Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Saturday, June 11, 2011

Jom buat perniagaan sendiri!

assalamualaikum. hehe. :D

oleh kerana cuti semester kali ni agak lama , saya telah bercadang untuk mendapatkan wang sampingan. rasanya ramai lagi yang berfikiran camtu kan? bila cuti panjang je nak cari kerja part time. pergi lah ke sana sini mencari kerja. kalau dah dapat yang ok dan berbaloi terima je. takyah nak demand sangat. bukan kita nak kerja tetap pun kan.

bagi saya lak , memang saya nak kerja. nak cari pengalaman untuk bekerja. macam mana rasanya suasana di tempat kerja. sebab selama ni pun saya tak pernah lagi bekerja kat mana mana. even kedai runcit. interview kerja pernah sekali. kat klinik. itu pun kakak saudara saya yang nak apply kerja tu. tapi entah camne saya boleh terlibat lak. haha. at last dia yang dapat. maybe sebab dia lagi tua & matang dari saya time tu kowt. "time tu" ok. hehe.

habes matrik dulu pun saya tak kerja. duk umah besaqkan pungkok ja! hehe. saya nak kerja tapi macam tak berkesempatan je. sebelum cuti 3 bulan 3 minggu ni pun , saya dah ingat nak kerja. tapi bila sampai waktunya .. tak ter-kerja lak. banyak je tempat yang perlukan pekerja. 

tapi saya tak goyangn kaki je duduk rumah ye. saya ni minat memasak. hehe. terfikir lah nak gunakan kepakaran kerajinan saya dalam masakan ni dengan menjual kuih. ayah saya lak ada bagitau yang kawan dia cakap kalau kalau ayah saya nak letak kuih kat kedai makan dia. saya pun hurm hurm hurm dua tiga kali. and deal je lah. hehe. why not try dulu kan. 

buat yang simple simple je. tapi boleh mendatangkan keuntungan. first day tu saya buat tiga jenis kuih. karipap , popia goreng & sausage roll. semua sekali 64 keping je. takut gak kalau kalau tak habes. tapi alhamdulillah habes untuk first day. second day lak saya buat karipap , popia goreng & samosa. 


yeay habes lagi. kawan ayah saya mintak saya buat popia goreng tu lebih sikit. dan untuk hari yang ketiga semua habes lagi. alhamdulillah. next monday ni , saya kena tambah lagi kuatiti untuk karipap , popia goreng & samosa. mintak mintak lar ada lagi kedai makan lain yang saya boleh tumpang letak kuih. bukan nak tamak tapi at least ada kedai makan yang laen sebagai back-up. 

hari sabtu & ahad kedai makan kawan ayah saya tu tutup. boleh lar rileks sikit. tapi boring lak takde apa nak buat. malam tadi biskut biskut & milo jadi mangsa saya. mesti dah tau kan apa saya buat?  mesti lar kek batik. haha. rasanya dah 2 tahun saya tak buat kek batik ni. jadi lah gak yang malam tadi punya.

banyak gak saya boleh dapat bila kerja sendiri ni. tempat kat rumah sendiri. masa untuk buat kuih lak ikut kita. sambil sambil tu boleh tengok tv. tak lar penat sangat. lepas ni saya nak try tambah kuih sampingan lak. kalau ada masa lebih baru saya buat. boleh tambah tambah sikit. mak saya mula mula cam kurang support je saya buat kuih ni. tapi dah tiga hari nampak dia dah ok sikit bila dapat hasil yang memberansangkan. hehe. 

ingat raya ni nak sambung balek lar buat kek. boleh tak?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...