Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Thursday, June 2, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

walaupun dah berbulan bulan movie ni kuar tapi saya baru nak tengok. adeshh. lambatkan? haha. *jangan gelak sebab saya lambat tengok.

tapi mesti ramai lagi yang belum tengok movie ni kan. haa. rugi kalau tak tengok. sangat besh okeys.


sebelum tengok movie ni , saya ingatkan Merong Mahawangsa tu nama tempat. tapi rupanya nama pahlawan dalam hikayat ni. *kasihan budak ni tak tahu sejarah*


alkisahnya , Putera Marcus (dari empayar Rom) hendak dikahwinkan dengan puteri dari China (pada masa itu dinasti Han). Semasa rombongan dari Rom dalam perjalanan ke hujung dunia (tempat di mana perkahwinan akan diadakan), sebahagian daripada kapal rombongan mereka telah musnah akibat ribut. Mereka kemudiannya berhenti di Goa untuk mendapatkan bantuan. Malangnya, pemerintah di Goa pada masa itu meminta bayaran diberikan dahulu sebelum membawa rombongan dari Rom dapat meneruskan perjalanan mereka. Putera Marcus kemudiannya meminta bantuan daripada Merong Mahawangsa, yang ketika itu terselamat daripada hukuman bunuh oleh pemerintah Goa.

Merong berjaya membawa mereka ke hujung dunia (merupakan tempat asal beliau) dan bertemu dengan rombongan daripada China. Sebelum perkahwinan sempat dilangsungkan, mereka diserang Garuda (kuasa jahat) dan puteri dari China telah dilarikan. Merong pula cedera teruk tetapi telah diselamatkan oleh Pak Kesum. 

Bermula dari situ lah Merong berusaha keras dan belajar dari Pak Kesum untuk menjatuhkan Garuda dan menyelamatkan puteri dari China. Merong telah mewujudkan Langkasuka (kerajaan baru) sebelum menentang Garuda dan sempat berkahwin dengan Embok. 

Layan lagu Anuar Zain - Sedetik Lebih. OST Hikyata Merong Mahawangsa.



ayat yang saya takleh nak lupa dalam movie ni. 

sampai masa tibanya waktu , redup hati kau berdua.
bila dua jasad bersatu , hidup mati jadi bersama.

siapa Merong Mahawangsa? saya nak describe panjang panjang takut nanti ada yang tak paham lak. Kalau nak tau, kene lar tengok movie ni. beli yang original okeys.

movie ni telah ditayangkan di 72 buah negara di dunia! wahh. sebuah hasil yang sangat membanggakan daripada KRU.


2 comments:

caera puttih said...

hahaha ~ saya pun baru aje tengok jumaat lepas.. :)

Unknown said...

best kan! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...