Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Wednesday, February 23, 2011

Senyum Sorang Sorang Bile Bace SMS Camni

korang mesti penah dapat kan sms yang sengal sengal cam kat bawah ni. hehe. best lar gak kalau baca time boring. ada yang kelakar. ada yang seram sikit. ada yang 18sx tak sesuai untuk budak bawah umur. macam macam ada. hehe. 




1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga?" jawapannya kerana : kerana kalau kawin satu isONE kalau kawin dua isTWO kalau kawin tiga barulah isTERI.


2. SENYUM pd orang tua tanda syg. SENYUM pd kanak2 tanda kasih. SENYUM pd kekasih tanda cinta. SENYUM depan telefon tanda gila, masih SENYUM lg...mmg sah GILA! 


3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran..." Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh... MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE ) MASIH PICIT?? LUAR BIASA!!!! 


4. "Cinta..ibarat kentut..." makin dipendam makin gelisah. bila di lepaskan. ahhhhhhh lega rasanya.


5.Aku trpaku dek renungan matamu, hatiku tertanya2, BENARKAH ini? nafas ku terthn, kau tunduk SEGAN.. lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?" 


6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, " maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil elektrikmu.


7. kalo aku tangkai ko daunnye, kalo aku aur ko tebingnye, kalo aku kumbang ko bungenye, kalo aku langit ko buminye, & kalo aku tarzan ko le beruknye.





8. Aku menjeling padamu, kau lantas tertunduk malu. Aku tatap wajahmu tatkala kau mengangkat malu muka. Lalu aku pun berkata."KAU KENTUT ye?!" 


9. Kalau ada yg kata kamu jelek,sabar je. Kalau ada yg kata kamu bodoh,biarkan je kalau ada yg kata kamu dungu,Cool je. Tp kalau ada yg kata lu cantik/hensem, Tampar je krn itu FITNAH! 


10. kau sungguh dinamis, sifatmu cukup puitis, gayamu selalu erotis, jiwamu sungguh romantis, caramu seperti celebrities, tapi sayang wajahmu seperti teletubbies.




11. Al-kisah SEEKOR ANAK KAMBING, BERTANYA PADA IBUNYA. ibu kenapa semua kambing ada bulu dan kenapa bau kita busuk. LALU SI IBU PUN MENJAWAB. TAK MENGAPALAH ANAKKU, KITA BUSUK, ORANG YANG BACA MESEJ NI LAGI BUSUK.TAK RETI2 NAK GI MANDI. ASYIK TENGOK HENSET JE.


12. Kalau dapat bini muda-nampak BABY DOLL. Kalau dapat bini sederhana muda pula-nampak BARBIE 
DOLL. Tapi bila dapat bini tua-nampak PANADOL !! 



13. Bila kita cantik tak siapa memandang, bila kita baik tak siapa memuji, bila kita susah tak siapa menolong, bila kita jatuh tak siapa mengangkat, Tapi......... bila kita kentut semua mata memandang. 


14. HP anda telah dilengkapi puzzle game. Caranya mudah saja. Lemparkan HP anda ke dinding @ susunkan kembali. Selamat Mencuba! 


15. DIK.. TOLONG IKATKAN POCONG KAT KEPALA AKAK NI.. TERTANGGAL MASA DIORANG KEBUMIKAN AKAK TADI.. TOLONGLAH DIK... AKAK ADE KAT TEPI TINGKAP NI.. TENGOKLAH!! 


saya tak suka sms yang last sekali itu! hurhh. tapi dulu ada gak sms yang cerita dia lebih kurang camni. kononnya tarikh 26 June 2006 ( contoh je ) ada seorang budak ni meninggal dunia. lepas tu kononnya lagi dia di bunuh dengan cara yang ngeri! dan macam macam lagi lar ayat yang menakutkan. entah ape lar lagi. tapi memang seram je bila baca.

1 comment:

:|: TinTa Kibod :|: said...

kelaka hehe

Untuk Follower blog saya:
*sudah bertukar address blog lihat Tinta Kibod
*new entry blogshop Dress & more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...