Nuffnang

There was an error in this gadget

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Saturday, August 2, 2014

Terlupa pin kad ATM Maybank dan disekat

Apa nak buat kalau korang lupa no pin ATM dan kad korang kena block? Entry ni khas untuk pengguna kad ATM Maybank sahaja yepp. yang lain ceqq tak tau..

1. Korang boleh hubungi talian helpline Maybank tapi...............tak digalakkan sebab hanya akan membuatkan korang lebih "hot". hahaha.. So, terus je pergi ke cawangan Maybank yang terdekat.

2. Di kaunter nanti, korang bagitau lah kad korang kena block sebab lupa no pin ATM. Nanti staff akan tanya sama ada korang masih ingat no pin atau memang dah lupa terus.

3. Kalau korang masih ingat no pin, nanti staff akan minta pergi terus ke kaunter sekian-sekian untuk aktifkan semula kad ATM korang. Kad ATM dan IC sahaja yang diperlukan. Tak perlu fotostat bagai.

Kalau korang memang dah lupa terus no pin ATM korang, haa korang kene lah buat kad baru. Kena lah ambil nombor dan caj akan dikenakan ditolak terus dari akaun korang.

4. Kes saya pulak, kad kena block tapi masih ingat no pin yang digunakan. So semuanya setel tak sampai lima minit pun. Lepas tu boleh terus cucuk kat mesin ATM dan kechingg kechinggg lah kan.. hehehe

#Moralofthestory! Tulislah kat mana-mana tempat yang selamat no pin korang tu. In case korang lupa, masih boleh refer semula no pin tu dan jimat duit daripada nak kene bayar caj buat kad baru kan..


3 comments:

Anonymous said...

Kak boleh tolong x.. Mcm sy ni baru buat kad maybank.. Lepas tu pekerja tu sebok nk terangkan pasal insurans. Sampaikan dy lupa nk bg tau password.. Dy bg kad then sy pon lupa nk tny password.. pastu sy pon balik.. Dah seminggu bru ingat sy xtau password.. bila tgk kertas yg dy bg dy just tulis no. Acc no. Bank no. Ic.. Password xd pon.. Mcm mana nak buat eak

anonymous said...

password dia 123456

Anonymous said...

nak tanya sikit . kalau kita terlupa pin . pastu pegi kat kaunter dia . ic and kad tu kasi kat dia ?? dia buat kerja dia je atau dia check pasal peribadi kita ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...