°30' LU dan 109°30' BT - 117°50' BT.
Luas lautan : 244.700 km persegi
Luas daratan : 3 km persegi
Jumlah pulau : 230 

Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi (Menteri Pertahanan Malaysia) berkata , beberapa cadangan seperti mengadakan pertemuan dua hala, pemantauan bersama & dialog pelbagai hala bagi mencari kata sepakat antara negara telah dicadangkan bagi meleraikan serta menyelesaikan perebutan ini. 

China telah dilihat menggunakan kapal peronda terbesar dalam angkatan tenteranya untuk mengawasi perairan berdekatan kepulauan tersebut. Tindakan itu diambil ekoran pertelingkahan antara China & Filipina. Malaysia bagaimanapun telah membina kubu pertahanan di tiga kawasan iaitu Terumbu Layang-Layang, Terumbu Ubi & Terumbu Mantanani. 

*Pulau Layang-layang menempatkan mini lapangan terbang, markas tentera & scuba diving*

Malaysia bagaimanapun mahu mengelakkan penggunaan kekuatan kententeran sebagai jalan penyelesaian. Anngota tentera laut Malaysia tetap diletakkan di kawasan Pulau Spratly sebagai langkah berjaga-jaga. 

Di bawah permukaan laut kepulauan tersebut memiliki kandungan gas dan minyak bumi yang sangat besar. Selain strategik untuk pos pertahanan tentera. Pulau ni amat besar keuntungannya kepada negara yang memilikinya. Simpanan Minyak di Kepulauan Spratly adalah sebanyak 17.7 billion tan merupakan simpanan minyak keempat terbesar di dunia. 
Macam mana agaknya isu perebutan tuntutan hak ini akan selesai ye? Kalau ikutkan gambaran peta ni kawasan tersebut lebih hampir dengan Brunei , Malaysia & Filipina. Banyak tindakan yang telah diambil China dalam mendapatkan Pulau Spratly. 

Jangan jadi macam isu Batu Putih sudah. Malaysia cuma dapat Middle Rock walaupun lokasi Pulau Batu Putih sejengkal je dari Malaysia. Singapura telah berjaya mengemukan dokumen dokumen yang mengesahkan pulau tersebut milik mereka.

Isu Pulau Pisang yang belum menemui jalan penyelesaian sehingga kini.


Malaysia? Singapura? Ikut rasional negara mana yang patut / layak / berhak dapat Pulau ni??

Thursday, December 16, 2010

Top 10 Vacation Destination For 2011

Looking a place for your vacation? 

dont worry. i've a list of top 10 best place for you. 

#1 Doha , Qatar.



#2 Rio de Janeiro , Brazil.



#3 Stockholm , Sweden.



#4 Atlanta , Georgia.



#5 Kent Coast , England.



#6 Hokaida , Japan.



#7 Cesme Peninsula , Turkey.



#8 Nahanni National Park , Canada.



#9 Puerto Viejo , Costa Rica.



#10 Ponza & The Pontine Islands , Italy.


Wednesday, December 15, 2010

10 Sungai Paling Kotor Di Dunia

nak tau sungai mane yang disenaraikan sebagai antara sungai sungai yang kotor?

jom kita lihat.

#1 Sungai Citarum , Jawa Barat , Indonesia.

Merupakan sumber air utama untuk pertanian dan masyarakat walaupun keadaannya begini.  Bank Pembangunan Asia telah meluluskan pinjaman sebanayk $500 juta untuk kerja pembersihan.



#2 Sungai Yamuna , India.

58% adalah sisan dari ibu kota New Delhi di buang ke sungai ini. Kerajaan sudah berputus asa untuk membersihakan sungai ini kerana banyak perbelanjaan yang telah dilaburkan tetapi semuanya gagal.



#3 Sungai Buriganga , Bangladesh.

Merupakan sungai utama yang mengalir di samping Bandar Dakha ( ibu kota Bangladesh ).



#4 Sungai Kuning , Lanzhou , China.

Merupakan sungai kedua terpanjang. Tercemar akibat tumpahan minyak yang berlaku dan kesan daripada kemajuan industri di China.



#5 Sungai Marilao , Filipina.

Mengandungi bahan kimia beracun seperti kromium , tembaga kadmium dan arsenik. Kilang kilang telah melepaskan bahan buangan mereka walaupun kempen kesedaran telah dilakukan oleh pemerintah.



#6 Sungai Ganges , India.

Merupakan sungai paling suci bagi penganut agama Hindu yang muncul dari glasier gangotri. Dianggarkan sejumlah 200,000 orang melakukan ritual mandian di sini walaupun keadaan sungai kotor.



#7 Sungai Songhua , China.

Sungai tercemar dengan benzana.



#8 Sungai Mississipi , USA.

Merupakan sumber alam semulajadi dan juga sumber daya ekonomi bagi negara ini.  Sungai ini mengalir hampir 40% dari Amerika Syarikat dan membawa sekitar 1.5 juta tan metrik pencemaran nitrogen ke Teluk Mexico saban tahun.



#9 Sungai Sarno , Itali.

Dicemari dengan skala besar pembuangan sisa pertanian dan industri yang tak dirawat ke dalam sungai. 



#10 Sungai The King , Australia.

Tercemar akibat kegiatan perlombongan yang dijalankan. Sekitar 1.5 juta tan sulfidik memasuki sistem sungai setiap tahun dan pada tahun 1995 dengan jumlah lebih dari 100 juta tan.




mujur negara kita tak senarai dalam top 10 ni. tapi kat sini pun still ada sungai yang kotor gak kan.

walaupun tak seteruk mereka , tetap diistilahkan sebagai kotor.

sama sama lar kita menjaga sungai yang dimiliki sebelum keadaan menjadi lebih teruk. :)



Sesaknya..

Galaksi kian sesak! yes thats right.






dah ade lebih daripada 500 buah planet baru yang tak dikenali di luar sistem suria kita. 


Menurut Jean Schneider ( Pakar Astronomi ) menytakan tak sampai 20 tahun selepas planet pertama ditemui di luar sistem suria , ahli kaji bintang berjaya mengesan kehadiran planet ke-500 pada 19 November yang lalu.Pengkalan data menunjukkan sebanyak 502 planet asing sudah ditemui.


Tapi lanet baru tersebut tidak sebesar Musytari dengan saiz 15-50% lebih kecil. Jaraknya dari bumi pula adalah dianggarkan antara 58 hingga 196 tahun cahaya.


Pakar astronomi juga yakin akan memperoleh lebih banyak kejayaan dan penemuan baru sebaik menganalisis data dari Pusat Pemerhatian Angkasa Lepas Kepler milik Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) tidak merekodkan senarai rasmi planet di luar sistem suria sebaliknya terdapat beberapa senarai tidak rasmi seperti yang dibuat Schneider dan Makmal Pergerakan Jet NASA yang menyimpan senarainya dalam dokumen bertajuk ‘PlanetQuest: New Worlds Atlas’. 

Sehingga hari ini, PlanetQuest menyenaraikan sebanyak 497 planet.

Info tamnbahan :


  • Sistem suria kita dianggarkan berusia sekitar 4.5 bilion hingga 5 bilion tahun. Ia terdiri daripada lapan planet utama, diikuti planet kecil seperti Pluto. Selain itu ada juga komet dan beribu asteroid yang mengorbit sistem suria.




  • Planet utama terdiri daripada Utarid, Zhurah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune.




  • Dalam sesaat cahaya bergerak sejauh 300,000 km dan dalam sejam bergerak sejauh 1,080,000,000 km (1 bilion 80 juta km). Dalam masa setahun cahaya bergerak sejauh 10 trilion km. Bintang terdekat dengan bumi selain matahari ialah Proxima Centauri yang terletak sejauh 4.3 tahun cahaya dari bumi. 
  • Tuesday, December 7, 2010

    20 Fakta Israel



    Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui :

    1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

    2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?

    3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

    4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

    5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

    6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

    7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

    8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

    9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

    10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

    11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.

    12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

    13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

    14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:
    “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

    15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

    16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

    17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

    18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

    19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?

    20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.

    Sunday, December 5, 2010

    Letupan Big Bang

    GENEVA, Switzerland - Sekumpulan saintis mencipta letupan mini Big Bang yang menunjukkan detik-detik permulaan alam semesta yang wujud hampir 14 bilion tahun lalu dengan menggunakan mesin penghentam partikel, Large Hadron Collider bernilai AS$6.4 bilion (RM19.79 bilion), lapor sebuah akhbar.


    Letupan itu berskala kecil tetapi menghasilkan suhu 10,000,000,000,000 darjah Celsius, satu juta kali lebih panas daripada pusat matahari.






    Seorang saintis Britain, David Evans yang merupakan salah seorang daripada 1,000 anggota eksperimen itu berkata: "Kami teruja dengan pencapaian itu. Perlanggaran partikel menjana suhu dan ketumpatan paling tinggi yang pernah dicapai dalam satu eksperimen."


    Eksperimen itu dibuat di dalam sebuah terowong bawah tanah di sempadan Switzerland dengan Perancis.


    Ia dilakukan bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai alam semesta selepas letupan Big Bang atau letupan besar berlaku 13.7 bilion tahun lalu. - Agensi





    Fakta Menarik


    #Salah satu bahan yang penting untuk membuat minyak wangi adalah "musk".Bahan tersebut merupakan gel berbau tajam yang dihasilkan oleh rusa ( musk ) jantan untuk membuat tanda pada kawasanya. Bahan ini telah digunakan sejan lebih 5000 tahu dahulu oleh Ahli Perubatan Tradisional China.

    #Empat perkara yang jika dilakukan akan menyelamatkan kita dari bahaya dunia. Hadis Riwayat Hakim.

    • Berkata jujur.
    • Menjaga amanah.
    • Berakhlak mulia.
    • Meneliti setiap apa yang masuk ke mulut. 
    #Kejora , planet kedua dalam sistem solar , mempunyai saiz dan komposisi hampir menyerupai bumi kita. Planet ini mempunyai gunung , gunung berapi dan jurang. Tetapi planet ini tidak sesuai untuk didiami kerana suhunya sangat panas yang disebabkan oleh lapisan atmosfera yang sangat nipis untuk memerangkap sinaran matahari.



    #Terdapat lebih kurang 160 juta biji telur ayam yang dihasilkan pada setiap tahun di negara China. Jumlah tersebut cukup untuk menghasilkan sekeping telur dadar yang berukuran satu meter untuk setiap penduduk di muka bumi ini.

    #Terdapat lebih kurang 600 juta bakteria di atas dan di dalam badan kita. Ketiak sahaja boleh mengandungi 800 bakteria pada setiap milimeter persegi!



    #Mata org lelaki adalah lebih besar daripada mata org perempuan iaitu kira kira 0.5mm.

    #Jika sistem pertahanan semulajadi badan gagal berfungsi , bakteria di dalam perut boleh memusnahkan tubuh kita dalam 48 jam sahaje!

    Monday, November 22, 2010

    OTAK OTAK

    ape tu otak otak? otak manusia ke? haha. tak lar.

    otak otak @ Fish Mousse ni biasa nye dibuat daripada isi ikan tenggiri. cara memasak nye lak dengan membalut menggunakan daun kelapa ( ade gak yang guna daun pisang ) dan akan di bakar di atas arang. isi ikan tenggiri tersebut kemudiannya akan di campur dengan pelbagai lagi ramuan untuk menambahkan kelazatan & aroma yang tersendiri. ade gak otak otak yang diperbuat daripada isi udang. 





     memang sedappp !!

    yummmmyy




    makanan tradisional ini boleh dijumpai di Malaysia , Singapura & Indonesia. kalau kat Malaysia ni , saya tak tau lak ade tempat yang otak otak ni jarang ditemui. itu pun , ade lar seseorang ni yang bagi tau kat saye , kat PENANG  takde otak otak. saye baru je tau tadi. itu pun sebab die pergi cuti cuti malaysia kat melaka bandaraya bersejarah tu. kesian die. jarang makan otak otak ( atau pun awak je yang tak jumpe otak otak kat penang tu. sebab awak selalu makan KARI! hehe ). tak pe , nanti ikut saye balek johor , makan otak otak sampai kenyang ye. nak saye tolong buatkan pun boleh..... hehehe.







    saye ingat lagi. kalau dulu harga otak otak ni 30 sen je satu. 

    ( mungkin lagi murah sebelum saye lahir )

    tapi sekarang ade yang sampai 60 sen.

    ( ade student jual kat UUM ni time bulan puasa hari tu )




    memandangkan yang saye ni orang johor , saye tak lar nak berape perasan sangat yang makanan ni tak de kat utara ni. tapi betul lar , saye belum jumpe otak otak lagi kat utarani walaupun dah hampir setahun setengah di sini. ade sape sape tau kat mane nak dapat otak otak kat sini? bagitau saye ok? and.. bawak saye pergi tmpat tu belanje saye. haha.


    kalau kat JB , antara otak otak yang terkenal , ni lar die.




    * otak otak KEMPAS *

    otak otak ni pun sekarang , dah di variasi kan. macam macam lagi makanan yang boleh dihasilkan. contohnya dijadikan sebagai inti popia , pau , roti jala ( oh ye! kat penang panggil roti.. alamak! lupe lak. adeshhh ) dan maybe ade lagi yang saye tak tau. 

    kalau ade sape sape yang nak resipi ni , boleh lar klik di sini ye. 

    selamat mencuba! 


     perut sihat , otak pun sihat. 

    betul kn? hehehe

    Friday, November 19, 2010

    COKLAT

    most of us love chocolate. tapi still ade lagi some people yang tak suke coklat. coklat dihasilkan daripada buah koko dan telah melalui proses pengeringan. 

    jika kite pergi ke negeri negeri di sebelah utara malaysia , coklat dalam bahasa mereka is GULA-GULA. one of my experience ketika di awal penghijrahan ke utara ( macam jauh je! hehe ) ade sangkut paut dengan COKLAT. one of my classmates , cik mun ( sory mun , bagi name hang popular sikit. hehe ) mintak saye belikan die coklat sebelum kitorg masuk kelas. dengan fahaman bahasa dari selatan , saye pun belikan die coklat bar ( milo kowt rasenye ) then bagi kat die. cik mun cakap , "lar. awat hang beli yang ni? ". saye cakap tak pe lar saye bagi je kat die. rupe rupe nye , die nak gula gula ( ade kopiko , ape lagi entah. hehe ). bagitau lar gula gula. ni cakap coklat. mana ceq nak tau mun uii. hehe.

    berbalik kepada coklat , ramai org yang menganggap coklat sebagai agen untuk menambah berat badan atau senang cakap , " makan lar coklat banyak banyak. nanti gemuk baru tau." selalunya org akan ckap camtu kn? haha. kalau yang jage badan sangat sangat tu , memang takut dengan coklat. tapi kalu budak budak kecik , cakap lar ape pun , diorang ngap gak. hehe. 


    charlie & the chocolate factory 
    ( i love this movie! )


    banyak sebenarnye khasiat yang boleh kita dapat daripada coklat ni. coklat hanya akan membawa kesan buruk jika kita mengambilnya dengan cara yang salah. antara kebaikan coklat ialah :


    • coklat dapat merendahkan kadar kolestrol dalam badan. (Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah. )
    • menjadi bahan anti kerosakan gigi. bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik. )
    • coklat mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol di dalam coklat bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri. )
    • coklat boleh menyumbang tenaga. amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. )
    • mengawal tekanan darah. ( coklat pahit mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksida yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah. ) 
    • menghalang kencing manis. Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis. )
    • menghalang jerawat dan parut. Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu menghalang pertumbuhan jerawat dan mengurangkan parut. )
    • mengawal kerosakan sel dan tisu badan. Koko kaya dengan flavanoids, bahan antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan yang disebabkan serangan radikal bebas. )
    • baik untuk kulit. Lemak koko megandungi 34 hingga 36% asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35% asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksida. )
    • menguatkan tenaga batin. ( nikmat dirasai menyebabkan pengeluaran pelali semulajadi yang dapat mengurangkan kesakitan dan dapat meningkatkan mood seseorang. yang ni? haha. saye tak tau. cube try bagi yang boleh try. tettt )
    • melambatkan proses penuaan.
    • membantu menajamkan mata & minda.
    • menguatkan daya ingatan.
    • kandungan kafein yang lebih rendah berbanding minuman lain.


    ( perbandingan kadar kafein dalam minuman )


    * tetapi adalah di nasihatkan untuk wanita yang mengandung tidak mengambil coklat dalam kadar yang berlebihan kerana kandungan gula yang berlebihan boleh memberi kesan seperti menyukarkan proses kelahiran bayi & bayi akan cenderung menjadi lebih besar, selain itu juga akan menyebabkan bayi lahir tidak cukup bulan kerana air ketuban di dalam rahim tidak lagi dapat menampung bayi. bayi juga akan mengalami masalah lain seperti demam kuning , sistem pernafasan terganggu & menyukarkan sistem paru paru untuk berfungsi.

    *cukup lar sekadar mengambil coklat dalam kadar yang bersesuaian. J

    antara makanan yang dapat dihasilkan daripada COKLAT :


    kek batik

    ( ramai yang suke kn? yummy........... )



    kek coklat MOIST

    ( nanti saye nk my future husband buatkan saye kek ni. tapi yang special punye. hehe )



    boleh gak dijadikan sebagai buah tangan.


    kalau ade sape sape yang rase nye terer memasak , boleh lar buat kan saye ye. bukan saye tak reti , just malas je. hehe. kalau tak nak masak , boleh belanje saye. lagi senag kn? hehe.


    nikmatilah coklat sepuasnye tetapi jangan lupe pada kesihatan.


    *teringat kat sorg kawan yang sepatutnye bagi hadiah kat saye. tapi tak bagi lagi. agak agak , boleh tak mintak die sponsor kek coklat untuk setahun kat saye? hehe.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...