Nuffnang

There was an error in this gadget

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Friday, February 25, 2011

Resipi : Kek Coklat mudah dan mesti sedappp!

Resipi kek coklat  ni , saya dapat daripada buku resepi nenek saya. senang je nak buat. bahan bahan dia pun senang nak cari.

Bahan bahan : ( asas )

250 gram mentega / marjerin
150 gram gula kasar yang dikisar halus
3 biji telur
200 gram tepung kek / tepung gandum yang diayak
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil soda bikarbonate
1 sudu kecil serbuk penaik

*mula mula putar mentega & gula sampai jadi sebati. masuk telur dan putar lagi. bila dah kembang , masuk kan lak tepung. dan bahan bahan seterusnya.

Bahan bahan tambahan :

5 sudu teh serbuk koko ( atau ikut citarasa ) campur air suam sikit
atau kalau rajin boleh campurkan coklat cair

* bahan bahan tambahan tu kalau nak buat kek yang berperisa lain boleh ubah. contohnya kalau nak buat kek oren , boleh masukkan esen oren ( sunquick pun boleh ) & tambah kulit buah oren yang diparut.

bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau sehingga masak.
bila dah siap , boleh hias hias kalau rajin.


kek ni hasil tangan saya tau. ada cerita di sebaliknya. hehe. click picture kalau nak tau.
korang korang cuba tau resipi ni. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...