Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Monday, February 7, 2011

A Legend Star : Bob Marley.

Siapa Bob Marley ni? Selalu lar gak saya dengar nama dia. Tapi tak ambil port sangat sebab tak berapa nak kenal. Bob Marley merupakan seorang penyanyi , penulis lirik & pemuzik aktif sejak 1961 irama berentak reggae dan ska yang berasal dari Jamaica. Beliau dilahirkan pada 6 Februari 1945. Nama sebenar beliau ialah Nesta Robert Marley.

Bapa beliau , Noval Sinclair Marley , merupakan seorang kapten di Royal Marin berketurunan Inggeris yang keluarganya berasal dari Essex , England. Bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung ketika beliau berusia 10 tahun. Bob Marley membesar dan tinggal bersama ibunya , Cedella Booker. 


Ketika berumur 18 tahun , beliau bersama sama rakan rakannya ; Bunny Wailer , Peter Tosh , Junior Braithwaite , Beverley Kelso , dan juga Cherry Smith  menubuhkan kumpulan The Teenagers yang memperjuangkan muzik ska & rocksteady sebelum menukar nama kumpulan kepada The Wailing Rudeboys dan seterusnya The Wailing Wailers. Seorang penebit rakaman , Coxsone Dodd kemudian mengambil mereka menjadi artis di bawah rakamannya dan sekali lagi menukar nama kumpulan kepada The Wailers. Album kumpulan mereka dikeluarkan pada tahun 1973 yang bertajuk Catch A Fire


Antara lagu lagu beliau yang popular ialah I Shot The Sheriff , No Woman No Cry , Stir It Up , Iron Lion Zion & One Love. Beliau merupakan pencetus muzik reggae kepada dunia muzik. Kebanyakkan lagu yang ditulis adalah berkisarkan isu isu kehidupan di tanah airnya. 




Bob Marley berkahwin dengan Rita Anderson pada tahun 1966 dan tinggal di Wilmington , Delware , US. Bob Marley mempunyai seramai 13 orang anak ; 3 orang anak bersama Rita , 2 orang anak Rita bersama pasangan sebelumya dan 8 orang anak bersama perempuan lain. 

Abum bertajuk Legend , merupakan tribute kepada beliau selepas tiga tahun meninggal dunia. Album tersebut terjual sebanyak 20juta unit di seluruh dunia.


Pada tahun 1977 , beliau mengalami kecederaan di kaki ketika bermain bola sepak. Beliau juga telah dikesan menghidap kanser ; penemuan lentiginous acral melanoma , sejenis melanoma maligna yang kemudian merebak ke paru paru & otaknya. 

Setelah 8 bulan bertahan melawan penyakitnya , beliau akhirnya meninggal dunia pada 11 May 1981 ketika usia yang masih muda. Beliau meninggal di Cedars of Lebanon Hospital ( sekarang dikenali sebagai University of Miami Hospital ) , Miami. Majlis penghormatannya telah diadakan pada 21 May 1981.

His official website : BobMarley.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...