Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Sunday, January 16, 2011

Penghijrahan Asyraf Muslim

Hijrah? Penghijrahan ke mane lak ni? London? Arab? bukan lar. Asyraf Muslim berhijrah dari lifestyle dia yang lame kepada lifestyle yang baru. dari yang buruk ( umpamanya ) kepada yang lebih baek. Dia yang memang mula dikenali sebagai seorang pelakon kini mangambil keputusan untuk bertugas sepenuh masa sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat Perubatan Syifa' Alhidayah yang terletak di Kg Sungai Pusu , Gombak , Selangor. Pusat perubatan itu diasaskan oleh Haji Lokman yang banyak membantunya. Dia mula mengenali Haji Lokman ketika membawa adiknya berubat di situ.



Kaedah rawatan yang digunakan adalah menggunakan ayat Al-Quran sepenuhnya tanpa perantaraan ataupun bantuan makhluk halus. Pesakit yang telah mendapatkan rawatan akan diberikan ayat Al-Quran untuk diamalkan.



Menurut Asyraf yang berasal dari Teluk Mas , Melaka , penghijrahan ini menjadikaan dia lebih kuat dan lebih memikirkan apa yang salah dan apa yang betul. Perkara ini juga bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukannya. Asyraf tidak lar meninggalkan terus bidang lakonan tetapi dia memilih untuk lebih fokus dalam perkara yang dilakukannya sekarang ini. Jika mahu berlakon pada bila bila masa pun boleh dilakukan.

Bagus lar kalau macam tu. Membantu orang yang berada dalam kesulitan. Daripada artis artis lain yang buat aktiviti entah apa apa kan.

Teruskan Asyraf Muslim. InsyaAllah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...