Orang Jepun ni memang terkenal dengan ke-kreatif-an diorang kan.
Sebuah syarikat kat sana telah mencipta periuk terma-elektrik sebagai alternatif untuk mengecas
handphone & gadget-gadget yang laen.
Idea ni terhasil ekoran daripada bencana alam yang sering melanda negara diorang.
Ye lar kan , bila bekalan elektrik terputus time bencana , tak dapat lar nak cas handphone tu semua.
Orang sekarang kan takleh hidup tanpa handphone. betul tak betul? hehe.

Periuk tersebut hendak lar dipanaskan dan menukarkan haba air yang mendidih kepada tenaga elektrik.
Dikenali sebagai Hatsuden-Nabe , periuk itu juga dilengkapi dengan bahan seramik terma-elektrik yang
menghasilkan arus elektrik melalui perbezaan suhu 550 darjah Celcius di dasar periuk dan air mendidih
di dalamnya pada suhu 100 darjah celcius.
Bukan setakat cas handphine je , boleh gak digunakan untuk memasak.
haa. sementara nak tunggu cas handphone tu boleh lar masak-masak.
Tapi time bencana , apa yang nak dimasak? Bekalan semua kena catu kan.
Periuk tersebut dijual dengan harga AS(Dollar) 299 ataupun kalau convert duet Malaysia , RM 907 je.
RM 907 je tau. kalau beli , boleh jadi koleksi periuk paling mahal kat rumah.
Kalau takde elektrik (blackout) , siap-siap cari kayu api.
Cas handphone guna periuk ni. hehe :D
2 comments:
sbb tu Jepun mampu jd negara berteknologi tinggi psl diaorng mampu berfikir luar kotak..
aar kan. byk bnda baru yang diorang cipta.
Post a Comment