Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Friday, December 10, 2010

Maut Bersama Dodol

ouh. sedeyhnye bila seorang pengusaha dodol ni maut sebab termasuk dalam mesin pengisar dodol tu.  Mangsa , Wan Zainab Wan Ali ( 62 tahun ) pada masa tu berada di bangsal miliknya di Kampung Laut , Tumpat. Kejadian berlaku petang semalam. lebih kuram jam 5 ptg.


Mangsa sudah dua hari tidak ke bangsalnya kerana demam dan pergi ke bangsalnya pada jam 8 pagi semalam untuk mengacau dodol menggunakan mesin yang baru dibelinya pada Julai lalu.



Tubuhnya yang melekat di dalam mesin menyukarkan penduduk kampung untuk membantu. Tugas menyelamat diserahkan kepada bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat dan mengambil masa selama enam minit. 

Sebelah kakinya tersekat di batang mesin , manakala sebelah lagi terkeluar ke sebelah kiri kawah yang panas.



Mangsa dibawa ke Hospital Tumpat sebelum disahkan meninggal dunia oleh ahli keluarga ketika dalam perjalanan.

Siasatan awal mendapati kemungkinan kain tudung mangsa terlilit ke dalam pengisar menyebabkan mangsa terhumban ke dalamnya.

Alfatihah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...