Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Sunday, February 6, 2011

Fakta-fakta Menarik Perlu Diketahui ( Part 1)

Banyak fakta menarik di dunia ni yang belum kita ketahui lagi. Walaupun kita fikir sudah banyak yang kita tau , tapi still ada lagi yang perlu diterokai.


  • Individu yang takut dengan nombor 13 digelar TRISKAIDEKAPHOBIA yang diambil dari perkataan Greek , "Triskaideka" yang bererti 13. Mengikut kajian , di dalam Formula 1 tidak ada satu pun kereta bernombor 13. Ada gak sesetengah hotel yang tidak akan meletakkan nombor 13 sebagai nombor bilik. Apollo 13 lak merupakan kesilapan paling besar dalam sejarah NASA. Banyak juga cerita hantu yang menyeramkan berkisah tentang tingkat 13.

  • 25% dari tulang manusia terletak di bahagian kaki.

  • Perkataan TESTIS diambil dari bahasa Latin yang bermaksud saksi. Pada zaman kuno Rome , hanya lelaki yang dibenarkan menjadi saksidi persidangan yang melibatkan orang ramai. Untuk membuktikan betapa pentingnya peranan mereka di dalam sesuatu sidang , mereka dikehendaki memegang TESTIS semasa bercakap!

  • Jantung paus biru memiliki saiz yang sama dengan sebuah kereta Volkswagen Beetle.

  • Secara purata , suhu untuk 40 000 kaki dibawah paras laut ialah 60 darjah Fahreinheit.

  • Suite Vollard yang terletak di Brazil , merupakan satu satunya bangunan di dunia yang boleh berpusing sebanyak 360 darjah. Setiap tingkat di bangunan ini boleh berpusing mengikut mana mana arah dan mempunyai butang kawalan tersendiri. Kos bagi setiap unit apartment di dalam bangunan ini bernilai US$300 000.00

  • Setiap ekor burung kakak tua mempunyai tekanan seberat 500 paun untuk setiap inci di bahagian paruh.

  • Organ dalaman tubuh manusia yang terpanjang adalah usus kecil yang mampu mencecah sehingga 20 kaki. 

  • Had kelajuan pertama di dunia telah diselaraskan di England pada tahun 1903 iaitu 20 kilometer per jam!

  • Sebiji epal mengandungi 23% kandungan udara.

  • Satu auns emas jika ditegangkan menjadi wayar boleh manjadi sepanjang 50 batu.

  • Laluan keretapi terpanjang di dunia ialah Trans-Siberian Railway yang dibina pada tahun 1891 hingga 1916 bagi menghubungkan Eropah ke Rusia sepanjang 9288.2 kilometer.

  • Ayam betina memerlukan masa 24 sehingga 26 jam untuk menghasilkan sebiji telur. Setelah bertelur , 30 minit kemudian , ayam betina akan meneruskan penghasilan telur yang seterusnya.

  • Berus gigi pertama telah dicipta di China pada tahun 1498. Bulu pertama yang digunakan ialah bulu khinzir kemudian baru lah ditukar kepada bulu kuda. Pada tahun 1938 , Du Pont telah menggunakan bulu yang diperbuat dari tali nilon untuk digunakan pada berus gigi.

  • Lebih dari 40 000 parasit dan 250 jenis bakteria akan merebak ketika French Kiss. 
    

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...