Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Friday, February 18, 2011

Mari Berpantun :)

kenapa tiba tiba ajak berpantun lak ni? hehe. sebenarnya , hari ni saya ada program untuk *budak budak* sem 2. semua wajib pergi. tapi takde lar tension sangat pun. enjoy je. dalam slot slot yang ada tu , our UUM TNC , Dato' Dr Ahmad Faiz ada bagi ceramah. dalam ceramah tu , ada lar beliau selitkan pantun pantun yang berunsur kebaikan. bagus gak huraikan yang beliau berikan melalui pantun pantun tersebut.

" Pilih pilih tempat mandi ,
     Pertama teluk kedua pantai ,
  Pilih pilih tempat menjadi ,
     Pertama elok kedua pandai. "

" Yang kurik itu kundi ,
      Yang merah saga ,
  Yang cantik budi ,
      Yang indah bahasa. "

" Tegak rumah kerana sendi ,
       Rosak sendi rumah binasa ,
   Kuat bangsa kerana budi ,
       Rosak budi musnah bangsa. "

nak saya huraikan semula ke? alamakk. hehe.

#1 tu maksudnya kita kene pandai pilih tempat untuk belajar. ada orang lebih selesa pilih tempat yang dekat dengan rumah. ade orang suka belajar di tempat orang , merantau & cari pengalaman sendiri.

#2 orang menilai kita dari segi tingkah laku dan cara kita bergaul dengan orang lain. bahasa dan tutur kata yang kita ungkapkan melambangkan hati dan cara pemikiran yang kita miliki. orang akan hormat kita sekiranya tingkah laku dan bahasa kita baik.

#3 contoh yang ini paling saya ingat yang dihuraikan oleh beliau adalah macam mana kukuhnya rumah rumah dahulu yang didirikan tanpa menggunakan paku. asasnya adalah berpaksi kepada kekuatan sendi rumah itu sendiri. sama halnya dengan kekuatan budi yang terletak pada sesuatu bangsa.

banyak makna makna tersirat yang boleh ditafsirkan daripada pantun pantun ni kan. yang baik kita ambil. yang buruk kita jadikan tauladan. :)

p/s : suka tengok time orang berpantun nak merisik atau bila pengantin lelaki nak masuk rumah pengantin perempuan. hehehe.

2 comments:

Anonymous said...

ada sesetengah tmpt tu masih kekalkan adat ni... ada tmpt tu xde dah....kan

Unknown said...

aar. best gak kan sesekali berpantun ni. walaupun kadang kadang maksud yang nak disampaikan tu simple je. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...