Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Showing posts with label Ragam Suami Isteri. Show all posts
Showing posts with label Ragam Suami Isteri. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

Untuk bakal-bakal Ibu & Bapa

nak jadi ibu & bapa ni bukan senang. 

mesti tau cara nak jadi anak terutamanya time kecik kecik lagi.

di bawah ni adalah do's & dont's yang perlu korang tau.


haa. lawak kan? tapi mesti ada jugak yang buat macam tu.

kalau ada gak yang letak anak diorang lam container cam sangkar kucing tu,memang tak lar kan.

haha.

kesian lar baby baby ni kalau dapat makpak yang macam tu.


Thursday, July 14, 2011

Isteri potong kemaluan suami.

Seorang wanita dengan "senang hati" (kowt) memotong kemaluan suaminya & membuangnya ke dalam tong sampah. ish. ish. Nekad sungguh. haha. Tapi kejadian ni bukan berlaku kat Malaysia lar. Kejadian ni berlaku kat California. 

Dah siap buat tu semua, boleh lak dia (Catherine, 48) telefon pihak polis. sah sah lar kene tangkap. Wanita ni telah memasukan sejenis ubat ke dalam makanan yang dimasak sendiri olehnya & menyebabkan suaminya mengantuk. 
haa. Masa tu lar dia ikat tangan suami dia kat katil. Lepas je suami dia sedar, dengan readynya dia potong kemaluan suaminya itu dengan pisau.

Wanita tu mungkin tak berpuas hati dengan suaminya memandangkan mereka dalam proses bercerai. Kalau ye pun, jangan lar macam tu kan. 

Dia ditahan tapi telah diberikan jaminan oleh pihak polis sebanyak AS$ 1 Juta (RM 3 Juta)! 

p/s : Jangan tiru aksi ini! hehe.

Friday, April 1, 2011

Lelaki Selepas Bergelar Suami.


Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik. sambil berbual-bual mesra.

Makwe : bang. andaikata saya menjadi bintang?

Pakwe : abang kan jadi Ultramannya.

Makwe : kenapa pulak? sepatutnya abg jadi bulan purnamalah.

Pakwe : Salah tu. kan ultraman ada bintang kepunyaannya.

Makwe : gitu... kalau saya jadi bunga?

Pakwe : Abang jadi tukang kebunnya.

Makwe : Kenapa bukan kumbang.

Pakwe : Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari.

Makwe : Wah! hebatnya abg nie. begitu pandai berkata-kata.

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah. 



bedebik!!!!!! 






macam nangka busuk daa!!!!

Makwe : Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe : Cilako! punyo tunggul kayu. buto ko!!!!! tak nampak ko oghang nak lalu (rupa rupanya si pakwe tu orang N9) sayang takde apa apa ke?

Makwe : Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe : Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua.



selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga. dua tahun kemudian , si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu.

Isteri : Bang. ingat lagi tak tempat nie?

Suami : Masakan abg boleh lupa.

Ister i: Kalau saya jadi bintang?

Suami : Abang jadi beginilah.

Isteri : Kenapa bukan Ultraman?

Suami : Kat Malaysia mana ada Ultraman. kat Jepun adalah. apa lah awak nie.

Isteri : Kalau saya jadi bunga?

Suami : Abang jadi beginilah.

Isteri : Apa abg nie. cakaplah betul betul.

Suami : Apo kono eh dongan ekau nie. dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu. kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie , sapo nak bagi makan kek anak kito tu. yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo??

Isteri : Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...

Suami : Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah , maka berjalan pulanglah keluarga tersebut. tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu (mungkin tunggul yg sama) lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah.

Isteri : Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami : Apo kono eh awak nie. buto ko? punyo bosa tunggul tu tak nampak ko??!

Tuesday, February 22, 2011

Kisah Lelaki Yang Mencari Tulang Rusuknya

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak. lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan. tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.


WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. 

Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan *menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima? *

Saturday, January 15, 2011

Kisah Suka Duka Masam Manis Suami Isteri

memang banyak ragam hidup beumahtangga ni kan. macam macam kisah. yang besh , yang tak besh. setiap orang yang berkahwin pasti akan lalui hal hal yang macam ni.

Ragam 1

Suami : Yang oii... Abang kat kedai mamak ni. Awak nak pesan apa-apa?
Isteri : Takmau bang , bini awak diet.Laki pon balik umah , goyang tangan tak beli apa-apa.Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot.Siap majuk-majuk. Lari tido bilik sebelah.Suami : Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii..Isteri : Memangla orang kata takmau apa-apa. Tapi belikan jerla apa-apa. Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr.Suami : Eh , bini aku ni. Yang mana satu nih?

Ragam 2

Suami : Petang ni awak nak masak apa Yang?
Isteri : Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik keja ni Abang makan siap-siaplah.Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak.Tibai nasik beriyani kari kambeng baek punya.Sampai umah , sendawa bau kamben.Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Isteri : Bang , bini awak masak sambal tumis petai , sama sup ayam , sama telur bistik , sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!


Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja.

Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Suami : Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

Ragam 3

Isteri : Abang ni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah. Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke... Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih.

Si laki punyala seronok weeiii....Dan-dan bangun pi tukar baju , capai talipon , capai kunci keta.Bila dah siap, kuar bilik...Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...Isteri : Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
Ragam 4

Isteri : Bang.. hujung minggu ni balik kampung nak?
Suami : Abang keja lah yang....Isteri : Abang hantar bini abang dgn anak-anak dah la bang. Pastu abang balik la KL balik.Lepas dah hantar anak bini balik Parit Buntaq , esoknya , laki pon start keta. Nak balik KL.Baru sampai Taiping , talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Isteri : Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
Ragam 5

Isteri : Abang ni asyik tengok tv jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker... Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer.. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki  masuk bilik rahsia. Lipat kain.

Sekali, bini masuk bilik nak usha line. Tetiba jer kena petir plak..
Isteri : Apa awak lipat kain mcm ni banggg? 

Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?Kenapa spender ni awak lipat tiga?kenapa? kenapa? kenapa?
Ragam 6


Isteri : Nah hambik anak ni bang. pakaikan pampers. pakaikan baju. Bini abang nak mandikan anak yang sorang lagi.

Suami : Nak bagi pakai baju mana ni Yang??Isteri : Alah abang ni... kan baju anak ada 8 bakul tu. pakaikan jerlah baju mana-mana pon. bukan ada org nk tengok ponnn.Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju.
Isteri : Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apesal seluar kuning , tapi baju kaler merah?? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha.


haha.  itu tak kene. ini tak kene. kesian si suami. tapi si suami ni pun lurus sgt. takde perasaan. ape salahnye , kalau nak pakai kan baju anak cari seluar yang same kaler dgn baju. atau pun yang sepasang baju &seluar. tapi.. sangat lar kretip bile die melipat spender sehingga menjadi bentuk segitiga! haha. cayalar-hh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...