Nuffnang

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Friday, October 26, 2012

Good News untuk bebudak IPTA : Cuti Deepavali & Awal Muharram (UUM) 2012


suka lar student2 UUM nampaknye. sekarang tengah sedap cuti midsem seminggu, lagi seminggu cuti laaaagi! tapi tapi.. yang tak habes exam midsem lagi, jgn suka2 lak. cuti, cuti jugakk. exam, exam jugak.. hehehe

***



MAKLUMAN PENANGGUHAN KULIAH SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI PADA 13 NOVEMBER 2012 (SELASA) DAN AWAL MUHARRAM PADA 15 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)



Semua Pelajar
Universiti Utara Malaysia

Y.Bhg Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan

MAKLUMAN PENANGGUHAN KULIAH SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI PADA 13 NOVEMBER 2012 (SELASA) DAN AWAL MUHARRAM PADA 15 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)

JHEA ONLINE: Adalah dimaklumkan ba
hawa Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi telah meminta agar semua IPTA dapat menyelaraskan cuti awal untuk perayaan Deepavali dan cuti Awal Muharram 1434H bagi tarikh 12 dan 14 November 2012.


Sehubungan itu, pihak pengurusan Universiti telah bersetuju untuk menangguhkan semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) pada 12 November 2012 (Isnin) dan 14 November 2012 (Rabu) bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali pada 13 November 2012 (Selasa) dan awal Muharram pada 15 November 2012 (Khamis).



Segala kerjasama dan keprihatinan semua pensyarah didahului dengan ucapan terima kasih.



Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi di talian 04-928 3113/3172



Sekian, terima kasih.



DARIPADA :

PENGARAH
JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


***

jadinye, start cuti 12 november 2012 (Isnin) - 17 november 2012 (Sabtu) bagi yang xde ko-k hari sabtu tu. kalau nak syok lagi cuti, bleh lar start balek kampung 9hb november (jumaat) lagi. klas hari ahad? pandai2 lar..haha.

p/s : dah plan siap2 nk habeskan cuti kat penang..no more seremban.. uhuk2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...