Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Showing posts with label Artis Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Artis Tempatan. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke 26

Anugerah Juara Lagu ke 26 pada 29 Januari 2011 telah pun berlalu dengan jayanya. macam macam gaya dan idea idea menarik telah ditonjolkan oleh artis artis yang membuat persembahan. terutamanya sekali hafiz. kan kan kann? haha. 

Juara Lagu Ke 26

Awan Nano - Hafiz


Naib Juara Lagu Ke 26

Beribu Sesalan - 3 Suara (Ning Baizura, Jac & Shila Amzah)


Tempat Ketiga Juara Lagu 26

Karma - Faizal Tahir


Persembahan Terbaik

Kisah Hati - Alyah


Vokal Terbaik
Awan Nano - Hafiz

Hafiz, sebagai pemenang tempat pertama membawa pulang trofi & wang tunai berjumlah RM35,000.wahhh! manakala tempat kedua membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM15,000 & tempat ketiga membawa pulang RM12,000. pemenang Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik pulak masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai  RM10,000.




**barisan pemenang**


**kemunculan Remy Ishak yang mendapat sorakan penonton tuu**


**haa najwa , esok sekolah kan kan kann. balek cepat! haha**

untuk anda yang nak tengok lebih banyak gambar, boleh lar klik SINI ye.

"KALAU BERPACARAN mulalah nak guna KEKANDA ADINDA, namun aku bukan seorang PENAKUT untuk akui aku pernah punya kisah CINTA MUKA BUKU suatu ketika dulu. Bila melafazkan cinta, terasa diri ingin sentiasa dekat SEDETIK LEBIH dengannya. Bersaksikan SUNGAI LUI yang mengalir lesu dan di bawah redupan AWAN NANO itu, aku ingin berpesan: "Wahai GADIS SEMASA dan WANITA SELURUH DUNIA, ini KISAH HATI yang bukan untuk dipermainkan. Kerana dunia ini penuh dgn KARMA dan harapnya kisah cinta kita bukan berakhir dengan BERIBU SESALAN."
**persembahan yang bersahaja oleh hafiz. jom layannn*


**rindu giler dengan persembahan Lan (Azlan & The Typewriter). dulu, kalau dengar lagu die je mesti nak menjerit excited. haha ;) **

Saturday, July 2, 2011

Betul ke Tomok dah kawen??

haa. betul ke Tomok dah kawen?

Sure? confirm?


Tengok kat keywords blog ni. ada jugak yang search sama ada Tomok betul ke dah kawen?

haha. tak percaya ke? laa. ish. betul lar.

Tomok (27) dah selamat mendirikan rumahtangga semalam. 1 Julai 2011.

Ni buktinya. 


Dengan sekali lafaz sahaja , Tomok dan Ayu (Siti Rahayu Abbas) sah bergelar suami isteri. 

Majlis akad nikah berlangsung pada malam tadi. 


Ayu (32) menerima mas kawen sebanyak RM300 & hantaran RM 12697.11.

Sama sama lar kita doakan Tomok & Ayu ni bahagia hingga ke akhir hayat. 



p/s : minat giler giler kat Tomok dulu. hehe

Saturday, June 25, 2011

Siapa paling hebat antara juara-juara AF yang ada?

Siapa antara juara-juara AF (Akademi Fantasia) yang korang paling suka & ingat?

Vince?


Zahid? 


Mawi?


Faizal?


Mila?


Stacy?


Hafiz?


Shahir?



atau Hazama?


Pihak ASTRO akan menerbitkan sebuah rancangan (ala-ala Maharaja Lawak) bagi mencari siapa paling 

hebat antara juara-juara yang ada. 

wahh. mesti menarik kan? bagi saya , aura juara yang paling kuat adalah Mawi.

Sampai ada yang menggelar fenomena tersebut sebagai TsuMawi ketika AF musim yang ketiga dulu.

Juara-juara yang lain pun tak kurang hebatnya. Tapi bagi saya AF ni makin lama makin tak best. 

Maybe sebab banyak gimik macam AFMasuk lar & banyak lagi.

Bila agaknya rancangan ni nak kuar tv ye? hurm. tunggu je lar.


p/s : saje je letak gambar shahir tu besar ckit. hehe :D

Saturday, June 18, 2011

Kad Kahwin Mizz Nina Dan Noh Hujan!

Tak lama je lagi diorang berdua ni nak disatukan.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar lar ye. 

Agak agak korang lar kan , camne gaya kad kawen bakal pengatin kita ni?

Ada gambar titis titis hujan? 

Salah. hehe.


haa. Tu lar dia kad kawen diorang. Tema kimono. Pakaian tradisional orang Jepun.

Warna pink lagi. 

Not bad kan design kad kawen diorang. Kreatif. 


Mereka akan dinikahkan pada 1 Julai 2011 ini. 

Sweet je kan. Semoga berbahagia lar hendaknya.

Design apa saya nak buat ey bila kawen nanti? 

(mood gatal. sebab lately banyak lak orang sekeliling ni duk menuju ke arah perkahwenan. hehe)

oupps.


Sunday, June 5, 2011

KL Gangster 2011

filem terbaru arahan Syamsul Yusuf yang pastinya best!




 akan berada di pagagam pada 9 JUN 2011!

Sinopsis:


Mengisahkan dua beradik , seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King (ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL). Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.


Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua. Sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orang orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan.

Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam 


serbu pawagam 9 JUN 2011 ni jomm!

Thursday, June 2, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

walaupun dah berbulan bulan movie ni kuar tapi saya baru nak tengok. adeshh. lambatkan? haha. *jangan gelak sebab saya lambat tengok.

tapi mesti ramai lagi yang belum tengok movie ni kan. haa. rugi kalau tak tengok. sangat besh okeys.


sebelum tengok movie ni , saya ingatkan Merong Mahawangsa tu nama tempat. tapi rupanya nama pahlawan dalam hikayat ni. *kasihan budak ni tak tahu sejarah*


alkisahnya , Putera Marcus (dari empayar Rom) hendak dikahwinkan dengan puteri dari China (pada masa itu dinasti Han). Semasa rombongan dari Rom dalam perjalanan ke hujung dunia (tempat di mana perkahwinan akan diadakan), sebahagian daripada kapal rombongan mereka telah musnah akibat ribut. Mereka kemudiannya berhenti di Goa untuk mendapatkan bantuan. Malangnya, pemerintah di Goa pada masa itu meminta bayaran diberikan dahulu sebelum membawa rombongan dari Rom dapat meneruskan perjalanan mereka. Putera Marcus kemudiannya meminta bantuan daripada Merong Mahawangsa, yang ketika itu terselamat daripada hukuman bunuh oleh pemerintah Goa.

Merong berjaya membawa mereka ke hujung dunia (merupakan tempat asal beliau) dan bertemu dengan rombongan daripada China. Sebelum perkahwinan sempat dilangsungkan, mereka diserang Garuda (kuasa jahat) dan puteri dari China telah dilarikan. Merong pula cedera teruk tetapi telah diselamatkan oleh Pak Kesum. 

Bermula dari situ lah Merong berusaha keras dan belajar dari Pak Kesum untuk menjatuhkan Garuda dan menyelamatkan puteri dari China. Merong telah mewujudkan Langkasuka (kerajaan baru) sebelum menentang Garuda dan sempat berkahwin dengan Embok. 

Layan lagu Anuar Zain - Sedetik Lebih. OST Hikyata Merong Mahawangsa.



ayat yang saya takleh nak lupa dalam movie ni. 

sampai masa tibanya waktu , redup hati kau berdua.
bila dua jasad bersatu , hidup mati jadi bersama.

siapa Merong Mahawangsa? saya nak describe panjang panjang takut nanti ada yang tak paham lak. Kalau nak tau, kene lar tengok movie ni. beli yang original okeys.

movie ni telah ditayangkan di 72 buah negara di dunia! wahh. sebuah hasil yang sangat membanggakan daripada KRU.


Wednesday, May 25, 2011

CHINTA Hair Salon & Beauty Fashaa Sandha

Fasha Sandha. sape tak kenal kan?

saya buka nak gossip pasal dia tau. hehe. 

CHINTA Hair Salon & Beauty dia tengah buat promotion sekarang ni. 

ha. sape sape yang berminat nak try service kat salon dia ni boleh lar pergi.

location salon ni kat Wangsa-Link (area Carrefour Wangsa Maju) bersebelahan dengan OCBC Bank.
amacam? interesting tak? hehe.

jom usha salon dia sikit. 


purple in colour. 

nak tengok gambar lagi? klik SINI.


Friday, April 1, 2011

Lyrics Of The Month ( March ) - Kekasih by Devotees

Kekasih 

Kasih
Telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita

Kasih
Telah kubinakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Mekar menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati




Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menungguku
Kerna takdir kurelakan jua

Kekasih
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Oh andai takdir
Kita bersama lagi
Kuingin hidup bahagia bersamamu

Download : 4shared.com

Saturday, March 19, 2011

Juara Raja Lawak 5 : Man

malam kemuncak Raja Lawak astro musim ke lima telah pun sampai ke penghujungnya.

Finalis yang bertarung ialah Balas , R2 & Man.


tugasan bertemakan Cinta pada minggu ini telah memberi tuah kepada Man.

MAN

 

sedikit biodata Man.


antara kome komen juri kepada Man.


TAHNIAH diucapkan kepada Man! 

semoga kehadiran anda menyerikan lagi indusrti lawak tanah air.

hehe. :)


Wednesday, February 23, 2011

Most Beautiful Malaysian Actresses 2011 #Top 10



1.Carmen Soo , 33.  Model & Actress.
 

2. Juliana Evans, 21. Model , Actress & TV Host.



3. Diana Danielle , 20. Actress & Model.


4. Maya Karin , 31. Singer & TV personality. 


5. Julie Woon , 26. Actress & TV Host.


6. Hannah Tan , 29. Singer-song writer , Actress , Model & TV personality. 


7. Nur Fazura , 27. Actress.


8. Belinda Chee. TV Host , Actress & Model.


9. Nora Danish , 28. TV Host , Model & Actress.


10. Lisa Surihani , 24. Actress.



beautiful huh? i like lisa surihani &nur fazura, :)

Friday, February 11, 2011

Happy Birthday , Azad Jazmin 11th February 2011

Special entry untuk Azad Jazmin , artis yang saya minat. hehe. mula minat time dia berlakon drama Enigma dulu. 


may ALLAH bless u, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki.
semoga apa yang dihajatkan dimakbulkan ALLAH.
bahagia di samping insan insan yang disayangi.
berjaya dalam bidang yang diceburi.



Profil Ringkas Azad Jazmin : 


NAMA: Azad Jazmin
TARIKH LAHIR: 11 Februari 1976
TEMPAT LAHIR: Seremban, Negeri Sembilan
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik
TELEMOVIE: Dendam Adam
DRAMA: Cinta Balqis, Tanya Sama Hati, Anak Mami Mek Ani, Adnan Sempit The Series, Chef Jo.
FILEM: Nana Tanjung 2, Sifu dan Tongga, Ngangkung, Kongsi


last but not least, 


semoga ber-bahagia. luv both of u. :)



Thursday, February 10, 2011

Lyrics of The Month ( February ) : Dalam Diamku - Siti Nurahaliza & Krisdayanti

Dalam Diamku
                                                    Siti Nurhaliz Krisdayanti
                                                                   OST Trilogi Cinta

Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa

Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

*Kata hatiku
Kusimpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi

**Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Chorus

Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini

Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Daku terus mencari…
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Ulang *, ** dan chorus
Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah… lepaskanlah…

Ulang chorus

Telah ku pilih jalan ini

Meski ku sendiri

Renungi erti sepi


Download MP3 : 4shared.com

Sunday, January 16, 2011

Penghijrahan Asyraf Muslim

Hijrah? Penghijrahan ke mane lak ni? London? Arab? bukan lar. Asyraf Muslim berhijrah dari lifestyle dia yang lame kepada lifestyle yang baru. dari yang buruk ( umpamanya ) kepada yang lebih baek. Dia yang memang mula dikenali sebagai seorang pelakon kini mangambil keputusan untuk bertugas sepenuh masa sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat Perubatan Syifa' Alhidayah yang terletak di Kg Sungai Pusu , Gombak , Selangor. Pusat perubatan itu diasaskan oleh Haji Lokman yang banyak membantunya. Dia mula mengenali Haji Lokman ketika membawa adiknya berubat di situ.



Kaedah rawatan yang digunakan adalah menggunakan ayat Al-Quran sepenuhnya tanpa perantaraan ataupun bantuan makhluk halus. Pesakit yang telah mendapatkan rawatan akan diberikan ayat Al-Quran untuk diamalkan.



Menurut Asyraf yang berasal dari Teluk Mas , Melaka , penghijrahan ini menjadikaan dia lebih kuat dan lebih memikirkan apa yang salah dan apa yang betul. Perkara ini juga bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukannya. Asyraf tidak lar meninggalkan terus bidang lakonan tetapi dia memilih untuk lebih fokus dalam perkara yang dilakukannya sekarang ini. Jika mahu berlakon pada bila bila masa pun boleh dilakukan.

Bagus lar kalau macam tu. Membantu orang yang berada dalam kesulitan. Daripada artis artis lain yang buat aktiviti entah apa apa kan.

Teruskan Asyraf Muslim. InsyaAllah.

Saturday, January 15, 2011

TOMOK bakal tamatkan zaman bujang

Tomok atau nama sebenar die , Shah Indrawan ni khabarnye dah nak kawen. betul ke? kalau betul pun ape salahnye kan. umur pun dah 27 tahun. masa die baru baru jadi artis dgn New Boyz dulu , saye memang minat giler lar-hh. hehe. waktu tu pun saye baru darjah tiga kalau tak silap. tahun 2000. biasa lar , budak lagi time tu. haha.

Sampai kan mak usu saye ( masa tu die belum kawen lg dgn pak usu saye ni ) bgtau , kalau die cakap fon dgn pak usu saye , mesti dengar saye tengah melalak lagu New Boyz. haha. CD lagu lagu New Boyz dulu pun , saye amek ( amek je. xpe ) pakcik saye punye. pernah saye amek tp lum pulang lg , tgok2 je pakcik saye tu dah beli yang baru. ape lg. tak jadi lar nak pulangkan. buat koleksi je sampai sekarang pun ade lg saye simpan. hehehe.


Itu gambar tomok dulu dulu. sekarang dah laen. hehe. tomok bakal mendirikan rumahtangga dgn seorang wanita yang khabarnya bekerja kat salah sebuah syartikat penerbangan di Malaysia ( pramugari lar-hh ). Wanita tu dikenali sebagai Ayu dan berumur 31 tahun. 

Jodoh tak mengira usia kan. ade orang cakap kalau usia isteri lebih tua dari suami , jodohnya kekal. hurm , tak tau lar. ape yang penting persefahaman dan sikap tolak ansur adalah yang paling utama. 



Filem pertama tomok , Mantera pulak bakal ditayangkan pada pertengahan tahun ini. Semoga ape yang dirancangkan menjadi. InsyaAllah. 

Wednesday, January 12, 2011

Ana Rafalli - Tolong Ingatkan Aku

Semua dah tau kan siapa Juara AJL25? ye. Ana Rafalli. Honestly , saya pun tak kenal sangat dengan die ni. Tak sangka lak kan die boleh menang. Walaupun ramai peminat muzik kat luar sana yang mempertikaikan kemanangan die ni. 


For me , ok lar. Terima je lar kalau die menang. Tak mempengaruhi life saye langsung. Kalau die share RM35 000 yang die dapat tu dengan saye , baru lar boleh dikatakan yang kemenangan die tu mempengaruhi life saye. haha. perahsaan betul. siapa lar saye ni sampai die nak share duet tu.


Bile dah berkali kali dengar lagu ni , boleh lar gak masuk telinga. hehe. 


Tolong Ingatkan Aku


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi 

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa 

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari 

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu 

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa 

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu 

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa 


Tolong ingatkan aku
..Kisah kita..


boleh dengar lagu ni kat SINI ye. 

kepada Ana Rafalli , semoga terus berjaya. 


p/s : acctually , saye tak tengok pun AJL25 ni. sebab kuar g makan ABC yang sedap kat Kg Melayu , Johor Bahru. sedapp. hehe.

Wednesday, January 5, 2011

Obri AF7 dah bertunang. TAHNIAH

suke kalau ade orang nak kawen. diorang bahagia , saya pun rase ikut rasa bahagia. hehe.

kenal tak OBRI? kenal kan. bukan ape. boleh tahan gak rupa paras die ni. hehe.

sebenarnya nak bgtau yang kat UUM tu pun , de sorang abang senior yang muka die cam Obri ni ha. kalau ter-nampak abang tu (ter-nampak ok. bukan saje saje cari. hehe) mesti teringat kat Obri ni ha. Kalau dah nampak abang tu , saye usha lar puas puas. oupps. ter-bahagi tau lak. hehe.

Obri bertunang pada 25 Disember yang lalu. Majlis tu just kecik kecik je untuk family members. Kalau mengikut perancangan , majlis perkahwinan diorang akan diadakan pada tahun ni.


ha. kalau nak kawen tu bgtau. jgn tibe tibe dah kawen. hehe.

Sumber : Murai


*tak igt lar lak name abang senior kat UUM tu. aiseyhh*

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusup Meninggal Dunia Pada 1/1/11

Salam takziah kepada keluarga pelakon , Mohd Faizal Yusup yang baru je meninggal pada jam 1.45 petang tadi. Faizal disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.



Dia dibawa ke Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) selepas rebah kat dalam bilik air rumahnya di Sentul kira kira jam 10 pagi. Doktor bagitau yang jantung dia mengalami masalah dan tersumbat.

Sebelum Faizal meninggal dunia , dia sempat lar gak berjumpa dengan anaknya Muhammad Rayyan Nakhie (anak dengan Siti Nordiana). Isteri Faizal (selepas bercerai dengan Nana) sekarang ni sedang mengandung 5 bulan.

Jenazah akan dikebumikan esok (Ahad) pada jam 10 pagi di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda , Batu Caves.

Ajal boleh datang bila bila masa je kan. Sebelum ni tak pernah pun dengar cerita Faizal ni sakit atau ape kan. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Al-Fatihah.

sumber : MSTAR


*1st entry untuk tahun 2011 dengan berita yang macam ni.*

Thursday, December 9, 2010

Anugerah Bintang Paling Popular



Jom imbas balek Anugerah Bintang Paling Popular





Juara Berturut-turut. sape tak kenal? buang laptop. :)




Pemenang 1996



  • Artis Paling Popular : Siti Nurhaliza
  • Penyanyi Lelaki Popular: Awie
  • Penyanyi Wanita Popular: Siti Nurhaliza
  • Penyanyi Berkumpulan Popular: KRU
  • Pelakon Filem Lelaki Popular: Awie
  • Pelakon Filem Wanita Popular: Ziana Zain
  • Pelakon TV Lelaki Popular: Jalaluddin Hassan
  • Pelakon TV Wanita Popular: Aida Rahim
  • Penghibur TV Popular: Siti Nurhaliza
  • Artis Remaja Popular: Siti Nurhaliza
  • Artis Komedi Lelaki Popular: Sabri Yunus
  • Artis Komedi Wanita Popular: Wan Maimunah

Pemenang 1997/98




  • Artis Paling Popular: Siti Nurhaliza
  • Penyanyi Lelaki Popular: Awie
  • Penyanyi Wanita Popular: Siti Nurhaliza
  • Penyanyi Berkumpulan Popular: Raihan



  • Pelakon Filem Lelaki Popular: Rosyam Nor
  • Pelakon Filem Wanita Popular: Ziana Zain
  • Pelakon TV Lelaki Popular: Jalaluddin Hassan
  • Pelakon TV Wanita Popular: Haliza Misbun
  • Artis Baru Popular: Ahmad Idham
  • Penghibur TV Popular: Fauziah Ahmad Daud
  • Pelakon Komedi Lelaki Popular: Imuda
  • Pelakon Komedi Wanita Popular: Rosnah Mat Aris

Pemenang 1998/99


  • Artis Paling Popular: Siti Nurhaliza
  • Penyanyi Lelaki Popular: Amy Search
  • Penyanyi Wanita Popular: Siti Nurhaliza
  • Penyanyi Berkumpulan Popular: KRU
  • Penyanyi Nasyid Popular: Raihan
  • Pelakon Filem Lelaki Popular: Rosyam Nor
  • Pelakon Filem Wanita Popular: Amy Mastura
  • Penghibur TV Popular: Senario
  • Pelakon TV Lelaki Popular: Ahmad Idham
  • Pelakon TV Wanita Popular: Umie Aida
  • Artis Komedi Lelaki Popular: Sabri Yunus
  • Artis Komedi Wanita Popular: Rosnah Mat Aris
  • Artis Bukan Melayu Popular: Sathiya
  • Artis Baru Popular: Juliana Banos

Pemenang 2000







  • Artis Paling Popular: Siti Nurhaliza
  • Penyanyi Lelaki Popular: M. Nasir
  • Penyanyi Wanita Popular: Siti Nurhaliza
  • Penyanyi Berkumpulan Popular: Senario
  • Penghibur TV Popular: Senario
  • Penyanyi Nasyid Popular: Raihan
  • Pelakon Filem Lelaki Popular: Hairie Othman
  • Pelakon Filem Wanita Popular: Erra Fazira
  • Artis Baru Popular: Intan Sarafina
  • Artis Bukan Melayu Popular: Sathiya
  • Pelakon TV Lelaki Popular: AC Mizal
  • Pelakon TV Wanita Popular: Abby Abadi
  • Artis Komedi Lelaki Popular: Sabri Yunus
  • Artis Komedi Wanita Popular: Rosnah Mat Aris
  • Artis Kanak-kanak Popular: Kumpulan Kristal
  • Anugerah Seniwati Veteran: Datuk Maria Menado
  • Anugerah Seniman Veteran: Aziz Sattar
  • Anugerah Khas Bintang Popular: Anita Sarawak





Pemenang 2001


  • Bintang Paling Popular: Siti Nurhaliza
  • Penyanyi Lelaki Popular: M Nasir
  • Penyanyi Wanita Popular: Siti Nurhaliza
  • Artis Berkumpulan Popular: Senario
  • Penyanyi Nasyid Popular: Rabbani
  • Pelakon Filem Lelaki Popular: Rosyam Nor
  • Pelakon Filem Wanita Popular: Erra Fazira
  • Pelakon TV Lelaki Popular: AC Mizal


AC Mizal , MR bussinessman! :)

  • Pelakon TV Wanita Popular: Abby Abadi
  • Artis Komedi Lelaki Popular: Mazlan Pet Pet
  • Artis Komedi Wanita Popular: Rosnah Mat Aris
  • Artis Baru Popular: Maya Karin
  • Artis Bukan Melayu Popular: Sathiya
  • Pengacara TV Lelaki Popular: Jalaludin Hassan
  • Pengacara TV Wanita Popular: Normala Samsudin
  • Penyampai Radio Lelaki Popular: Halim Othman
  • Penyampai Radio Wanita Popular: Linda Onn
  • Anugerah Seniman Veteran: Ahmad Mahmud
  • Anugerah Seniwati Veteran: Mariani
  • Anugerah Khas Bintang Popular: Sheila On 7

Pemenang 2002


suke pic ni. :)


  • Bintang Paling Popular - Rosyam Nor
  • Penyanyi Wanita Popular - Siti Nurhaliza
  • Penyanyi Lelaki Popular - Ajai
  • Pelakon Filem Lelaki Popular - Rosyam Nor
  • Pelakon Filem Wanita Popular - Erra Fazira
  • Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor
  • Pelakon TV Wanita Popular - Abby Abadi
  • Pengacara TV Lelaki Popular - Halim Othman
  • Pengacara TV Wanita Popular - Raja Azura
  • Penyampai Radio Lelaki Popular - Andy Hakim
  • Penyampai Radio Wanita Popular - Linda Onn
  • Artis Komedi Lelaki Popular - Saiful Apek
  • Artis Komedi Wanita Popular - Norlia Ghani
  • Artis Baru Lelaki Popular - Ako Mustapha
  • Artis Baru Wanita Popular - Elyana
  • Artis Bukan Melayu Popular - Hans Isaac
  • Artis Berkumpulan Popular - Spider
  • Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani

Pemenang 2003


  • Bintang Paling Popular: Saiful Apek
  • Pelakon Filem Lelaki Popular: Rosyam Nor
  • Pelakon Filem Wanita Popular: Erra Fazira
  • Penyanyi Lelaki Popular: Anuar Zain
  • Penyanyi Wanita Popular: Siti Nurhaliza
  • Artis Berkumpulan/Duo Popular: Exists
  • Penyanyi Nasyid Popular: Rabbani
  • Pelakon TV/VCD Lelaki Popular: Saiful Apek
  • Pelakon TV/VCD Wanita Popular: Abby Abadi
  • Artis Komedi Lelaki Popular: Saiful Apek
  • Artis Komedi Wanita Popular: Sheila Rusly
  • Artis Baru Lelaki Popular: Hazami
  • Artis Baru Wanita Popular: Misha Omar
  • Artis Bukan Melayu Popular: Hans Isaac
  • Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Nawawi
  • Pengacara TV Wanita Popular: Normala Samsudin
  • Penyampai Radio Lelaki Popular: Halim Othman
  • Penyampai Radio Wanita Popular: Linda Onn
  • Anugerah Khas Bintang Popular: Datuk Sharifah Aini
  • Anugerah Seniman Veteran: Datuk Mustapha Maarof
  • Anugerah Biduanita Veteran: Datin Orchid Abdullah

Pemenang 2004




  • Bintang Paling Popular: Siti Nurhaliza
  • Anugerah Seniman Veteran: Datuk Jins Shamsudin
  • Anugerah Biduanita Veteran: Uji Rashid
  • Anugerah Khas Bintang Popular: Datuk Yusof Haslam
  • Pelakon Filem Lelaki Popular: Rosyam Nor
  • Pelakon Filem Wanita Popular: Erra Fazira
  • Penyanyi Lelaki Popular: Yusry
  • Penyanyi Wanita Popular: Siti Nurhaliza
  • Artis Berkumpulan/Duo Popular: Spider
  • Penyanyi Nasyid Popular: Rabbani
  • Pelakon TV/VCD Lelaki Popular: Rosyam Nor
  • Pelakon TV/VCD Wanita Popular: Eja
  • Artis Komedi Lelaki Popular: Saiful Apek
  • Artis Komedi Wanita Popular: Sheila Rusly
  • Artis Baru Lelaki Popular: Vince
  • Artis Baru Wanita Popular: Jaclyn Victor
  • Artis Bukan Melayu Popular: Vince
  • Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Nawawi
  • Pengacara TV Wanita Popular: Raja Azura
  • Penyampai Radio Lelaki Popular: Halim Othman
  • Penyampai Radio Wanita Popular: Linda Onn




Pemenang 2006






  • Bintang Paling Popular: Mawi
  • Anugerah Biduan Veteran: Jefrydin
  • Anugerah Seniwati Veteran: Datin Umi Kalthum
  • Anugerah Khas Bintang Popular: Datuk Jamil Sulong
  • Pelakon Filem Lelaki Popular: Saiful Apek
  • Pelakon Filem Wanita Popular: Fasha Sandha
  • Penyanyi Lelaki Popular: Mawi
  • Penyanyi Wanita Popular: Datuk Siti Nurhaliza
  • Artis Berkumpulan/Duo Popular: Mawi dan Jamal Abdillah
  • Penyanyi Nasyid Popular: Rabbani
  • Pelakon TV Lelaki Popular: Rosyam Nor
  • Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha
  • Artis Komedi Lelaki Popular: Saiful Apek
  • Artis Komedi Wanita Popular: Sheila Rusly
  • Artis Baru Lelaki Popular: Faizal Ramly
  • Artis Baru Wanita Popular: Farahwahida
  • Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Nawawi
  • Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
  • Penyampai Radio Lelaki Popular: Halim Othman
  • Penyampai Radio Wanita Popular: Linda Onn

Pemenang 2007


  • Bintang Paling Popular: Mawi
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: M. Nasir
  • Pelakon Filem Lelaki Popular: Rusdi Ramli
  • Pelakon Filem Wanita Popular: Fasha Sandha
  • Penyanyi Lelaki Popular: Mawi
  • Penyanyi Wanita Popular: Datuk Siti Nurhaliza
  • Artis Berkumpulan/Duo Popular: Sofaz
  • Penyanyi Nasyid Popular: Rabbani
  • Pelakon TV Lelaki Popular: Rosyam Nor
  • Pelakon TV Wanita Popular: Dynas Mokhtar
  • Artis Komedi Lelaki Popular: Saiful Apek
  • Artis Komedi Wanita Popular: Sheila Rusly
  • Artis Baru Lelaki Popular: Dafi
  • Artis Baru Wanita Popular: Mila
  • Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Nawawi
  • Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
  • Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail
  • Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana

Pemenang 2008




awww. panas. haha


  • Bintang Paling Popular: Nabil
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Jamal Abdillah
  • Pelakon Filem Lelaki Popular: Que Haidar
  • Pelakon Filem Wanita Popular: Maya Karin
  • Penyanyi Lelaki Popular: Mawi
  • Penyanyi Wanita Popular: Datuk Siti Nurhaliza
  • Artis Berkumpulan/Duo Popular: Meet Uncle Hussein
  • Penyanyi Nasyid Popular: Rabbani
  • Pelakon TV Lelaki Popular: Rosyam Nor
  • Pelakon TV Wanita Popular: Dynas Mokhtar
  • Artis Komedi Lelaki Popular: Nabil
  • Artis Komedi Wanita Popular: Norkhiriah
  • Artis Baru Lelaki Popular: Nabil
  • Artis Baru Wanita Popular: Stacy
  • Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Nawawi
  • Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
  • Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail
  • Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana

Pemenang 2009


  • Bintang Paling Popular: Dato Siti Nurhaliza
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato Khadijah Ibrahim
  • Pelakon Filem Lelaki Popular: Que Haidar
  • Pelakon Filem Wanita Popular: Liyana Jasmay
  • Penyanyi Lelaki Popular: Aizat
  • Penyanyi Wanita Popular: Datuk Siti Nurhaliza
  • Artis Berkumpulan/Duo Popular: Bunkface
  • Penyanyi Nasyid Popular: Rabbani
  • Pelakon TV Lelaki Popular: Remy Ishak
  • Pelakon TV Wanita Popular: Tiz Zaqyah
  • Artis Komedi Lelaki Popular: Nabil
  • Artis Komedi Wanita Popular: Norkhiriah
  • Artis Baru Lelaki Popular: Nabil
  • Artis Baru Wanita Popular: Yuna
  • Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Nawawi
  • Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
  • Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail
  • Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana

Pemenang 2010 ??? 

siapakah agaknye? ABPBH 2010 tanpa SITI NURHALIZA.

same same kita tunggu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...