Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Razak telah meransmikan kedai berkonsepkan 1Malaysia baru-baru ni. Kedai tersebut bertempat di Stesen LRT Kelana Jaya. Lebih banyak lagi kedai berkonsepkan 1Malaysia akan dibuka di kebanyakkan tempat.

Kedai Rakyat 1Malaysia tersebut menawarkan pelbagai barangan keperluan harian seperti beras , susu , sabun pencuci & banyak lagi kepada pengguna dengan harga yang lebih murah.

Semua barangan yang dijual adalah barangan tempatan yang kebanyakannya diusahakan oleh IKS dibawah jenama 1Malaysia.
Dibuka bermula jam 7 pagi - 11 malam pada setiap hari dan dikendalikan oleh MYDIN.
Dari segi positifnya , produk-roduk di bawah jenama 1Malaysia ni dapat membantu usahawan-usahawan kecil & sederhana dalam memasarkan produk yang dikeluarkan oleh mereka. Selain itu jugak , dapat membantu pengguna membeli barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan.
Sekarang ni semua 1Malaysia. Dulu Klinik 1Malaysia , ni kedai lak. apa lagi agaknya lepas ni ye?
No comments:
Post a Comment