Nuffnang

There was an error in this gadget

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Monday, March 7, 2011

Tempat Tempat Menarik Kat Perlis

perlis ni memang negeri yang kecil je. walaupun setahun je saya belajar & menetap kat arau , tapi saya suke negeri ni. sebab kurang sesak dengan kenderaan.

cuma kat kangar tu je lar , area dekat dgn The Store & Stesen Bas. tapi xde lar se-sesak sesaknya. sekarang ni pun , hati saya nak g perlis lagi. cuma takde masa je nak g. kalau time outing dulu , saya selalu g kangar je.

tempat kegemaran saya kat perlis ni , Padang Besar. sebab.. BESAR! hehe. xde lar. tempat shopping dia cam kompleks empat segi je.




tapi memang banyak barang & murah murah. kalau nak yang mahal pun ada. hehe. saya sempat g padang besar ni empat kali je. first time g ngan leyla & suaidah. kitorang sampai kul 9. orang yang berniaga pun tak bukak kedai lagi! haha. kedai makan pun tak banyak yang bukak. kitorang pun duduk lar termenung jap kat bawah tangga tu. ada tempat duduk tau. kat luar bangunan ni pun ada kedai lagi. ada pasar pagi

The Store @ Kayangan Squre ni ade 4 tingkat. walaupun kecil , tapi kalau nak beli apa apa tu boleh lar dapat.


kat depan tu sebelah kiri , ada stall jual keropok lekor. seeedaap! yang jual tu pun hensem. hehehe. yang tengah tu lak , kadang kadang ada orang jual kek. 3 kek RM5. saya suka Blueberry Cheese. belakang The Store ade tempat teksi & bas untuk sekitar perlis. Kalau jalan jalan kat perlis ni , paling jauh pun ambil masa sejam. 

Kalau yang nak g mandi mandi , boleh lar g kat Gua Kelam. Tapi tempat dia kecil je. Nak masuk dalam gua kene bayar RM1. 



kalau jalan kat dalam ni sejuk. seram pun ada. hehe. ye lar kan , suasana dalam gua ni lain. bila dah sampai kat hujung jalan , nanti ada laluan unutk naik ke atas gua. tapi saya tak naik. sebab takut. bukan takut apa , jalan nak naik tu guna tangga yang besi tu. dah lar tinggi. kowt lar jadi apa apa ke kan. susah lak nanti.

Kuala Perlis ni saya tak pernah g lagi. malu lar duduk kat Perlis setahun tapi tak pernah g lagi. hehe. tak berkesempatan lar. insyaAllah tahun ni cuti saya g.



kata orang , Kuala Perlis ni best g waktu malam. kat sini banyak tempat makan. macam macam ada. hehe.

selain tu , ada gak Taman Rekreasi Sungai Jernih. Kalau tak silap saya , nak g ke Padang Besar
dari Arau akan lalu tempat ni.


Wang Kelian. tempat membeli belah. kalau setiap hari ahad , boleh seberang g Thailand. takyah guna pasport atau apa apa dokumen!



Bukit Air.



Cantek kan. tak sempat nak g. tapi pak cik teksi yang saya selalu naik tu ada suh g sini. dia ckp kalau nak g , dia boleh hantar kan. tapi sory lar pakcik , saya tak berkesempatan nak g. hehe

Taman Ular. untuk sapa sapa yang nak tengok ular , boleh lar g Batu Pahat , Perlis.saya geli dengan ular. tak pernah & taknak lar dekat ngan reptilia ni. kalau tak tau katne , tanya je ngan org Perlis. mesti diorang tunjukkan jalan. hehe. 



time cuti cuti Perlis dulu , adik saya nak sangat g Taman Ular ni. tapi sebab dah nak malam & kitorang pun nak terus balek bermalam kat Taiping. saya takde saudara mara kat Perlis ni & tak tau jalan sangat.

Next , Taman Melati. boleh g kalau nak berkelah ngan family. boleh naek boat gak kat sini.


banyak lagi tempat tempat yang menarik kat Perlis ni. kalau nak g Perlis & takde tempat nak stay , boleh tempah homestay or hotel.

apa apa pun , I LOVE PERLIS !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...