Agensi itu juga melaporkan pesawat telah ditembak jatuh dari darat menggunakan peluru berpandu dan terbakar di tempat kejadian. Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko, mendakwa melalui laman sosial Facebooknya bahawa kejadian itu mungkin dilakukan oleh pemberontak Ukraine yang sedang bermogok. Pesawat itu yang melalui wilayah bergolak di Ukraine berkemungkinan telah tersilap sasar oleh pemberontak yang menyangka ia pesawat milik Rusia.
Video dibawah adalah video awal pesawat penerbangan MH17 terhempas yang dirakam oleh warga tempatan. Media tempatan walaubagaimanapun melaporkan mayat penumpang dalam keadaan bergelimpangan dan setakat ini sekurang-kurangnya 100 mayat telah dijumpai.
Pihak MAS setakat ini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan dan mendakwa telah terputus hubungan dengan penerbangan MH17 yang beroperasi menggunakan pesawat Boeing 777 pada jam 1415 (GMT). Pesawat ini telah berlepas pada jam 1225 (waktu Amsterdam) dan dijangka sampai pada jam 0610 (waktu Malaysia). Lokasi terakhir pesawat ini dikesan adalah di ruang udara Ukraine. Anda yang mahu mendapatkan status terkini kejadian ini boleh mengikuti akaun @MAS di laman Twitter atau Facebook Malaysia Airlines.
#Terkini
Pemilik akaun Twitter Casey Clark yang berada dikawasan kejadian telah memuat naik beberapa imej dan mendakwa ia adalah kejadian pesawat Boeing 777 milik MAS yang terhempas.
No comments:
Post a Comment