Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Saturday, June 18, 2011

Lawak : Tajupakalee!

Dah lama tak buat entry lawak kat sini. 

Nak tau apa tu Tajupakalee??

Baca ni..

Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canaiberhampiran kelas. 

Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai dua keping banjir dan kopi 'o' ais.


Selesai urusan nafkah perot gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi. gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free. Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebutsecara free juga. 


Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop guaprompt satu window tanya password.
"Deymamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam naktanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.


"Yesboss?"


"Sini wifi apa dia punya password?"


"Ooofast-wood kalu manyak shinang. boss masuk sana wifi. sudah ka?" pelayankedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt window mintak password.


"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"


"Okboss amik ni arr. saya cakap satu kali boss terus tulis sana. dia punya fast-wood 'tajupakalee'" 


Style mamak tu bagi password kat gua macam nak bagi dadah. siap cakap slow kat tepi telinga. Guapun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak.


"Giler susah password mamak ni. tinggi bahasa digunakan. Lantas gua tekan 'OK'. Ting. tong. Laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. 


Hati gua dahstart panas. mentang-mentang gua makan roti canai je. takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balikmamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.


"Dey tambi. betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"


"Butol lah boss. sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"


"Youtengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'. haa you tengok boleh ni." 


Gua tengok mata mamak tu tepat tepat sebagai tanda marah. mamak tengok mata gua sambil geleng kepala.


"Boss,lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik. saya sudah cakap itu fast-wood 'tajupakalee'. you dengar arrr 'tajupakalee'. dia punya tulis ini macam 'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" 


Celaka betol mamak ni. boleh tahan gampang ayat dia. Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak. lain kalilah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul 'tujuh empat kali' boleh tak??"


adesh mamak ni. punya lar gigih nak taip tajupakalee. rupanya tujuh empat kali. 7777! 

2 comments:

Puteri said...

lawak marah nampaknya..hehhe

ingat taju tu TAJUK..
:)

Unknown said...

haha. ni lar jadi kalau sound tu lari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...