Setiap petang syaitan akan berkeliaran mencari tempat penginapan atau bermalam dan mendapatkan makan malam mereka di rumah-rumah manusia. Apabila mereka sampai ke sebuah rumah yang penghuninya tidak menyebut nama Allah ketika masuk ke rumahnya , syaitan akan bersorak gembira. “ Kita sudah dapat tempat bermalam .” Sekiranya penghuni rumah itu tersebut tidak menyebut nama Allah sewaktu menghadapi makanan syaitan berkata lagi. “Kita sudah dapat tempat tidur dan makan malam.” Sebaliknya , jika penghuni sesebuah rumah itusentiasa menyebut nama Allah ketika masuk ke rumah dan sebelum makan , syaitan akan bersedih hati. sambil berlalu dia akan meratap. “Tidak ada bermalam dan makan malam disini.” Sebenarnya , syaitan tidak tahan dan tidak kuat mendengar nama Allah . Mereka tidak dapat mengganggu orang-orang Islam yang sentiasa menyebut nama-Nya , seperti : “Bismillah , a’uzubillah , Allahu Akhbar , subhanallah , alhamdulillah , astaghfirullah dan sebagainya". Syaitan akan lari dan tidak berani mendekati mereka yang selalu mengucapkan kalimah-kalimah tersebut. |
Pengalaman mendewasakan. Kesilapan mematangkan. Pengajaran menjadikan kita lebih baik. Tetap berdiri di alam realiti kerana kebahagian tak seindah fantasi.
Nuffnang
ahli.kabinet.terhormat
oh! blog
Tuesday, December 14, 2010
Bagaimana syaitan mencari tempat tinggal & makanannya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment