Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Wednesday, December 15, 2010

Sesaknya..

Galaksi kian sesak! yes thats right.






dah ade lebih daripada 500 buah planet baru yang tak dikenali di luar sistem suria kita. 


Menurut Jean Schneider ( Pakar Astronomi ) menytakan tak sampai 20 tahun selepas planet pertama ditemui di luar sistem suria , ahli kaji bintang berjaya mengesan kehadiran planet ke-500 pada 19 November yang lalu.Pengkalan data menunjukkan sebanyak 502 planet asing sudah ditemui.


Tapi lanet baru tersebut tidak sebesar Musytari dengan saiz 15-50% lebih kecil. Jaraknya dari bumi pula adalah dianggarkan antara 58 hingga 196 tahun cahaya.


Pakar astronomi juga yakin akan memperoleh lebih banyak kejayaan dan penemuan baru sebaik menganalisis data dari Pusat Pemerhatian Angkasa Lepas Kepler milik Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) tidak merekodkan senarai rasmi planet di luar sistem suria sebaliknya terdapat beberapa senarai tidak rasmi seperti yang dibuat Schneider dan Makmal Pergerakan Jet NASA yang menyimpan senarainya dalam dokumen bertajuk ‘PlanetQuest: New Worlds Atlas’. 

Sehingga hari ini, PlanetQuest menyenaraikan sebanyak 497 planet.

Info tamnbahan :


  • Sistem suria kita dianggarkan berusia sekitar 4.5 bilion hingga 5 bilion tahun. Ia terdiri daripada lapan planet utama, diikuti planet kecil seperti Pluto. Selain itu ada juga komet dan beribu asteroid yang mengorbit sistem suria.




  • Planet utama terdiri daripada Utarid, Zhurah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune.




  • Dalam sesaat cahaya bergerak sejauh 300,000 km dan dalam sejam bergerak sejauh 1,080,000,000 km (1 bilion 80 juta km). Dalam masa setahun cahaya bergerak sejauh 10 trilion km. Bintang terdekat dengan bumi selain matahari ialah Proxima Centauri yang terletak sejauh 4.3 tahun cahaya dari bumi. 
  • No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...