Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Thursday, February 10, 2011

Kata kata Hikmah ( Part 3 )

Untuk bahagian yang ketiga ini , kata kata hikmah diambil daripada kata kata oleh Dr HM Tuah Iskandar Alhaj.

  • Nak pandai , belajar lah. Tapi kalau nak memandai mandai , tak payah tunggu pandai.
  • Manusia takut pada hantu. Tapi tak takut berperangai macam hantu.
  • Bukan semua yang menggembirakan hati kita , baik untuk kita. Kadang kadang yang mneggembirakan itu tersembunyi derita. DAn bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang kadang di situ letaknya kebahagiaan.
  • Setiap jalan keluar dari  alam perkahwinan jawapannya derita , sengsara dan air mata.
  • Cinta untuk dinikmati. Bukan ditangisi.
  • Usah direnung langit hingga terlupakan bumi , sedangkan langit tak mungkin dicapai. Bumi setia di bawah kaki.
  • Tak ada orang untung sepanjang masa , ada ketikanya rugi juga. Tak ada orang rugi sepanjang masa , ada ketika untung juga.


  • Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.
  • Mengajar haiwan bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap.
  • Hakikatnya , banyak bangsa di dunia ini sudah merdeka. Tetapi mereka masih dibelengu oleh penjara diri. 
  • Selamatkanlah dirimu daripada penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi.
  • Tanpa mulut lidah tak berfungsi. Tanpa lidah mulut tak bererti. 
  • Bukan semua yang manis itu , manis. Adakalanya manis di lidah , menjadi pahit di hujung tekak.
  • Orang baik jarang mengaku jahat. Tapi orang jahat seronok mengaku baik.
  • Biar verdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah tetapi rasa seperti tidak berpijak di bumi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...