Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Showing posts with label Personal Post. Show all posts
Showing posts with label Personal Post. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Minta MAAF.

ya. saya nak mintak maaf ni. 

sebab.. sebab.. biarkan blog ni tanpa update apa apa pun.

tapi still ada yang follow. terima kasih semua! 

saya ada beri tahu kan yang sebelum ni saya jual kuih untuk isi masa lapang cuti 3 bulan ni.

bulan ni lak, saya jual cookies untuk raya. 

mudah mudahan berjalan dengan lancar. insyaallah.






tu lar jenis kuih raya yang saya jual. tapi saya tak buat perkhidmatan pos ey.

area Johor boleh lar order. 

harga tak mahal pun. kalau berminat, boleh contact saya. 

student UUM atau sekitarnya nak order pun boleh. tapi dapat lepas raya lar.

hehe. takpe, boleh buat jamuan raya ngan kawan kawan kan.

saya ada something sebenarnya nak bagi FREE kat follower2 saya ni. 

tapi tak berkesempatan nak post something tu.

SELAMAT BERPUASA walaupun dah separuh bulan puasa kita lalui. hehe :D


Sunday, July 10, 2011

Gangguan kesihatan.

Assalamualaikum.

tiga empat hari yang lalu , saya mengalami gangguan kesihatan sikit.

eh. bukan gangguan makhluk-makhluk halus ke apa.

saya kurang sihat. demam , sakit tekak & selsema.


uhukk. cuaca pun panas je kan kat JB ni. 

kalau tak jaga kesihatan betul-betul , camni lar jadinya. hehe.

alhamdulillah. sekarang dah beransur sihat.

tapi tak sihat sepenuhnya.

banyak jugak lar entri nak buat ni. 

and kene lar gak jalan-jalan tengok rumah (blog) orang lain. 

nak gak jenguk-jenguk diorang kan. hehe.


p/s : jom tengok Tanyalah Ustaz TV9. banyak manfaat yang kita boleh dapat! :)

Wednesday, June 29, 2011

Saturday, June 11, 2011

Jom buat perniagaan sendiri!

assalamualaikum. hehe. :D

oleh kerana cuti semester kali ni agak lama , saya telah bercadang untuk mendapatkan wang sampingan. rasanya ramai lagi yang berfikiran camtu kan? bila cuti panjang je nak cari kerja part time. pergi lah ke sana sini mencari kerja. kalau dah dapat yang ok dan berbaloi terima je. takyah nak demand sangat. bukan kita nak kerja tetap pun kan.

bagi saya lak , memang saya nak kerja. nak cari pengalaman untuk bekerja. macam mana rasanya suasana di tempat kerja. sebab selama ni pun saya tak pernah lagi bekerja kat mana mana. even kedai runcit. interview kerja pernah sekali. kat klinik. itu pun kakak saudara saya yang nak apply kerja tu. tapi entah camne saya boleh terlibat lak. haha. at last dia yang dapat. maybe sebab dia lagi tua & matang dari saya time tu kowt. "time tu" ok. hehe.

habes matrik dulu pun saya tak kerja. duk umah besaqkan pungkok ja! hehe. saya nak kerja tapi macam tak berkesempatan je. sebelum cuti 3 bulan 3 minggu ni pun , saya dah ingat nak kerja. tapi bila sampai waktunya .. tak ter-kerja lak. banyak je tempat yang perlukan pekerja. 

tapi saya tak goyangn kaki je duduk rumah ye. saya ni minat memasak. hehe. terfikir lah nak gunakan kepakaran kerajinan saya dalam masakan ni dengan menjual kuih. ayah saya lak ada bagitau yang kawan dia cakap kalau kalau ayah saya nak letak kuih kat kedai makan dia. saya pun hurm hurm hurm dua tiga kali. and deal je lah. hehe. why not try dulu kan. 

buat yang simple simple je. tapi boleh mendatangkan keuntungan. first day tu saya buat tiga jenis kuih. karipap , popia goreng & sausage roll. semua sekali 64 keping je. takut gak kalau kalau tak habes. tapi alhamdulillah habes untuk first day. second day lak saya buat karipap , popia goreng & samosa. 


yeay habes lagi. kawan ayah saya mintak saya buat popia goreng tu lebih sikit. dan untuk hari yang ketiga semua habes lagi. alhamdulillah. next monday ni , saya kena tambah lagi kuatiti untuk karipap , popia goreng & samosa. mintak mintak lar ada lagi kedai makan lain yang saya boleh tumpang letak kuih. bukan nak tamak tapi at least ada kedai makan yang laen sebagai back-up. 

hari sabtu & ahad kedai makan kawan ayah saya tu tutup. boleh lar rileks sikit. tapi boring lak takde apa nak buat. malam tadi biskut biskut & milo jadi mangsa saya. mesti dah tau kan apa saya buat?  mesti lar kek batik. haha. rasanya dah 2 tahun saya tak buat kek batik ni. jadi lah gak yang malam tadi punya.

banyak gak saya boleh dapat bila kerja sendiri ni. tempat kat rumah sendiri. masa untuk buat kuih lak ikut kita. sambil sambil tu boleh tengok tv. tak lar penat sangat. lepas ni saya nak try tambah kuih sampingan lak. kalau ada masa lebih baru saya buat. boleh tambah tambah sikit. mak saya mula mula cam kurang support je saya buat kuih ni. tapi dah tiga hari nampak dia dah ok sikit bila dapat hasil yang memberansangkan. hehe. 

ingat raya ni nak sambung balek lar buat kek. boleh tak?

Saturday, May 21, 2011

2 paper lagi sebelum cuti semester yang panjanggg!!

uhh. ada lagi dua paper untuk final exam.

23/5 Social Science

24/5 Financial Management 1


rasa macam lambat je nak habesh. lagi 3 hari!  walaupun saya habesh exam pada 24hb mei ni , tapi saya terpaksa tunggu sehingga 27hb mei. sebab .. family saya datang amek. hehe. 

mak saya suruh angkut semua barang bawak balek. sebab cuti 3bulan 3minggu kan. saya rasa macam nak tinggal sikit je kat pantry tu , tapi tak tau lagi lar. takut je barang hilang. sebab sem lepas saye hilang pencil box. tak tau lar camne boleh hilang. wayar wayar printer tu semua dah kat luar. naseb baek printer tak kene kebas. 

tak dapat nak update blog sangat. hukk. korang korang doakan saya ye. hehe :)




Friday, May 6, 2011

My 100th Follower!!

akhirnya angka follower saya mencecah ke angka 100! 

thanx to Anak Incik Mokthar sebab sudi jadi follower saya. 

jom usha blog dia. cute macam tuan punya blog.


actually kan , dia ni satu skola rendah ngan saya dulu. 

taktau lar dia ingat saya lagi ke tak. 

kalau tak silap saya , dulu dia klas 1 cerdik. saya 1 cemerlang. 

kalau tak silap lar. sebab tahun 1998.

dah 13 tahun lalu! haha. 


sekolah kebangsaan taman daya johor bahru.

GAMBAR SEKOLAH KAMI

dulu klas saya kat bangunan yang tengah tu. aras dua.

ingat lagi guru kelas cikgu zaharah. 

eh. macam buat kenangan sekolah lak. 

pape pun , to Anak Incik Mokthar thanx jadi follower saya yang ke 100!!

=D



Thursday, May 5, 2011

kenapa perlu ada Quota?

sedeh nya! 
..
..
nak follow blog orang laen tapi dah takleh. 

sebab ..


dah sampai had kuota yang ditetapkan. watdefish lar-hh.

padahal tak sampai lima blog pun saya follow hari ni. 

bukan saje saje nak follow. sebab blog diorang besh lar saya nak follow.

kenapa lar banyak sangat had wifi kat sini. nak maen game pun dah takleh.

mr BB duduk relax kat umah je.

oouwh. cepat lar masa berlalu. 

saya nak balek umah. 


Cara nak me-maki orang dengan sopan.

me-maki itu bukan sejenis makanan atau adek beradek kepada kim-chi. me-maki tu lebih kepada kata kata kesat untuk dilontarkan kepada orang bila kita tengah marah. paham tak? tak paham cari kamus dewan. hehe. 

antara kata me-maki yang sering ter-dengar oleh telinga suci saya ni seperti mak ang , pungkok ang , babi , pompuan jalang , barua & yang sewaktu dengannya. kalau nak tulis satu satu , mak aii penat tangan ceq oii. kenapa nak guna word mak , pungkok & whatsoever tu semua.  word laen kan banyak lagi.

ha. cuba try lepas ni. kalau rasa nak me-maki orang tu gunakan word yang sedap sikit untuk didengar. contohnya kalau nak cakap orang bodoh , tukar kan lar kepada ayat "pandai sangat" or "pergh. pandai lar kau". orang yang kita tujukan ayat tu mesti paham maksud sebenar ayat yang kita nak guna. kan. kan. 

contoh kat atas tu , gunakan cicak or ulat ke. takyah dah nak anjing or babi tu semua. 

lebih sedap didengar. :)


Wednesday, May 4, 2011

hadiah hari jadi!!

uwaaa! 


aik. kenapa saya nangis time birthday ni? hukk. sebabnya , saya dapat hadiah yang paling best kali ni terbaek dari fiza , myra & awieee. walaupun birthday dah lepas 3 hari yang lalu. 

hadiahnya adalah .. .. 


uwekkk! memang serious busuk giler! tak berperikemanusiaan betul lar korang ni tau. perghh! walaupun dah mandi , dah syampu rambut tiga kali , still boleh terasa bau bauan tersebut.

tapi .. diorang ingat , diorang je plan nak kenekan saya? haha. saya pun dah plan awal awal nak kenekan diorang. mula mula tu , saya ingat nak lari je bilik kawan lain. but then tetiba terpikir lak nak buat ramuan air untuk diorang! haha. saya amek air + sabun basuh baju + telur ayam dua biji! digaul sebati. simpan dalam locker. kalau simpan kat luar , takut diorang nampak lak kan. haha.

ada ke patut? nak simbah air kat orang boleh panggil panggil dulu, tapi saya memang dah tau yang saya akan disimbah dengan air yang busuk. tak sangka lak sebusuk itu! pheww! 

at last , kitorang sama sama bermandi dengan air air tu. lepas kene simbah air tu , ingat dah habes lar. nak cuci cuci koridor & toilet semua. skali .. .. parpp! kene simbah ngan tepung gandumm! erghhh! geram nya. time tu saya dah takde perasaan. sebab rasa sesak nafas sangat dengan bau air tu. macam dah habes nyawa pun ada. dah ingat nak jadi pape je. naseb baek ok. 

apa apa pun. thanx korang bagi pengalaman yang takkan dilupakan ni. tunggu time korang lak!!!! 

saket kepala. nak telan panadol. then sleep kalau boleh! :)

Tuesday, April 26, 2011

Seharian di Perkampungan Orang Asli , Ulu Legong , Baling Kedah.

jumaat lepas , saya & persatuan ( yang terpaksa dirahsiakan ) telah pergi ke perkampungan orang asli kat Baling. ni first time saya join project ni. dalam fikiran saya sebelum sampai kat sana , rasa takut takut pun ada. sebabnya , kitorang pun dah dinasihatkan untuk jaga perlakuan & kata kata kat sana. yelar , orang asli ni kan still banyak pantang larang yang diorang amalkan. perjalanan dari UUM ke Baling mengambil masa lebih kurang 4jam. agak lama lar kan. tapi untuk menghilangkan ke"boring-an" , semua pakat TIDURRR! haha.

bila dah sampai tu , tanggapan saya dah jadi laen. sebabnya , takde lar apa yang nak ditakutkan sangat. rumah diorang rumah batu , takde yang tak pakai baju kecuali budak budak kecil je lar. ASTRO pun adeeee~ hehe. just kawasan diorang tu kotor & berbau sikit lar. anjing pun ada berkeliaran. penduduk kat situ ada yang Islam dan ada yang kristian. kitorang semua bergotong royong bersihkan tempat diorang.

and . . . ada satu tempat yang kitorang kena bersihkan tu , berbau sangat lar BUSUK! uhukk. ( tapi bukan saya yang bersihkan. hehehe ) nak tau kenapa busuk? sebab . . kawasan tu dipenuhi dengan tahi MANUSIA. tak tau lar macam mane diorang boleh buang kat situ. tapi rasanya yang buang kat situ budak budak kecik umur bawah 12 tahun kowt. sebab tempat tu dikira kawasan terbuka. at last , bersih lar jugak kawasan tu kitorang bersihkan. clean & clear!


*kualiti gambar tak berapa nak ok*


*sorry lar. gambar ni je sempat amek. pastu bateri phone habes*

pic kat atas ni time kitorang kat dewan. antara aktiviti yang kitorang buat untuk budak budak ni , belajar buat origami , belajar math & sains. diorang ni semua dalam lingkungan darjah satu sampai darjah enam. mulut diorang memang lar bising. haha. tapi ada yang pandai , ada yang biasa biasa & ada yang taknak belajar. baru bagi kertas soalan math kat dia ( budak darjah enam ) , dia baling balek. dia cakap " susah. susah!". ish ish ish. sabar je lar dengan diorang ni. nak marah tak boleh.

kitorang berangkat balek ke UUM dalam kul 5.30. smpai kat UUM dalam kul 10 malam! pergh. penat tidur , bangun , tidur je dalam bas tu. jumaat ni ( 29hb April ) kitorang akan kesana lagi. tak sabar pulak. sebabnya dapat keluar dari UUM. hehe.

p/s : sory lama dah tak update blog. busy & tak sempat nak update. :)

Saturday, April 9, 2011

kalau nak berniaga , berniaga lar betul betul.

entry kali ni pun tentang makanan gak. hehe. ada kah menunjukkan saya banyak makan? eh, tak. saya selalu makan sandwich sahaja! takpun bihun sup atau apa apa je selain nasi , mee , kueyteow, ayam & daging. hehehe.

sebenarnya , saya kurang puas hati bila order makanan yang serve *macam* maen maen je. macam nak taknak je masak. tapi saya ni bukan lar seorang yang cerewet sangat.


contohnya macam pic kat atas ni. saya order bihun sup. just bihun, kuah sup (macam air je) sayur kubis & ayam. macam bihun segera MAMEE je. bawang pun potong besar besar. macam tak tumis apa apa. hurm. kedai makan ni kat changlun. nama kedai tak ingat lak.  sambal kicap pun tak ada. 


*membasah kan tekak dengan teh ais*


tapi memang kedai ni kurang orang makan. eh, bukan kurang. takde kowt. sebab time kitorang datang, just cuma ada sorang customer. tu pun dia nak blah dah. time kitorang makan, takde orang pun. 

bila order makanan dalam menu , banyak yang tak ada. kalau tak ada , takpayah lar letak lam menu. 

macam mana nak maju camni? ish ish ish. 





Wednesday, March 30, 2011

Banjir di Arau & Kangar

setelah berhari hari keadaan hujan di utara ni , akhirnya bencana banjir tak dapat jugak nak dielakkan. berita terkini , Arau & Kangar di Perlis telah pun dilanda banjir tetapi keadaan masih dapat dikawal lagi.

students terutamanya di UUM dinasihatkan untuk tidak ke sana. lebih baik lar duduk diam diam kat UUM ni. The Varsity Mall ada , Bistro River View pun ada , Kachi Highland , kat Pusat Sukan tu ha pun banyak aktiviti boleh buat kan. kalau setakat nak g pasar malam Changlun tu takpe lar. hehe


*The Varsity Mall*

naseb baek kat UUM ni hujan dah reda. kalau tak , silap silap boleh melimpah air kat tasik tu. biawak biawak semua nanti pakat naek ke darat lak. hehe.

harap harap lar time study week nanti , tak berlaku banjir kat mana mana tempat pun. sebabnya kalau banjir & ramai student UUM berada di luar kampus , takut takut pihak UUM akan postpone tarikh exam!

oh no no no.

p/s : entry lari tajuk sikit. hehe

Monday, March 28, 2011

Jadual Peperiksaan Akhir Semester Kedua Sesi 2010/2011 / The Schedule For The Second Semester Final Examination For Session 2010/2011

ha. jadual exam dah kuar. jadual ni confirm dah. bukan yang draft punya ye. boleh lar check tarikh last paper bila. exam untuk tahun ni lambat. rentetan daripada bencana banjir bulan November kat Kedah dulu. hukk.

tapi takpe lar. still ada 3bulan 3 minggu cuti. plan nak buat macam macam. tapi tak tau lar. bila daah cuti cuti ni. rasa malas je kan. hehe.

student UUM yang nak tau jadual exam bloeh lar ke laman web UUM atau kalau rajin , boleh menapak ke HEA. slip exam bole di print bermula 30 april ini. ingat tu , 30 APRIL. setahun sekali je akan jumpa 30 APRIL. hehehe.

Please be informed that you can view the Schedule for the Second Semester Final Examination for Session 2010/2011 in your respective Student Residential Halls, HEA notice boards and the HEA and Academic College websites beginning 24th March 2011 (Thursday).  

Student can print out the Examination Slip through their portal starting from 30 April 2011 (Saturday) until 26 May 2011 (Thursday). 


click this link to download the schedule.

jangan lupa tengok carry mark! baru ber-semangat sikit nak jawab final exam. kan. kan. :)

*UUM tercinta. cantik kan? saya cadangkan korang study kat sini. hehe*

Sunday, March 27, 2011

ehh? GELAP! Earth Hour.

tadi time Earth Hour, saya jenguk jenguk lar kat luar tingkap. nak tengok UUM ni gelap or tak. saya tengok blok lain terang je. ada yang on lampu , ada yang tak. saya sendiri pun tak off lampu bilik ni. hehehe. ingat lagi tahun 2009 , ayah saya ikut ckali off lampu time Earth Hour ni. rumah yang lain tak buat pun.

dalam kul 9 malam saya nak turun makmal komputer. hajat di hati nak print notes. dengan tenang , bukak lar pintu bilik. tengok tengok GELAP! haishh.


seram lar lak. ingatkan diorang cam tak serius pun dengan benda ni. haha. saya masuk dalam bilik balik. tak jadi nak g print notes tu. masuk bilik , on lampu study. off lampu utama tu. baru.... nak off lampu. hehehe. baru ter-sedar. bagus gak student UUM ni kan. sape lar yang rajin g off lampu koridor satu blok. caya lar-hh. takde gambar untuk dikongsikan bersama. nak snap satu dua pictures , tapi takut nanti lain lak yang jadi. paham paham je lar ye.

kul 9.40 baru lar saya turun g print. lately baru terasa busy. macam macam assignment nak kene siapkan. ada pulak yang terasa hati dengan saya. huhuk. sory lar kalau buat sape sape terasa hati. sory jugak kalau tak banyak update blog.

k lar. nak titow. saket kepala tak hilang lagi. ter-paksa berkawad kaki dalam hujan gerimis tadi.

selamat malam.
mimpi yang indah indah.



Thursday, March 24, 2011

Bidan Terjun : Kad Undangan Perkahwinan

bidan terjun? pe tu? untuk yang tak tau , bidan terjun bermaksud orang yang melakukan sesuatu pekerjaan secara tiba tiba walaupun dia takde kemahiran atau pengalaman. paham? hehe.

kenapa saya cakap pasal bidan terjun? sebab hari ni saya saya buat something yang tak pernah terfikir nak buat. tapi best & saya suka. hehe.

saya telah diminta tolong untuk membuat kad jemputan perkahwinan. walaaupun takde pengalaman tapi skill tu ada sikit sikit. *perasan lak* hehe. saya kalau bab bab berkaitan macam ni , saya suka buat. masa yang diperuntukkan kurang dari satu jam. sebab nak kena hantar hari ni gak. hasilnya tak seberapa tapi ini lar my first invitation card design. 




alamat rumah tak dapat dipaparkan di sini. simple je. nak design lebih lebih dah tak sempat. tapi takpe at least ada pengalaman. hehe. LadiesDesign. hurmm. maybe next after LadiesLicious? insyaallah. :)

p/s : ada kesalahan ejaan yang tak disengajakan.

*next assignment menanti. baru dapat tadi. DUA okeys. hukk*

Tuesday, March 22, 2011

Ber-sauna di UUM. syiokkk

hari ni hari ber-peluh saya. sebab hari ni rasanya paling banyak peluh saya keluar.

kenapa? sebab saya telah merelakan kaki untuk ke pusat sukan UUM. hehe.

plan nak kuar kul lima petang. tapi biasa lar. kul 5.30 baru kuar. 

sampai kat pusat dalam kul 6 petang. first time g sauna ni. ingat takde orang. sekali masuk , alamak ramai lak.

tahu lar kan keadaan dalam bilik tu camne. malu. hehe.

saya tak snap picture pun. tak teringat. 

sama lar cam gambar kat bawah ni. 

cari kat google daripada seorang student UUM gak.



duduk lar dalam tu lebih kurang setengah jam.



keluar lar segala yang tak diperlukan oleh tubuh ku ini. *nyah kauu!* 

pakcik kat kaunter tu suruh datang ambil kad matrik kul 7. 

tapi kitorang g balik kat kauter tak lebih lima minit pun. dia dah lesap. haishh. 

terpaksa lar tunggu sampai kul lapan. hukk. lama gilee!

sambil sambil tu , kitorang masuk gym. cuba itu ini.

macam orang tak pernah masuk gym pun ada. haha. 

perasaan best. nak datang lagi. nak datang lagi. 

masuk sauna bayar RM3 je. kalau seminggu tiga kali , sebulan dalam RM 36. boleh boleh. hehehe. 

lebih murah kalau nak dibandingkan dengan yang kat luar.

saya sayanggg UUM sebab ada sauna. hehe. :)

Wednesday, March 16, 2011

Bila dahi dah berkerut kerut , Bila dada dah berombak ombak

*power tak title post saya?*hehe.

tahu tak kenapa dahi akan berkerut kerut? bukan berkerut ke atas. berkerut ke tengah. sampai macam nak bercantum kening tu. salah satu sebabnya ialah bila seseorang tu tengah marah. macam.. saya?


ouh, entah lar. tension je rasa. ada tak sape sape nak bagi pinjam muka? saya nak pinjam kejap je. lepas bagi sepuluh dua puluh penumbuk , saya pulangkan balik. ada tak? takde? i dont care. saya nak jugak. siap lar sapa yang paling first baca post ni. ha, awak tu. ye awak lar. meh sini nak bagi penumbuk. haha.

tension ke stress? ke sama je? entah. malas nak fikir. maybe disebabkan oleh surrounding yang entah macam hape! hate it. hurhh. bila lar nak habes dua tahun lagi kat sini. cepat lar sikit.

bila saya marah , saya akan diam. bila dah terlalu marah , saya akan.. nangis? ye. menangis. sebab dengan cara tu , boleh kurangkan apa yang saya rasa. NUR saya lar yang selalu jadi mangsa kalau saya menangis sebab marah or sakit hati dengan kawan saya. NUR saya lar tempat saya luahkan isi hati saya. *saya sayang NUR saya*. kawan saya pun ada yang jadi tempat saya luahkan perasaan. *saya sayang kawan saya itu walaupun jauh dimata*. saya tak suka nak luah kan kemarahan dengan kata kata. sebab akan menyakitkan  hati orang lain. dah lar hati kita tengah sakit. lagi dihamburkan kata kata kemarahan kat orang yang kita marah tu.


bukan dapat redakan keadaan. tapi makin merumitkan. saya tak suka nak gaduh gaduh dengan orang. takde pekdah nye. kan. biar saya je yang rasa. sebab rasa tu akan hilang jugak. camne saya hilangkan perasaan tu? bila saya dah puas menangis. bila saya dah boleh tenang kan perasaan dan bersabar. 

kawan saya tak akan tau kalau saya marah kat dia. kawan saya tak akan tau kalau saya tak suka kat dia. tapi walaupun saya tak suka kat KAWAN saya , dia tetap kawan saya. melainkan kalau dia yang taknak kawan dengan saya. sebab buat apa nak bagitau kalau kita tak suka dengan seseorang tu. tak payah nak bagitau kat orang lain yang kita tak suka kat sape sape. nanti jadi makin complicated lak.

p/s: rindu NUR saya. sayang NUR saya.

Monday, March 14, 2011

Game ape yang korang main waktu kecik dulu?

mainan ape yang korang main time kecik kecik dulu ey? macam macam kan? hehe. yang saya ingat, tingting, cop tiang, main kad yang kartun kartun, ceper and banyak lagi kowt. tapi saya tak main anak patung sangat. sebab takde geng pun. adik saya lelaki and sepupu sepupu saya pun kebanyakkannya lelaki. 

antara yang saya still ingat lagi is batu seremban. saya pun tak tau kenapa dipanggil batu seremban. agaknya asal dari seremban kowt? haha. cara nak main , kena ada lima buah ( tak tau nak panggil ape. ) guni kecik yang dalam tu diisi dengan biji kacang hijau atau pasir. saya ingat lagi time skolah rendah dulu , ada budak budak ni tolong supply & jual. sampai macam tu sekali. haha. ada banyak cara nak main. start dengan step 1 sampai entah berapa belas. kene hafal & ingat! time baling tu , xleh jatuh. kalau jatuh , hilang turn. 


ni lar dia batu seremban. macam macam warna ada. hehe.

korang tau tak camna nak main cop tiang? ni mainan budak budak je. haha. ingat lagi dulu kalau time rehat or balik , mesti main jap. cop tiang ni , kena ada lima orang. empat orang pegang empat tiang. tapi takleh statik je. kene tukar tukar tiang. sambil tu lagi seorang. kene berebut untuk dapatkan tiang dia. paham tak? haha. 


*ihsan pakcik google*

macam ni lar *rope tiang yang digunakan untuk main cop tiang tu. 

game lain yang saya main dulu adalah ceper. ceper tu sebenarnya penutup botol. nak main pun ade step step tertentu. best lar gak. tapi kalau nak dapat penutup botol tu , kene lar beli air yang dalam botol kaca tu. skang ada lagi ke x ey? saya pun taktau. hehe.



*terer lar budak dalam gambar ni*

lagi game apa ey? tiba tiba lak tak dapat nak ingat. sebab..

..mata dah kuyu..
..badan dah lesu..
..otak dah tepu..

its time to sleep. hehe. esok nak kene bangun awal sebab klas kul 8 dah start. oh ye , tak sabar nak tunggu selasa. sebab nak g amek L. pastu masuk klas blajar memandu. *yang dah ada lesen , diam diam. saya budak baru belajar.* hehehe. 


p/s : actually post ni dah berzaman kat dalam draft. baru hari ni rasa nak publish. hehe. sorry sangat sangat to NUR saya sebab plan yang dia buat tak menjadi. hukk. i love u , sayang. ♥

Saturday, March 12, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah di pagi hari!

pagi. pagi. pagi.

apa yang korang buat pagi pagi sabtu ni? saya bangun tepat kul 8.55 pagi. kejut NUR saya. tapi dia taknak bangun! hurhh. then g toilet jap. on baby Q ni. bukak cita HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH ! boleh lar cita tu. boleh lar? hurm. ok kowt. cuma ada scene scene yang tak masuk akal sikit je. cam poyo. hahaha.


part sedih ke ni? entah. haha. kesian kat dia ni. kaki tersepit bawah benda alah ni. dah tak pasal pasal lumpuh.


tuan punye buat dek. sibuk duk gelak ngan bini. entah apa yang lawak agaknya. padahal bini dia kirim beli barang je. 


*rope ropenye* kak limah ni sakit mental ha. adoiyai. orang sakit mentl terer terbang terbang wo. haha


dah habis tengok cite tu , baru online. kejut NUR saya lagi. dia tanya kul bape. saya cakap dah kul 10.50. ha , amek kau. baru nak terperanjat. kelam kabut bangun baru nak mandi. adik dia pun sama. haishh. (raplah betoi la hampa dua ni.) hehehe.

hari sabtu tak memberi apa apa makna pun bagi student UUM. sebab? hari sabtu ada KO-K. hukk. tak rasa macam cuti pun. KO-K saya start kul 2 sampai kul 4 nanti. KO-K saya apa? ada lar. KO-K saya is something about MUSIC. hehe. jurulatih dia ok. saya suka. :)

hurm , perut pun nak berkaraoke. nak g makan dulu. jom jom jom. hehe

Wednesday, March 9, 2011

perghhh! sedapp

saya suka makan cendol. 

hari hari saya makan cendol!


*pergghhhh!*


camni pun sedap gak ni. ada pulut + durian. slurrpppp!

entah kenapa tetiba malam malam camni terasa nak makan cendol! nakkk! hukk. sedapnyee. teringat dulu time saya skolah rendah. kalau teman nenek g pasar lambak je , balik tu mesti beli cendol. kalau boleh nak dua. satu tak cukup! haha. tapi sekarang nenek dah kurang g pasar lambak. selalu beli barang barang basah kat van yang lalu tu je. saya pun jarang ada kat jb skang ni. asyik kene campak kat utara ni je. haishh.
*nampaknya memang akan kat utara sampai ENTAH.* hehehe.

kalau pergi pasar malam pun saya nak beli cendol. or just kirim kat ayah saya je.

kat UUM ni ada je. tapi jauh & xsempat & malas kadang kadang nak g. ada kat Perwaja , Petronas pun ada satu. lagi? ha! kat stall CoolBlog mall tu pun ade. ouh yes! esok nak g beli lar. nak test macam mana rasa dia.

p/s : tak boleh nak titow ingat kat cendol. hehehe. kempunan baby lam perut. *mengarut kejap* jadi tak betul lepas jawab paper statistic tadi. haha. =P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...