Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Sunday, July 17, 2011

Mati sebab nak gemuk!

Selalunya kita dengar orang sibuk nak kuruskan badan kan. Ada yang makan pil itu ini, diet macam macam cara.  Ada yang berjaya, ada yang tak. Kena penyakit lar & macam macam lagi.



Kali ni lak kes seorang ibu tunggal (Cje Su Md Isa) meninggal dunia lepas makan ubat untuk gemukkan badan. Ubat tu dibeli dengan harga RM5 sahaja! ish. murah tapi memakan diri. 

Che Su beli ubat ni kat kedai ubat tradisional je. Hari Khamis hari tu. Lepas makan ubat tu, badan dia tiba tiba jadi panas & lumpuh seluruh badan.Perut, dada & tulang belakang dia lak sakit. Darah keluar terlalu banyak melalui duburnya sampai terpaksa pakai pampers. 

Menurut keluarganya, Che Su ni tak lar terlalu kurus sangat. Diorang pun tak sangka yang dia akan makan ubat untuk gemukkan badan. Bapak dia terpaksa call ambulans untuk bawak dia g hospital.

Tapi Allah lebih sayangkan dia. Dia disahkan mati sebelum sempat di bawa ke hospital. Kejadian ni berlaku kat Taman Arked, Sungai Petani. 

hurm. Kita yang hidup lagi ni, jangan sembarangan je nak makan ubat ubatan ni. Tak kisah lar apa jenis ubat pun. Dapatkan nasihat doktor dulu. Lagi lagi yang suka beli ubat kat pasar malam, tepi tepi jalan tu. haa. Nanti dah sakit teruk baru nak menyesal dah tak guna lagi. kan. kan. kan.

Alfatihah kepada Che Su Md Isa. 

p/s : rasanya macam pernah g taman arked ni, yang belakang tesco baru tu ke? hurm.

5 comments:

Ain Atika Zailani said...

baru ingat nak gemuk sikit..huh tak jadi lah...

Abe Goreng said...

Al-Fatihah.

Abe Goreng said...

Al-Fatihah.

Unknown said...

@ain atika zailani - ish. ok dah tu. :D

LynnDamya said...

kesiannya :( tp ubat tu RM5 murah sgt, dgr je dh tau tak leh pcaya :( hmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...