banyak cara yang boleh kita lakukan untuk jual / beli barang atau apa sahaja yang kita nak. salah satu medium yang paling popular sekarang ialah melalui internet. terdapat pelbagai website yang boleh kita gunakan untuk iklankan produk yang kita nak jual. untuk entry kali ni , saya senaraikan beberapa website yang boleh digunakan (terutamanya bagi penjualan/pembelian persendirian).
mau.my ni biasanya barang yang nak dijual diletakkan dengan harga yang tetap. kebanyakkannya barang persendirian.
sama seperti mau.my jugak. barang/produk turut diklasifikasikan mengikut negeri. lebih mudah kan.
.
postme.com.my ni dimiliki & diuruskan sepenuhnya oleh pihak POS MALAYSIA BHD. penghantaran lebih terjamin.
pada saya , lelong.com.my ni best. sebabnya , kebanyakkan barang (tak semuanya) dijual secara lelong. untuk membida , kita kena lar register dulu. bidaan bergantung kepada penjual tu sendiri. kalau kita orang yang terakhir & paling tinggi membuat bidaan , kita akan dikehendaki berurusan terus dengan penjual tu. kita boleh bida seberapa banyak yang kita nak untuk setiap barang.
saya pernah gunakan salah satu daripada empat marketplace kat atas ni untuk menjual barang. memang berkesan. sebab online customer biasanya akan gunakan mana-mana marketplace yang ada untuk dapatkan apa yang dikehendaki. saya sendiri pun suka gak tengok tengok barang online ni kan. jimat masa.
bila teknologi dah maju , macam macam kita boleh lakukan secara online. baring , duduk , berdiri. macam macam gaya ada. tu lar bak kata orang utara , "buat besaqq pungkok ja!" haha. jangan marah! :D
No comments:
Post a Comment