#1 Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan.
#2 Hidup lah seperti lilin yang menerangi orang lain , jangan lah seperti duri yang mencucuk diri dan orang lain.
#3 Akal itu menteri yang menasihati , hati itu raja yang menentukan. Harta itu satu tamu yang akan berangkat , kesenangan itu satu masa yang akan ditinggalkan.
#4 Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal , tetapi datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
#5 Kata kata sahabat yang jujur adalah lebih berharga daripada harta benda yang diwarisi.
#6 Selemah lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat. Dan orang yang lemah itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
#7 Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah sebelum cair.
#8 Seseorang menganggap sekatan sebagai halangan , tetapi seseorang yang lain menganggapnya sebagai batu loncatan.
#9 Jadilah seperti pohon yang rendang di mana orang lain boleh menumpang teduh. Jangan jadi seperti pohon yang kering yang hanya menjadi tempat pungguk melepaskan rindu & hanya layak dijadikan kayu api sahaja.
#10 Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringatlah untuk menghadapi esok yang mendatang.
#11 Setiap mata yang tertutup belum bererti dia tidur. Setiap mata yang terbuka belum bererti dia melihat.
#12 Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa , tetapi belum selalu tua untuk bertaubat.
#13 Harta akan habis digunakan tanpa ilmu. Tetapi ilmu akan bertambah jika digunakan.
#14 Kenapa manusia gemar bertelingkah sedangkan manusia itu tercipata daripada kemesraan.
#15 Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia selalu mengecewakan agama.
itu sahaja untuk setakat ini. Insyaallah saya akan tambah lagi nanti. :)
No comments:
Post a Comment