Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Sunday, June 5, 2011

Tanjong Pagar : Tergadai dek kemajuan.

Tanjung Pagar yang terletak di Singapura merupakan warisan tinggalan Tanah Melayu dimana terletaknya Stesen Kereta Api Tanah Melayu. Stesen tersebut juga merupakan mercu tanda Tanah Melayu yang pernah wujud dahulu. Landasan kereta api itu merangkumi landasan dari utara ke selatan tanah air sehinggalah ke perhentian terakhir di Tanjong Pagar. 


Bangunan stesen tersebut dibina pada tahun 1903 yang bertujuan membawa penumpang dari Singapura ke Tanah Melayu dan sebaliknya. Dengan berakhirnya operasi di stesen kereta api yang terletak di Tanjong Pagar, membawa makna penutupan perkhidmatan KTMB di Singapura.



Bermula dengan perpindahan Universiti Malaya, Pusat Perfileman dan syarikat akhbar Utusan Melayu dari Singapura ke Kuala Lumpur, Stesen Kereta Api Tanjong Pagar ini merupakan warisan terakhir Tanah Melayu yang akan berpindah. Walaupun perpindahan tersebut bukanlah di luar Singapura namun sejarah asal tetap akan pupus & hilang sedikit demi sedikit.

Stesen KTM itu bagaimanapun akan berpindah operasinya ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) atas arahan kerajaan Singapura. Operasi Kereta Api Tanah Melayu akan mula beroperasi di sana bermula 1 Julai 2011 ini. Difahamkan bahawa kawasan di Tanjong Pagar tersebut akan dijadikan sebagai kawasan rekreasi untuk rakyat Singapura. 




Gesaan pemindahan oleh kerajaan Singapura pernah berlaku pada tahun 1998. Walaubagaimanapun, gesaan tersebut dapat dihalang oleh kerajaan Malaysia pada masa itu kerana melibatkan banyak maruah negara.

2 comments:

Mohamadazhan.com said...

hilang sudah Melayu di Sngapura...

Unknown said...

tu lar jadi bila melayu jadi kaum minoriti je kat singapura.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...