Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Wednesday, December 1, 2010

antara ibu & bapa , kekasih , dan kawan .. .. ..



Ramai antara kita yang kadang kadang tersepit bila berlaku situasi yang memerlukan kita memilih antara ibu & bapa , kekasih atau pun kawan. Mereka adalah tiga golongan yang sentiasa berada di sekeliling kita.

Jika terjadi satu situasi dimana kawan kita ajak keluar tapi ibu bapa pula tak memberi izin. Ade beberapa kemungkinan yang mungkin berlaku.

#1. Kawan kita memahami keadaan yang berlaku. Set another date untuk keluar.
#2. Kawan kita akan tarik muka sebab tak dapat keluar.
#3. Kita keluar jugak tanpa bagi tau kat parents. Kita terpaksa againts parents kita.

Pengalaman saya , pernah one of my friends ajak keluar. Tapi parents saya tak bagi sebab saya tak sihat. Saya rase bersalah kat kawan saya sebab saya dah janji nak kuar tapi at last tak jadi jugak. Thanks ya ALLAH sebab kawan saya faham. Saya takut jugak kalau kalau dia nak marah or tarik muka dgn saya tapi tak. To her , i luv u larh , thanks sbb faham.

But there was another situation yang berlaku kat someone ni. Situation die same , tapi result die. Kawan dia tarik muka & tak bertegur ( bolayannn! ) dgn dia sampai dah tiga bulan! ouh. sangat sangta kasihan. Diorg dah berkawan since primary school lagi.

Dalam AlQuran sendiri , ada tiga ayat yang saling berulang ulang.


Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36][1]

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]



Ibu bapa kita adalah insan yang paling penting dalam hidup. Tanpa mereka , kita tak akan dapat melihat duni. Tanpa mereka , kita jugak tak akan kenal erti sayang , cinta dan benci. Tanpa mereka jugak , kita tak akan dapat menikmati alam ciptaan tuhan yang indah dan menakjubkan ni.

Walaupun kadang kadang mereka memarahi kita atau melarang kita untuk melakukan sesuatu perkara , maybe ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin juga ada perkara buruk yang dapat dielakkan. Walaupun syurga seorg anak perempuan adalah apabila dia taat kepada suaminya , tetapi hati dan perasaan ibu bapa tetap perlu dipelihara. Restu mereka juga penting untuk melakukan sesuatu perkara.

Kekasih? 




ouh. kekasih ni lar org yang kita sayang sangat sangat. Rasa macam nak hidup dengan dia sampai bila bila kn?
Walaupun kita tak tau ape yang akan berlaku nanti. Ape yang penting , sama sama berusaha untuk mengekalkan hubungan.

Tapi..

Ape nak buat kalau ibu bapa menjadi penghalang? Siapa yang harus didahulukan? Kata kata siapa yang harus didengari? Macam mana untuk dapat kan kedua dua nya? Atau lepas kan je?

Pada zaman nabi, anak kepada Umar Al-Khattab r.a. iaitu Abdullah Ibnu Umar mempunyai seorang isteri yang amat disayanginya. Kerana sebab-sebab tertentu Umar Al-Khattab r.a. tidak menyukai menantunya itu dan menyuruh anaknya mencerai si isteri. Abdullah r.a. mengabaikan perintah ayahnya kerana sayangnya kepada isteri lalu mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, “Wahai Abdullah Bin Umar r.a., ceraikanlah isterimu.”[1]. Kisah ini direkodkan oleh Imam Tirmizi dan Abu Daud sebagai hadith hassan sahih.

Hal yang sebaek baeknya adalah sebelum membina rumahtangga atau sebelum hubungan menjadi lebeh jauh , berbincang dengan kedua duanya. Jika kekasih kita itu benar benar menyayangi kita , dia akan lakukan apa saje untuk memenangi hati kedua ibu bapa kita. Jika dia tidak mengambil apa apa usaha , buat lah pilihan yang tepat. Kekasih boleh dicari.

Kawan? 

Kawan ketawa mudah dicari. Kawan ketika duka , tak selalu kita jumpa. Kadang kadang bergaduh then berbaik semula. Tapi ada jugak yang bergaduh terus tak bertegur.

Kawan yang baek juga sukar ditemui. Mungkin ada yang berkawan hanya mengambil kesempatan atas kelebihan yang ada pada kita. Ade jugak yang tidak mahu berkawan atas keburukan yang kita miliki.

Kawan yang baek adalah kawan yang tidak kesah untuk berkongsi apa jua perkara dgn kita. Tidak kesah untuk menitiskan air mata bersama sama kita. Gembira dgn kejayaan yang kita miliki. Bukan dengki dgn apa yang kita raih. Mahu berbincang sekiranya mempunyai masalah dgn kita atau meluahkan apa yang tidak disenangi terhadap kita. Menyimpan perasaan tidak puas hati bukan lah satu jalan yang baek.




HARGAILAH SESIAPA SAHAJE YANG BERSAMA DENGAN KITA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...