Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Sunday, December 5, 2010

Letupan Big Bang

GENEVA, Switzerland - Sekumpulan saintis mencipta letupan mini Big Bang yang menunjukkan detik-detik permulaan alam semesta yang wujud hampir 14 bilion tahun lalu dengan menggunakan mesin penghentam partikel, Large Hadron Collider bernilai AS$6.4 bilion (RM19.79 bilion), lapor sebuah akhbar.


Letupan itu berskala kecil tetapi menghasilkan suhu 10,000,000,000,000 darjah Celsius, satu juta kali lebih panas daripada pusat matahari.






Seorang saintis Britain, David Evans yang merupakan salah seorang daripada 1,000 anggota eksperimen itu berkata: "Kami teruja dengan pencapaian itu. Perlanggaran partikel menjana suhu dan ketumpatan paling tinggi yang pernah dicapai dalam satu eksperimen."


Eksperimen itu dibuat di dalam sebuah terowong bawah tanah di sempadan Switzerland dengan Perancis.


Ia dilakukan bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai alam semesta selepas letupan Big Bang atau letupan besar berlaku 13.7 bilion tahun lalu. - Agensi





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...