Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Saturday, August 2, 2014

Tempat menarik di Penang!

Haa pernah pergi Penang tak? Sebelum tu korang kena bezakan antara Penang dan Pulau Pinang.. biasanya bila orang sebut Penang, bermaksud bahagian pulau (atau orang sana panggil tanjung) dan Pulau Pinang adalah bahagian tanah besar seperti Bukit Mertajam, Butterworth, Kepala Batas dan lain-lain.

Semenjak menjadi pengunjung tegar Penang setahun yang lalu, boleh lah hafal jalan-jalan kat sana. Enam bulan pertama, memang tak boleh nak hafal langsung dan takde inisiatif pun nak amek tau. Sebab kita ikut je kan..hahaha.. Tapi bila kena drive sendiri, barulah bukak map hafal jalan semua. Termasuk jalan shortcut tau! Boleh lah setakat nak pusing pulau, pergi Komtar, BJ, Batu Feringhi semua.


Tempat menarik kat Penang? hmmm.. Ceqq try lah senaraikan apa yang dirasakan menarik ehh

#1 Gurney
- Gurney ni terletak berhampiran Tg Tokong. Kalau dari jambatan, korang kena turun sebelah kanan. Memang biasa tempat lepak tepi laut lah. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Kalau malam lagi meriah. Lagi-lagi malam minggu sebab boleh tengok MPPP clamp kereta yang parking sepah-sepah. hehehe.. Tambahan dengan shopping mall yang ada. Ada dua shopping mall iaitu Gurney Plaza & Gurney Paragon (tempat baru buka 2014). Jarak kedua-duanya dalam 1KM kowt.. Dipisahkan dengan bangunan hotel je. Haaa jangan lupa gerai makan kat roundabout. Boleh lah usha-usha pasembor ka.. Bagi orang luar, boleh mai rasa. Macam-macam adaaa.

#2 Padang Kota
- Padang Kota ni pun boleh tahan famousnya. Ada kubu lama kat sini ataupun dipanggil Fort Cornwallis. Kiranya kubu lama masa zaman perang dulu lah. Ada rumah api sebagai tanda laluan kapal-kapal zaman dahulu. Ada jugak meriam yang digunakan oleh penjajah. Kenapa dinamakan Padang Kota? Sebab mungkin ada padang besar kat situ..hehehe.. Biasanya bila ada pameran atau aktiviti selalu buat kat sini. Jangan lupa jugak singgah gerai-gerai makan kat sini. Tapi.....diingatkan..korang akakn berbelanja lebih sikit lah..paham-paham lah ye. Malam Sabtu selalu budak-budak moto "pukul" lap kat sini. Pernah tengok, gila berkuasa diorang.. sampai ada yang jaga tutup laluan kereta sbb nak bukak track diorang. Dan ianya adalah haram tapi warga Penang dah biasa. Bila ada polis baru diorang blah..Tapi bukan blah balik rumah. Blah pergi tempat lain pulak! Hahahaha..

#3 Queensbay
-Tempat ni pulak terletak di kawasan Bayan Baru. Dari jambatan turun sebelah kiri yepp. Dulu tempat ni memang best sebab korang boleh duduk bersantai makan jagung bakar tepi laut. Char koey teow pun ada. Macam-macam makanan betul-betul tepi pantai tu. Tempat lepak ni pulak berhadapan dengan Pulau Jerejak. Noleh jugak nampak view jambatan no. 1 dari sini. Tapi sekarang kalau nak buat lepak pun macam tak syokk.. sebab gerai-gerai semua dan kene alih tempat lain. Kalau duduk kat gerai, takde lah rasa angin-angin laut lagi. Walaupun nampak laut, tapi jauh sikit lah. Kononnya nak buat macam kat Gurney dan Padang Kota. Nak pelihara kebersihan pantai lah gitu.... Ada juga shopping complex Quensbay Mall kat sini. Ada AEON kat dalam tu.

#4 Bukit Bendera (Penang Hill)

#5 Botanical Garden & Taman Belia

#6 Masjid Terapung Tg Bungah

#7 Batu Ferringhi

#8 Taman Negara Pulau Pinang

#9 Escape

#10 Pusat Rekreasi Taman Rimba

#11 Tropical Fruit Farm

#12 Air Terjun Titi Kerawang




uppsss gambar eksklusif ni.. cantik kan view ni.. rasa fresh je nak tejun. tapi satu je kekurangan dia.. iaitu tempat parking! memang xde disediakan tempat khas pun untuk park kereta uolss.. pepandai uolls lah park tepi2 jalan tu.. dan tempat masuk dia memang betul2 kat selekoh.

#13 Muzium Perang

Banyak lagi tempat..nanti kita sambung yeppp ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...