Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Saturday, June 18, 2011

Pulau Spratly yang menjadi rebutan 5 negara serantau.


Kepulauan Spratly yang terdiri daripad 100 buah pulau kecil atau terumbu terletak di Laut China Selatan berhampiran dengan MalaysiaFilipinaVietnamChina dan Brunei. Kepulauan ini menjadi punca sengketa terbaru antara negara-negara berdekatan. Pulau ini dikatakan berada di atas pentas benua yang mengandungi petroleum dan gas asli.
Lokais : Laut China Selatan
Koordinat : 4° LU - 11°30' LU dan 109°30' BT - 117°50' BT.
Luas lautan : 244.700 km persegi
Luas daratan : 3 km persegi
Jumlah pulau : 230 

Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi (Menteri Pertahanan Malaysia) berkata , beberapa cadangan seperti mengadakan pertemuan dua hala, pemantauan bersama & dialog pelbagai hala bagi mencari kata sepakat antara negara telah dicadangkan bagi meleraikan serta menyelesaikan perebutan ini. 

China telah dilihat menggunakan kapal peronda terbesar dalam angkatan tenteranya untuk mengawasi perairan berdekatan kepulauan tersebut. Tindakan itu diambil ekoran pertelingkahan antara China & Filipina. Malaysia bagaimanapun telah membina kubu pertahanan di tiga kawasan iaitu Terumbu Layang-Layang, Terumbu Ubi & Terumbu Mantanani. 

*Pulau Layang-layang menempatkan mini lapangan terbang, markas tentera & scuba diving*

Malaysia bagaimanapun mahu mengelakkan penggunaan kekuatan kententeran sebagai jalan penyelesaian. Anngota tentera laut Malaysia tetap diletakkan di kawasan Pulau Spratly sebagai langkah berjaga-jaga. 

Di bawah permukaan laut kepulauan tersebut memiliki kandungan gas dan minyak bumi yang sangat besar. Selain strategik untuk pos pertahanan tentera. Pulau ni amat besar keuntungannya kepada negara yang memilikinya. Simpanan Minyak di Kepulauan Spratly adalah sebanyak 17.7 billion tan merupakan simpanan minyak keempat terbesar di dunia. 
Macam mana agaknya isu perebutan tuntutan hak ini akan selesai ye? Kalau ikutkan gambaran peta ni kawasan tersebut lebih hampir dengan Brunei , Malaysia & Filipina. Banyak tindakan yang telah diambil China dalam mendapatkan Pulau Spratly. 

Jangan jadi macam isu Batu Putih sudah. Malaysia cuma dapat Middle Rock walaupun lokasi Pulau Batu Putih sejengkal je dari Malaysia. Singapura telah berjaya mengemukan dokumen dokumen yang mengesahkan pulau tersebut milik mereka.

Isu Pulau Pisang yang belum menemui jalan penyelesaian sehingga kini.


Malaysia? Singapura? Ikut rasional negara mana yang patut / layak / berhak dapat Pulau ni??

8 comments:

Anonymous said...

pulau pisang milik kita ,jika diikut dari sejarah lampaunya juga negara temasik juga milik kita ..

Unknown said...

memang kalau ikut sejarah milik kita. macam isu Pulau Batu Putih, pihak Singapura berjaya mengemukakan dokumen pemilikan pulau tersebut. sebab tu diorang menang. macam mana diorang bleh ada dokumen tu. ataupun kita sendiri yang leka dengan hak milik yang kita ada sehingga boleh terlepas ke tangan pihak lain.

Unknown said...

pulau pinang? milik kita, tapi dah macam milik orang...

Unknown said...

singapura dalam proses utk serang Malaysia tu sbnarnya..sbb tu dia nak ambil kiri kanan..MMM :(

Syed Azharul Asriq said...

janganlah pulau kita tergadai lagi...mula2 Pulau Besar Singapura terlepas, pastu Batu Putih plak

Unknown said...

Jangan laa telepas...nanti lg stategik dorang serang snanjung

Anonymous said...

Sebenarnye Singapore pun takut nk serang malaysia ni sbb kite ade mlrs a.k.a multiple launch rocket system yang kalau diaktifkan mengejut boleh membawa padah pd singapore sendiri...oleh itu jgn ragu dgn keupayaan malaysia nk tangani isu singapore tanah sekangkang kera tu....

Anonymous said...

thanks for the information...anyway sorry to say without leaving any comments.this kind of information anyway help me to get a solution for my History subject.thanks a lot....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...