Lemak memang sangat suka bermastautin di dalam tubuh kita. Macam macam cara yang telah dilakukan untuk menghalau lemak lemak yang berlebihan dan tidak diperlukan tu kan. Diet itu , diet ini. Tetaapi jika sekadar ber-diet dengan mengurangkan jumlah pengambilan makanan adalah cara yang kurang tepat. Mengurangkan jumlah makanan tidak semestinya dapat menurunkan berat badan tetapi menyebabkan penurunan kadar metabolisme tubuh. Senaman yang bersesuaian juga perlu untuk memberi keseimbangan kepada tubuh badan kita. Beberapa tips di bawah ini mungkin dapat membantu anda.
1. Meningkatkan jumlah protein.
Ambil semua makanan rendah lemak , rendah karbohidrat dan bancuhan susu (protein). Protein dapat
membakar lemak , mudah dan selesa.
2. Memanggang adalah lebih baik daripada menggoreng.
Buang lemak pada kulit ayam dan daging. Kurangkan memakan daging yang digoreng kerana daging yang
digoreng amat tidak baik untuk proses pembakaran lemak.
3. Beri perhatian yang lebih kepada latihan kardio.
Latihan kardio dapat menguatkan jantung. Sebagai alternatif , anda boleh bersenam lompat tali dan
menggunakan mesin kardio yang telah disediakan di gymnasium.
4. Kurangkan pengambilan karbohidrat berkanji.
Cuba untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat berkanji terutamanya selepas waktu makan tengah
hari. Gantikan dengan salad dan sayur sayuran.
5. Dapatkan rehat yang mencukupi.
Untuk pembinaan otot , rehat yang mencukupi amatlah diperlukan. Jangan paksa tubuh untuk bekerja lebih
dari masa yang sepatutnya. Tidur dan rehatlah seadanya.
No comments:
Post a Comment