Nuffnang

There was an error in this gadget

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Friday, December 10, 2010

Mutiara Doa ( Part 2 )








DOA apabila melihat sesuatu yang menakutkan.
“AKU berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, kejahatan hamba-Nya, daripada hasutan syaitan dan daripada kedatangan mereka kepada-Ku.” 

DOA untuk mengelak daripada bahaya.
“APA yang dikehendaki Allah tetap berlaku, tiada daya supaya melainkan dengan kuasa Allah.” 


DOA apabila ditimpa kemalangan termasuk kematian.
“SESUNGGUHNYA kami adalah bagi Allah dan kami sekalian akan kembali kepada-Nya.”




DOA memohon akhlak yang baik.
“YA Allah, seperti Engkau mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku.”




DOA apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian.
“AKU memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, azab-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya, daripada hasutan syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.”




DOA ketika rasa takut atau terkejut.
“AKU berlindung diri dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya, daripada gurisan syaitan dan daripada kehadiran mereka itu.”




DOA ketika sukar menyelesaikan sesuatu urusan.
“Wahai Tuhanku, tidak ada yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki”.




DOA apabila dalam keadaan kesusahan atau penderitaan.
“ALLAH Dialah Allah Tuhanku, aku tidak menyekutui-Nya dengan sesuatu pun. Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Engkau jua. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah orang yang menzalimi diri sendiri.”




DOA apabila melihat sesuatu yang disukai.
“SEGALA puji bagi Allah, yang dengan nikmat-Nya sempurnalah segala amalan yang baik.”




DOA taubat.
“WAHAI Tuhanku, maafkan aku kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pemaaf dan yang mempunyai Kemuliaan.”




DOA mohon ketetapan iman.
“WAHAI Tuhanku, berikanlah kepadaku iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi di pengaruhi kekufuran dan berikanlah kepadaku rahmat yang dengan dia aku mencapai kemuliaan dari kemuliaan-Mu di dunia dan akhirat.”




DOA mohon perlindungan daripada kerunsingan.
“YA Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang.”


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...