Nuffnang

There was an error in this gadget

ahli.kabinet.terhormat

oh! blog

Friday, October 26, 2012

Trip To Melaka : Bandar Warisan Dunia

hari rabu lepas, berjalan jalan lah kami bertiga (me, my bf & my adek ipaq) ke melaka. plan nak g awal pagi dalam kul 8.30 camtu dari seremban. tapi disebabkan tunggu my adek ipaq balek dari kem PLKN PDs, kul 1ptg baruuu gerakk! sampai dalam kul 1.30ptg camtu. grrr lambat giler. kul 8 pagi dah siap2 masukkan spagetti & nasi tomato dalam bekas. kul 2lebeh baru makan. naseb baek lar xbasi.. 

kami round2 kat bandaraya Melaka tu je. A'Famosa & muzium2 yang ada. ramai gak lar tourist dari luar time tu. tu pun dh kul 4 baru dapat masuk Muzium Samudera. kul 4.50 cepat2 g kat Muzium TLDM lak. yelar.. kul 5 dah tutup dah. time masuk Muzium Samudera tu.. kami 3 org je & ada tourist dari luar yang bukak kasut. local tourist yang laen (ada budak2 skolah) tak bukak kasut punnn.


* dalam Muzium Samudera (Flor de la Mar) *


* dalam Muzium TLDM *


plan nk g zoo xdapat. huwaa xdapat nak lawat kawan2 lama. hahaha. ramai gak lar tourist dari luar time tu. China, Hungary (tu pun tau sebab dgr ade penjual tu berbual ngan tourist dari Hungary. hehe) 


* Menara Taming Sari *


kalau ada sape2 nak g Melaka, ni ada sedikit informations :)

Tempat Menarik                                     Harga Tiket

Muzium Samudera                            RM3 seorang dewasa
(tiket boleh guna ntuk masuk Muzium TLDM)
Menara Taming Sari                 RM10 seorang dewasa (malam RM20)
Zoo Melaka / Tmn Buaya                 RM10 seorang dewasa 
River Cruise                                     RM10 seorang dewasa
Melaka Monorail                              RM 10 seorang dewasa
Melaka Duck Tours                         RM38 seorang dewasa

malam tu plak, nak lepak makan burger kat tepi Sungai Melaka. view pun cantik dgn rumah kampung tepi2 tu. tapi.. xtau lar, maybe abg burger tu xnak duet kowt. kite nak g order kt dia, dia cakap duduk dulu. nanti dia dtg amek order. dah 15 minit pun xdtg amek order lagi. hurmm. kitorang pun blah lar. malas nk cakap apa2 kt dia. last2 makan kt warung tempat parking kete tu je.

gerak balek seremban kul 10.30malam. lepak PD tepi pantai jap kul 3 baru balek. hehe. 

walaupun penat berjalan, tetapi kami berasa gembira dan seronok sekali. (ayat karangan budak darjah 3)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...