Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Wednesday, December 22, 2010

Kenal Lelaki Melalui Cara Makan

Pernah tak korang tengok camne lelaki lelaki ( terutamanya yang korang sayang ) makan?  mesti ada kan. kan. kan. haha.

Jom kita selidik sedikit sebanyak maksud di sebalik cara makan diorang. just for fun ye. tak semestinya 100% betul. tapi kalau 99.99% betul tu mungkin ade lar. hehe.



#1 Makan dengan tenang. 
    Orang macam ni skema nampakanya. Dia makan dengan berhati hati. Tapi kadang kala sikapnya  akan membuat korang bosan. Dia makan dengan penuh sopan santun dan tertib. Ini juga menggambarkan yang dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaanya. Hanya seorang dihatinya.

#2 Makan sambil melihat jam.
    Korang pun boleh agak camna dia akan. Of course dia amat mementingkan masa. Sperti ada je perkara yang ingin dikejarnya. Dia juga amat menepati masa. Lelaki sebegini tidak suka akan orang yang lambat.

#3 Makan sambil merungut.
    Lelaki sebegini boleh dikatakan cerewet. Ada je yang tak kene. Dia adalah jenis yang suka berterus terang. Apa sahaja yang tidak disukainya , dia akan bagi tau tanpa rasa selindung. Walaupun kadang kala kita akan merasa rimas dan malu dengan tindakannya , tetapi dia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat dan tergolong dalam kategori kuat cemburu.

#4 Makan sambil berborak.
     Lelaki yang jenis suka berbual akan tetap berbual dengan korang walaupun dihadapan makanan.Kadang kala nasi di depan mata pun tidak luak. Itu menggambarkan lelaki jenis ini seorang yang periang dan susah hendak melihat dia marah. Dia juga suka berterus terang kerana baginnya itu merupakan perkara utama untuk memastikan kejayaan sesuatu hubungan. Jangan buat dia marah.

#5 Sentiasa membelek makanan.
    Itu menandakan lelaki sebegini prihatin dan teliti dalam setiap apa yang dilakukan. Tentu sahaja dia memang serius dengan anda.

#6 Serius ketika makan.
     Lelaki jenis ini bersifat sebagai pelindung. Seboleh bolehnya dia akan menjaga dan melindungi korang. Dia juga amat prihatin dengan keselamatan anda.


ada yang terkena? hehe.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...