Nuffnang

There was an error in this gadget

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Sunday, May 8, 2011

makanan yang best di KEDAH

apa makanan yang best kat kedah ni ey? hurm. dah setahun saya duduk kat kedah ni tak perasan lak makanan yang menarik kat sini. sebabnya kalau kat UUM ni macam macam ada. nasi kerabu , nasi dagang & makanan makanan luar.

KUIH KARAS

kuih ni selalu jumpa. kat jb pun ada. baru tau yang ni makanan orang kedah ey.


TAPAI PULUT

ha. baru minggu lepas saya makan tapai pulut ni. sedap. kalau kat jb biasanya tapai ubi. lagi sedap. 

saya tanya lar kat pakcik yang jual tu , tapai ubi takde ke? dia cakap dia tak buat. sebab ubi susah nak dapat 

kat sini. 


KUIH SERABAI

serabai ni sejenia kih rupanya. tak pernah makan lak. macam rupa lempeng pun ada. 

kalau dulu time skola , kitorang suka sebut "eh. serabai lar kau ni".

maksudnya macam selekeh gitu lar. lepas dah duduk kat utara ni , takde guna lagi dah word tu. 

sebab orang laen tak paham. haha.


DANGAI

kuih dangai ni pernah nampak kat pasar malam Changlun. dibuat daripada kelapa. 

saya tak teringin lak nak rasa sebab macam tak sedap je. hehehe.


PUTU BULUH

kalau kat jb , kitorang panggil putu bambu. yang laen dengan kat kedah ni , kuah gula tu disiram atas kuih.

biasanya yang saya tau kuah gula tu dijadikan inti. kalau jadi inti lagi sedap rasanya.

sebab bila makan kuih ni , rasa sekali inti. hehe.


rasanya banyak lagi makanan kedah yang saya tertiggal. saya pun tak berapa nak tau sangat. ada tak sape sape yang nak bagi suggestion kat saya? share lar ye. :)

p/s : ssatu lagi makanan favourite yang saya tak jumpa kat sini. PUTU PIRING. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...